Axello Tacts

Axello Tacts

Share

Photos from Axello Tacts's post 18/06/2026

DIDAKWA TAKUT KELUARKAN ABANG DO, INI JAWAPAN ROBERTO MARTINEZ

Roberto Martinez menafikan dia kecut untuk mengeluarkan Cristiano Ronaldo walaupun pemain itu tidak beraksi dengan baik.

Walaupun Cristiano Ronaldo bergelut sepanjang perlawanan namun Ronaldo tetap bermain 90 minit.

Portugal gagal menjaringkan gol tambahan selepas gol awal Joao Neves.

Ronaldo p**a gagal mencatatkan sebarang on target. Dan akhirnya Portugal keciciran mata selepas seri 1-1 dengan Congo.

Martinez membidas wartawan yang seolah olah tidak menghormati Cristiano Ronaldo, yang merupakan penjaring terhebat sepanjang zaman

Martinez berkata: “Memang tak logik langsung nak keluarkan Cristiano Ronaldo, penjaring terbaik dalam sejarah bola sepak, ketika kami tengah perlukan gol.”

Photos from Axello Tacts's post 17/06/2026

ZLATAN MAKIN TAK TAHAN DAN MENYAMPAH DENGAN KEBENGAPAN PUNDIT AS INI

Zlatan Ibrahimovic dah tak dapat menahan rasa menyampah dengan Alexi Lalas dalam ulasan Piala Dunia mereka.

Sebelum ini Alexi Lalas beberapa kali membuatkan Zlatan menyampah.

Lalas sebelum ini tiba tiba membandingkan Haaland dengan Zlatan ketika mereka sedang dalam sesi ulasan santai.

Lalas berkata: "Jika Haaland cemerlang dalam Piala Dunia kali ini, dia akan berada di atas sana. Malah Haaland akan lebih besar daripada orang ini [Zlatan].

"Maafkan saya Z,namun saya akan pilih Haaland sebagai lebih legend daripada kamu di Piala Dunia."

Zlatan membalas: "Saya rasa Haaland masih perlu memperbaiki beberapa aspek permainannya."

Alexi Lalas: "Biar betul, apa dia nak kena buat? Dia adalah bintang di Piala Dunia ni."

Zlatan: "Ya, dia bagus, pembunuh di dalam kotak penalti, namun saya lebih serba boleh dari segi permainan. Saya s**a bermain dengan bola. "

Terbaru, Zlatan tidak setuju dengan pandangan Alexi Lalas yang tiba tiba menggelarkan pemain pemain Perancis sebagai berlagak. ketika aksi pembukaan Piala Dunia menentang Senegal.

Alexi Lalas berkata: “Kami ada perbualan menarik antara Landon dan Thierry tentang sama ada Perancis itu angkuh pada separuh masa pertama."

Henry turut tak setuju dengan Lalas yang melabel pemain pemain Perancis angkuh dan berlagak.

Namun, Zlatan Ibrahimovic segera mengingatkan, itu bukan angkuh tetapi keyakinan. Sebab itu Perancis bermain seolah olah mereka berlagak atas padang.

Tanpa menyebut nama Lalas atau Donovan secara langsung, Zlatan menolak sepenuhnya naratif bahawa Perancis bermain dengan sifat sombong.

"Itu bukan angkuh, itu keyakinan. Orang yang tidak faham akan kata itu angkuh, orang yang bijak akan kata itu keyakinan.”

Want your business to be the top-listed Media Company in Nilai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Mantin
Nilai
71700