Laman Rasmi IPD Mukah
09/06/2026
PERHIMPUNAN MINGGUAN PERINGKAT IPD MUKAH
Mukah, 09 Jun 2026 (Selasa) - IPD Mukah telah mengadakan Perhimpunan Mingguan yang dihadiri oleh YDH DSP Muhamad Rizal Bin Alias, Ketua Polis Daerah Mukah bersama pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam IPD Mukah.
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Sang Saka Biru, diikuti bacaan doa, lafaz Ikrar Rukun Negara serta penyampaian amanat dan arahan semasa oleh YDH Ketua Polis Daerah Mukah.
Dalam amanat beliau, YDH KPD Mukah menekankan beberapa perkara penting antaranya persediaan penugasan Program Nitih Daun/Ngiling Bidai, kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), pengurusan dan penyelenggaraan kuarters PDRM, tindakan segera dalam kes Orang Hilang (OH), serta pemantapan integriti dan disiplin warga pasukan.
Beliau turut mengarahkan agar semua bahagian dan balai polis membuat persiapan rapi bagi menghadapi pemeriksaan PTKPN A117 yang dijadualkan pada 23 Jun 2026 serta mengingatkan seluruh warga IPD Mukah supaya sentiasa menjaga kerahsiaan maklumat dan dokumen rasmi bagi memastikan keselamatan organisasi sentiasa terpelihara.
Perhimpunan mingguan ini merupakan platform penting dalam menyampaikan dasar, arahan semasa serta memperkukuhkan komunikasi dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga IPD Mukah demi memastikan penyampaian perkhidmatan kepolisan yang cemerlang kepada masyarakat.
Program telah berlangsung dengan lancar dan teratur tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
28/05/2026
𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗥𝗘𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗔𝗟𝗔𝗜 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗠𝗨𝗞𝗔𝗛, 𝗜𝗣𝗗 𝗠𝗨𝗞𝗔𝗛
Mukah, 28 Mei 2026 (Khamis) — Satu lawatan kebajikan telah diadakan oleh wakil HEA IPD Mukah bersama anggota Balai Polis Mukah bagi menziarahi Muhd Faiz Bin Osman yang sedang menerima rawatan di Wad Lelaki, Hospital Mukah akibat sawan.
Lawatan ini diketuai oleh Sjn Ahmad Shalaby Shokury (HEA) bersama Kpl Suhairi Bin Osman dan L/Kpl Mohd Yusaari Bin Asri.
Program ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada keluarga anggota PDRM yang sedang menghadapi ujian kesihatan ahli keluarga mereka. Selain itu, lawatan seumpama ini turut menjadi medium dalam memperkukuhkan ukhuwah serta hubungan silaturahim dalam kalangan warga IPD Mukah.
Semoga Muhd Faiz Bin Osman diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jalan Haji Mohd Pauzi
Mukah
96400