Kinderhive Muar
20/05/2026
DISINI BERMULANYA SI CILIK CERDIK HAJI...
Alhamdulillah, hari ini telah berlangsungnya Program Simulasi Haji Cilik bersama anak-anak Kinderhive dalam suasana yang meriah, ceria dan penuh bermakna ✨🕋
Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif telah dijalankan oleh para guru bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai ibadah haji serta nilai-nilai Islam sejak kecil. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah simulasi tawaf, saie, melontar jamrah, lafaz talbiyah serta simulasi Hari Raya Korban yang berjaya menarik minat dan keterujaan anak-anak sepanjang program berlangsung 🤍
Melalui pendekatan pembelajaran secara hands-on dan menyeronokkan, anak-anak bukan sahaja dapat belajar sambil bermain, malah dapat membina keyakinan diri, semangat kerjasama serta memahami asas ibadah dengan lebih mudah dan berkesan.
Di Kinderhive, kami percaya pembelajaran terbaik bermula melalui pengalaman yang bermakna 💫
Terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami dalam mendidik serta membentuk perkembangan anak-anak sejak usia awal.
📍Jom sertai keluarga Kinderhive hari ini!
Berikan anak anda pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif dan penuh nilai murni bersama kami ❤️
🌸 Sambutan Hari Guru KINDERHIVE® 2026 🌸
“Guru bukan hanya mengajar membaca dan menulis, tetapi membentuk akhlak, keyakinan dan masa depan anak-anak.” 💛
Terima kasih kepada semua guru atas kasih sayang, kesabaran dan pengorbanan yang dicurahkan setiap hari buat anak-anak kecil kami 🐝✨
📚 Selamat Hari Guru
“Guru Bitara, Nadi Negara”
Ikhlas daripada seluruh warga Kinderhive Muar
15/05/2026
🌟 Jom jadi sebahagian keluarga kami di KINDERHIVE® 🌟
Mencari tadika yang bukan saja fokus akademik, tapi juga pembentukan sahsiah & suasana pembelajaran yang ceria? 💛💙
📍 KINDERHIVE® Islamic Education Hive
📌 Sungai Abong, Muar, Johor
✨ Pendekatan Didik Hibur Islamik
✨ Persekitaran selesa & ceria
✨ Aktiviti menarik untuk perkembangan anak-anak
✨ Guru penyayang & mesra kanak-kanak
📞 Hubungi kami sekarang: 017-312 9568
Tempat terhad untuk sesi kemasukan baru!
15/05/2026
🌟 Jom jadi sebahagian keluarga kami di KINDERHIVE® 🌟
Mencari tadika yang bukan saja fokus akademik, tapi juga pembentukan sahsiah & suasana pembelajaran yang ceria? 💛💙
📍 KINDERHIVE® Islamic Education Hive
📌 Sungai Abong, Muar, Johor
✨ Pendekatan Didik Hibur Islamik
✨ Persekitaran selesa & ceria
✨ Aktiviti menarik untuk perkembangan anak-anak
✨ Guru penyayang & mesra kanak-kanak
📞 Hubungi kami sekarang: 017-312 9568
Tempat terhad untuk sesi kemasukan baru!
10/05/2026
Buat semua wanita hebat yang bergelar ibu,
terima kasih kerana menjadi insan pertama yang mengajar anak-anak tentang kasih sayang, adab dan kehidupan 🤍
Di setiap pelukan ibu, ada rasa tenang.
Di setiap doa ibu, ada kekuatan buat anak-anak membesar menjadi insan yang baik.
Semoga Allah sentiasa memberkati dan menguatkan setiap langkah ibu ayah dalam membimbing amanah kecil ke jalan yang diredhai-Nya 🌷
Selamat Hari Ibu ❤️
رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
“Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”
(QS. Al-Isra’: 24)
10/05/2026
“Melentur buluh biarlah dari rebungnya” 🌱📚
Kursus Kelas Membaca & Fonik demi memperkasa kemahiran awal kanak-kanak.
AKTIVITI BUKU : BAHASA INGGERIS ✨📖
Kanak-kanak menjalankan aktiviti pembelajaran Bahasa Inggeris menggunakan buku latihan bersama guru dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan 🌈 Sepanjang aktiviti dijalankan, kanak-kanak dibimbing untuk mengenal huruf, membaca perkataan mudah serta melengkapkan latihan mengikut topik yang dipelajari.
Aktiviti ini bertujuan membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran asas Bahasa Inggeris sejak usia awal di samping menambah perbendaharaan kata baharu mereka. Selain itu, aktiviti buku ini juga dapat melatih kanak-kanak untuk lebih fokus, mendengar arahan guru dengan baik serta meningkatkan kemahiran motor halus melalui aktiviti menulis dan memegang pensel dengan betul ✏️📚
Kanak-kanak kelihatan sangat bersemangat dan gembira sepanjang sesi pembelajaran kerana dapat belajar sambil meneroka perkataan-perkataan baharu bersama rakan-rakan 💛
AKTIVITI MATEMATIK : PADANKAN BENTUK 🟢⭐🟧
kanak-kanak di KInderhive Sungai Abong telah mengikuti aktiviti matematik bertajuk “Padankan Bentuk” dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif ✨ Pelbagai jenis bentuk diperkenalkan kepada kanak-kanak seperti bulat, segi tiga, segi empat, bintang, hati dan oval. Kanak-kanak diminta untuk mengenal pasti serta memadankan bentuk yang sama menggunakan bahan bantu mengajar yang berwarna-warni dan menarik perhatian mereka.
Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat mengenali pelbagai bentuk dengan lebih jelas di samping meningkatkan fokus, daya pemerhatian dan kemahiran berfikir. Aktiviti ini juga membantu perkembangan koordinasi mata dan tangan apabila mereka perlu memilih dan memadankan bentuk dengan tepat. Selain belajar mengenal bentuk, kanak-kanak turut belajar untuk lebih yakin, fokus dan bekerjasama bersama rakan-rakan ketika menjalankan aktiviti. Mereka kelihatan sangat seronok dan teruja sepanjang sesi pembelajaran kerana dapat belajar sambil bermain dalam suasana yang ceria
Pada hari Isnin yang lalu, Kinderhive Sungai Abong telah menganjurkan Kempen Membaca Bersama-sama yang melibatkan kanak-kanak berumur 2 hingga 5 tahun. Program ini bertujuan untuk memupuk minat membaca sejak usia awal di samping membantu perkembangan bahasa, komunikasi serta daya imaginasi kanak-kanak. Selain itu, kempen ini juga diadakan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan melalui aktiviti membaca secara berkumpulan.
Sepanjang program dijalankan, kanak-kanak menunjukkan penglibatan yang sangat baik dan memberi kerjasama sepanjang sesi berlangsung. Mereka didedahkan dengan bahan bacaan yang sesuai mengikut peringkat umur seperti buku bergambar dan cerita ringkas. Kanak-kanak juga berpeluang untuk melihat ilustrasi menarik, menyebut perkataan mudah serta berinteraksi secara aktif bersama guru dan rakan-rakan. Aktiviti ini bukan sahaja membantu meningkatkan keyakinan diri, malah turut merangsang minat mereka untuk terus membaca.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Diharapkan agar kempen seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi membentuk tabiat membaca dalam kalangan kanak-kanak serta melahirkan generasi yang berilmu, kreatif dan berkeyakinan tinggi pada masa hadapan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
No 9, Jalan Jelawat 3, Taman Sungai Abong
Muar
84000