Anak-anak Muar
28/05/2026
Penunggang Motosikal Warga Indonesia Maut Dalam Kemalangan di Pagoh
PAGOH, 28 Mei – Seorang lelaki warga Indonesia berusia 41 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kampung Sedenak, Pagoh, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.20 petang itu melibatkan sebuah lori Isuzu dan sebuah motosikal.
Menurut beliau, lori yang dipandu lelaki tempatan berusia 28 tahun sedang dalam perjalanan dari Kampung Paya Redan menuju ke pekan Pagoh sebelum motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian sisi kanan lori tersebut.
Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir.
Pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Muar atau mana-mana balai polis berhampiran.
06/05/2026
Murid maut digilis depan sekolah: Pemandu van warga emas direman 3 hari
05 Mei 2026
Tengah hari semalam di daerah jiran kita Batu Pahat, keadaan di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Maimon seperti kebiasaan apabila murid-murid Tahun Dua baru sahaja tamat sesi persekolahan.
Dalam kalangan mereka, seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun, Nur Aini Humairah, sedang menunggu ibunya untuk dijemput pulang.
Beberapa minit saja lagi… Beberapa langkah saja lagi…
Namun takdir berubah sekelip mata.
Sekitar jam 12.30 tengah hari, sebuah van yang dipandu lelaki berusia 60 tahun tiba-tiba menggilis mangsa di hadapan pintu pagar utama sekolah.
Suasana tenang terus bertukar cemas. Jeritan mula kedengaran. Orang ramai bergegas mendapatkan mangsa.
Namun kecederaan yang dialami terlalu parah… Nur Aini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Lebih menyayat hati, kejadian itu berlaku hanya beberapa minit sebelum ibunya, Asmilah Tukiran, tiba untuk menjemputnya pulang.
Seorang ibu yang datang dengan harapan… akhirnya berdepan kenyataan paling pahit dalam hidupnya.
Jenazah mangsa kemudian dikebumikan pada malam yang sama di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Mustafa.
Sementara itu, pemandu van terbabit telah ditahan dan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kehilangan ini tidak akan pernah terganti.
Hanya dalam beberapa saat kecuaian, satu nyawa terkorban, dan sebuah keluarga musnah selamanya.
Al-Fatihah buat Nur Aini Humairah. 🤍
Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kredit : Kisah Hitam
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Muar