Tips Bisnes

Tips Bisnes

Share

30/12/2021

Mula2 bina bisnes, kita kerja sorang...dan tugas kita ialah kumpul modal.
bila dah berjaya kumpul modal, kita patut bermula dengan proses hiring.
First experience kita akan gagal, mungkin kita akan rugi dan terpaksa kumpul modal balik, but we will be better insyaallah.
perlu bagi cukup masa utk handle pekerja effectively - menyediakan documentation etc. Tools utk operasi ni perlu ada, kalau tidak akan kacau bilau.
banyak benda kena tengok, kalau tak mampu, mungkin kena hire kerani dulu utk handle kita punya personal documentation, lepas tu utk handle documentation staff lain p**a.
JOM SUCCESS!

Nukilan catatan .. nik ahmad kamal

21/06/2021

YURAN BELAJAR ANAK ANAK
semalam poknik bayar yuran anak no 3 poknik RM1760
hari ni poknik bayar yuran anak no 2 poknik p**a RM1280
nasib baiklah hujung 2014 hari tu poknik buat keputusan utk belajar skill baru sebab income poknik x akan dapat cover keperluan poknik dan anak poknik.
azab sungguh hidup poknik 4 tahun pertama tu
2 tahun pertama pergi KL setiap weekend - semua orang terkejut poknik fly dari labuan setiap weekend ke KL utk pergi belajar. Diorang semua cakap poknik kaya dan banyak duit sebab boleh pergi KL setiap minggu dari Labuan.
kawan poknik yang lawyer bawak bmw pun cakap dia tak mampu nak fly setiap minggu macam poknik.
respek sungguh dia pada poknik sebab dia ingat poknik dah sukses tapi masih juga pergi belajar.
dia tak tau ada ketika poknik terpaksa tidur merata rata bergelandangan minum air sinki kat stesen bas hahaha
2 tahun seterusnya p**a poknik bersengkang mata buat kerja siang malam sehingga 16 jam sehari setiap hari setiap hari setiap hari.
tak tahulah berapa lama anak isteri poknik kecik hati dgn poknik sebab poknik terlalu fokus utk keluar dari masalah sampai kadangkala poknik abaikan mereka.
sebelum poknik start pergi belajar tu, poknik dah rasa x boleh blah dah sebenarnya....
malahan ada satu ketika poknik memang rasa depressed dan sakit hati setiap kali poknik tengok muka poknik sendiri kat cermin....
sehinggakan pada satu tahap poknik berhenti tengok cermin. 2015 poknik berhenti tengok cermin.
poknik benci tengok muka poknik sendiri.
sampai sekarang poknik dah tak tengok cermin dah... dah jadi habit. b
tapi sekarang poknik tidak lagi benci diri poknik. Poknik dah boleh terima diri poknik seadanya. Poknik dah redeem harga diri poknik.
so bila poknik bayar yuran anak sekejap tadi... poknik gembira dengan diri poknik
dan perasaan itu adalah satu perasaan yg tidak boleh dibeli dengan duit dan lebih berharga dari kereta mewah mahupun rumah agam.
jom success!!!!

Perkongsian kisah hidup yg sgt menarik dri tuan Nik Ahmad Kamal.

Cc.. Nik Ahmad Kamal
Gambar sekadar hiasan..

26/03/2019

SATU PERKARA AJE.....
dan poknik nak 1000 share post ni..
setiap hari ramai orang pm poknik menceritakan masalah mereka... panjang berjela diorang ceritakan....
mreka ceritan kesedihan mereka,
kesungguhan mereka
harapan mereka
pengorbanan mereka
dan apa yang mereka dapat hasil dari susah payah mereka dan pengorbanan mereka.
family menjauh dari mereka
kawan2 menghilangkan diri
dompet semakin kosong
anak semakin besar mereka tak sedar
ia seumpama mereka bekerja keras untuk mendapatkan kesengsaraan
seumpama mereka melabur duit, masa, tenaga dan segala gala untuk membeli lebih banyak kesengsaraan dan kesusahan..
Dan poknik bagi jawapan pada mereka
dan poknk bagi solution pada mereka
poknik yakin kalau masa tu poknik berada kat depan mereka, poknik akan dapat lihat sinar mata mereka kembali bercahaya .
dan poknik yakin yang mata mereka yang redup akan kembali bersinar dan bahu mereka yang menjatuh akan kembali tegap..
kerana mereka merasa seperti mereka mendapat satu lagi peluang
bila poknik bagi satu cadangan jalan keluar...
dan walaupun mereka masih dalam kesengsaraan dan susah payah, mereka kembali optimis dan mereka kembali berfikiran positif
walaupun semua orang disekeliling mereka mencemuh mereka
keluarga terdekat mempersoal mereka
anak anak berkata mereka tak sayang anak anak
dan hanya sibuk mencari duit tanpa pedulikan anak-anak serta keluarga
mereka tetap dengan satu kepercayaan yang satu hari nanti mereka akan berjaya
dan mereka percaya yang satu hari rezeki dari Allah akan turun juga kepada mereka
dan mereka terus buat walaupun jauh lubuk hati mereka yakin dan mereka percaya yang mereka akan gagal.
poknik pun pernah berada kat sini.
poknik pun pernah duduk sorang diri kuis pasir dengan kaki berfikir kenapa semua benda yang poknik buat tak jadi
duit makin sikit
simpanan makin takde
hutang makin besar
kereta makin kecik dan makin buruk
tapi hari ni bila poknik dah dekat umur 50 ni
dan bila poknik dah makin tua
dan bila poknik dapat tengok balik susah payah poknik dan susah payah rakan2...
poknik dapat buat satu kesimp**an sahaja...
iaitu bahawasanya semua itu berpunca dari kebodohan poknik sendiri
ia juga bermakna kesusahan rakan2 juga adalah kerana kebodohan rakan2 juga.
sebab punca kepada semua masalah yang timbul ialah kerana tiada ilmu
dan punca kepada semua solution yang poknik bagi tu juga ialah kerana adanya ilmu.
rakan2 yang poknik muliakan,
janganlah rakan2 bina bisnes tanpa cari ilmu
cari ilmu bukan bermakna pergi seminar bayar ribu ribu
cari ilmu bukan bermakna pergi ngeteh dengan kawan2 sampai 3 pagi conteng gameplan dalam buku nota
cari ilmu bermakna mengisi otak dan jiwa dengan makanan yang ia perlukan.
otak perlu kuat untuk cari solution
jiwa perlu kuat untuk cukup kental hadapi cabaran
dan ia hanya boleh jadi kuat jika kita ada ilmu dan jika kita cari ilmu.
rakan2 yang mulia......
BACA BUKU!
BACA BUKU!
BACA BUKU!
punca kepada semua jawapan poknik ialah buku yang poknik baca.
dan punca kepada semua masalah rakan2 ialah buku yang rakan2 TAK BACA.
bila kita tak baca buku kita akan jadi manusia jahil... yang mempunyai otak yang jahil dan mempunyai jiwa yang jahil
berniaga dengan otak yang jahil
dan berniaga dengan jiwa yang jahil.
akhirnya otak yang jahil ni akan berkomunikasi dengan jiwa yang jahil dan mereka ini merintih rintih mengenang nasib diiri yang tak putus putus dirundung malang.
sedangkan jawapan kepada semua keluh kesah mereka hanyalah beberapa baris dalam sebiji buku yang mereka perlu baca.
poknik ingat lagi satu ketika dimana poknik sedang stuck dan sales tak naik... dan poknik dah tak tahu macamana nak buat
poknik pergi kedai buku terus.
dan masa kat situ poknik jumpa satu buku hasil tulisan Adam Khoo - building a multi million dollar business
so poknik beli buku tu.. harga dalam rm89.00 sahaja
poknik tak baca keseluruhan buku tu pun, tapi poknik baca table of contents dia dan dari situ poknik jumpa beberapa perkara yang mernarik yang poknik boleh buat.
tapi yang paling best ialah poknik jumpa 3 baris ayat yang menceritakan tentang seorang lelaki yang memegang rekod dunia sebagai salesman yang buat paling banyak sales.
dan orang ni kalau tak silap poknik .. dia jual kereta.
hasil dari baca kisah dia... poknik diperkenalkan kepada konsep referral dan referral marketing.
dari situ poknik buat satu perbincangan dan poknik siapkan satu garispanduan macamana nak jalankan program referral ni.
bulan tu juga sales naik hampir 300k.
Sales naik 200k++ pada bulan dimana poknik lancarkan program referral dermags.
rakan2 bayangkanlah...
hanya 3 baris dan ia bawa RM200k
sedangkan rakan2 duduk berbulan bulan layan kesedihan
duduk berbulan2 guna otak yang jahil untuk cari penyelesaian kepada masalah
duduk berbulan2 dengan guna jiwa yang jahil dan jiwa yang lemah dan pengecut untuk mendepani badai bisnes.
YOU SEMUA AKAN GAGAL
YOU SEMUA AKAN GAGAL SELAGIMANA YOU TAK RETI PAKSA DIRI YOU BACA BUKU.
selagi mana kita tak baca buku
dan selagi mana kita tak gali ilmu
selagi mana kita malas
selagi mana kita cakap kita tak boleh baca buku
selagi itu kita akan gagal.
you ingat cakap poknik ni.
sila ubah diri
dan sila ubah tabiat
dan sila baca buku
dan sila gali ilmu
sebab kalau you tak buat gini.
YOU AKAN GAGAL.

Cc..nik ahmad kamal

Want your business to be the top-listed Advertising & Marketing Company in Nilai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Nilai
71800