Pusat Servis RxWater

Pusat Servis RxWater

Share

Kenapa perlu memasang sistem penapis air di rumah 06/06/2015

Hubungi hotline kami sekarang.
Call/SMS/Whatsapp/Telegram: 0173727459

Kenapa perlu memasang sistem penapis air di rumah Kami menceritakan kepentingan menggunakan penapis air dirumah bukan semata-mata kerana syarikat kami menjual sistem penapis air. Tetapi kerana kami tahu yang...

The Dangers of Drinking Reverse Osmosis Water 18/03/2015

Pilihan di tangan anda. Kami hanya menjual rxwater yang mengeluarkan air mineral yang beralkali dan bersih.

The Dangers of Drinking Reverse Osmosis Water The Dangers of Drinking Reverse Osmosis Water Please Share this Post Scientist and researchers worldwide have repeatedly demonstrated that long-term consumption of reverse osmosis water (RO) water ...

Mobile uploads 17/02/2015

Seorang pelanggan kami di Bangi nak servis Rxwater mereka yang dah lebih 4 tahun digunakan. Tapi saya terkejut bila buka kartrij 1, keadaan ceramic filter tersebut putih dan tiada karat, lendir dan Lumpur seperti yang saya sangkakan. Setelah di periksa rupanya pelanggan telah membuat sambungan yang salah. Ini menyebabkan air dari paip memasuki kartrij ke4 dahulu, diikuti kartrij 3,2 dan kemudian baru melalui kartrij 1 secara menyongsang.

Solutionnya, tukar kesemua 4 kartrij kerana keseluruhan sistem telah rosak.

18/02/2014

Poslaju Tracking Number:

15/2/2014
Ahmad Jauhari Bin Morhalim - ED222483549MY
MUAMMAR IQHBAL BIN A KADIR - ED222483552MY

13/2/2014
Muhammad Nor Harif Bin Ali Amran - ED222483566MY
Nordina Yahya - ED222483570MY

11/2/2014
Brilliant Solomon - ED222483583MY
Syed Ahmad Danial B. Syed Ilham - ED222483597MY

10/2/2014
Wong Haw Lim - ED222483623MY
Lawrence Cheong - ED222483637MY
Nur Arif - ED222483606MY
Muhammad Nor Harif Bin Ali Amran - ED222483610MY
Danish b Zainuddin - ED222483654MY
Mohamad Fadzly Bin Mohamad - ED222483645MY

8/2/2014
Ben Benz - ED222483685MY
Muhammad Adil Ariff bin Che Nasrun - ED222483668MY
Muhammad Irffan - ED222483671MY

Thank you for shopping us!!
Pusat Servis RxWater

Photos 28/01/2014

SAYANGI BUAH PINGGANG ANDA

"Jika anda rasa kesihatan itu MAHAL.. cubalah KESAKITAN"

Ingin mendapatkan satu unit sebagai pelaburan kesihatan anda??

===========================================
HUBUNGI KAMI UNTUK KHIDMATRUNDING & TEMUJANJI
===========================================

☎ 06-7940089 / 017-3727459 - Pn. Yanie @ En. Eddie
✎ Facebook INBOX Message :- http://www.facebook.com/messages/penapisairrxwater
✉ email : [email protected] / [email protected]

Pesanan / Pertanyaan, sila klik : http://pusatservisrxwater.worldwellness2u.net/index.php/contact-us

Photos 25/12/2013

Pengalaman memasang Sistem Penapis Air Rx-Water di Taman Perwira, Seremban

Semalam saya bersama isteri pergi memasang Sistem Penapis Air RxWater untuk Puan nurul hanim di Taman Perwira, Seremban. Ada sedikit pengalaman yang ingin saya kongsikan.

Kami tiba dirumah beliau lebih kurang pukul 4 petang. Biasanya pemasangan hanya ambil masa 15 minit dan selebihnya 15 ke 30 minit lagi untuk penerangan produk can cara untuk penyelenggaraan. Tapi tuan rumah ada permintaan untuk menukar paip sinki beliau dari yang 1 kepala kepada yang berkembar. Jadi kena tunggu dalam setengah jam juga sebelum pemasangan sementara anak tuan rumah pergi ke hardware berhampiran untuk membeli kepala paip.

Setelah tiba, saya tolong pasangkan paip yang beliau inginkan sejurus itu barulah kerja-kerja pemasangan Sistem RxWater dijalankan. Saya juga tunjukkan kepada beliau seramik batu kapur bergred tinggi yang digunakan oleh RxWater dan mengajar beliau cara untuk membezakan filter seramik batu kapur dengan jenis yang menggunakan tulang binatang (compress bone) yang dijual murah dalam pasaran yang lazimnya diimport dari china dan taiwan.

Semasa pemasangan dibuat, pelbagai soalan diajukan terutama untuk membandingkan RxWater dengan satu lagi jenama yang berbunyi 'agak Islamik' namanya yang mana harganya sedikit lebih murah. Secara lembut saya katakan, tidak adil untuk saya membuat perbandingan atau lebih-lebih lagi untuk memburukkan produk orang lain yang saya tidak arif mengenainya. Apa yang saya boleh terangkan, adalah kelebihan Sistem RxWater kerana saya ahli dalam produk ini. Rupanya beliau telah menggunakan 'Master Filter' untuk bahagian luar rumah dari produk jenama tersebut juga.

Setelah selesai pemasangan dibuat, saya buka air paip dan menunjukkan bagaimana ia berfungsi. Alhamdulillah rumah beliau tidak mempunyai masalah tekanan air secara tidak langsung air yang telah ditapis mengalir agak laju sepertimana sepatutnya. Seperti biasa, untuk pemasangan sistem baru, saya akan biarkan air mengalis 4 ke 5 minit untuk proses flushing keempat-empat kartrij tersebut sebelum ianya boleh digunakan untuk minuman.

Setelah selesai, isteri saya p**a mempuat penerangan mengenai warranty dan sebagainya. Dalam masa yang sama ada 2, 3 orang ahli keluarga beliau menguji sistem penapis air RxWater yang baru kami pasang. Kebetulan dan masuk time masak makan petang sebab dah hampir jam 6 petang. So lepas orang ni bukak, orang lain p**ak bukak. Begitulah sekitar 30 minit.

Tiba-tiba ibu beliau bertanya kepada saya

"Air ni memang kecil macam ni ke?" Saya lihat memang airnya agak perlahan, tidak seperti mula-mula tadi.

"Eh, tak mak.. tadi laju." jawab anaknya. Saya sendiri masih mencari kemungkinan lain.

"Ke ada orang pasang paip diluar?" Tanya saya. mungkin ada perubahan tekanan bila ada yang menggunakan punca air yang sama pada fikiran saya. Tapi ternyata tiada. Bila saya test paip biasa, kuat p**a airnya memancut keluar. Bila switchkan diverter kepada RxWater, airnya meleleh sangat perlahan. Kala itu ibu saudara tuan rumah mula menyindir.

"Tadi ingat nak beli jugak. Tapi kalau perlahan sangat macam ni airnya, tak jadilah..." Saya capai semula toolbox dan buka diverter untuk dicuba kepada kepala pili yang lagi satu. hasilnya juga tetap sama. Jadi saya ambil keputusan untuk membuka semula satu persatu kartrij untuk memastikan dibahagian mana yang ada tersumbat. Mungkin dari balutan 'white tape' yang tidak kemas atau kemungkinan lain.

Segalanya terjawab bila filter seramic di kartrij pertama saya buka. Batu kapur yang tadinya putih melepak dah jadi seperti warna tembaga disaluti keladak, karat dan lendir. Tuan rumah terkejut, saya sendiri lagi terkejut. Mau taknya... baru 30 minit guna dah sampai begini kotorannya. Biasanya untuk jadi kuning begini dirumah saya sendiri ambil masa 3 minggu ke 1 bulan.

"Maknanya, selama ini tak pakai water filter, inilah yang masuk kedalam perut kita selama ini" kata saya. Terus saya cuci dan servis semula kartrij beliau. Setelah itu barulah pengeluaran air tapis kembali seperti biasa.

"Tapi kitorang dah pasang Master Filter kat luar... sepatutnya air mesti ok sikit kan?" tanya beliau kepada saya. Selamba saya jawab.

"Sepatutnya begitulah.. tapi dari apa yang berlaku sekarang, nampaknya Master Filter tu bolehlah saya katakan sebagai tidak berfungsi seperti yang sepatutnya."

Jawapan itu juga mungkin boleh menjawab soalan beliau tadi berkenaan 'Jenama yang mana yang lebih bagus' tadi. :)

Want your business to be the top-listed Furniture Store in Nilai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Nilai
71800

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 18:00