Aszeen PHOTO Collection
09/05/2026
SABERKAS MUKAH FIT FUNRUN 2026, FAZRUL JUARA CATAT MASA 16:35 MINIT
MUKAH, 9 Mei – Program FIT FUNRUN 2026 SABERKAS Mukah telah berlangsung dengan jayanya hari ini dengan penyertaan yang amat menggalakkan serta semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan peserta.
Dalam acara tersebut, Fazrul muncul sebagai juara selepas menamatkan larian dengan catatan masa terpantas iaitu 16 minit 35 saat. Tempat kedua disandang oleh Rizqi dengan masa 16:45 minit, diikuti Devidhel di tempat ketiga dengan catatan 17:51 minit.
Tempat keempat hingga kesepuluh masing-masing dimenangi oleh Al-Afdhal, Shelo Claresster, Muhd Haziq, Aliff Shahrimi dan Maurice.
Bagi kategori hadiah, pemenang tempat pertama membawa pulang wang tunai RM500, diikuti RM300 bagi tempat kedua dan RM200 untuk tempat ketiga. Tempat keempat menerima RM150, kelima RM100, manakala tempat keenam hingga kesepuluh masing-masing menerima RM50.
Penganjuran program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat di samping mengeratkan hubungan dalam komuniti setempat. Selain itu, program seumpama ini juga berperanan penting dalam membentuk generasi belia yang aktif, berdisiplin serta menjauhi gejala negatif, khususnya membenci dan menolak penyalahgunaan dadah demi masa depan yang lebih cemerlang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Mukah
96400