PASTI AR Rahmah K4T

PASTI AR Rahmah K4T

Share

20/03/2022

السَّلَام عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُللّهِ وَبَرَكَاتُهُ!!!

*SELAMAT KEMBALI KE PASTI KAWASAN MUAR SESI 2022*

"Ilmu tanpa amal adalah kegilaan, dan amal tanpa ilmu adalah kesia-siaan." Dari:- *~Imam Ghazali~*

Selamat kembali ke PASTI, Kepada seluruh anak-anak PASTI bagi sesi 2022, Dan Selamat Bertugas Kepada semua Guru-guru Pasti Kawasan Muar,

Amalkan norma baru kebiasaan dalam persekolahan dan jaga penjarakan diantara kita walaupun kita hampir memasuki Fasa “ENDEMIK” COVID-19.

Di kesempatan ini juga, pihak kami mengucapkan “Selamat Bertugas” buat semua guru yang telah kembali ke sekolah dan telah bersusah-payah melaksanakan persiapan bagi mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) pembukaan sekolah. Pengorbanan, komitmen dan kesungguhan kalian hanya Allah SWT sahaja yang layak membalasnya.

Diharapkan penuh semangat melaksanakan tugas dan peranan masing-masing diamping titipkan doa selalu agar Allah SWT bersama sepanjang masa.

Semoga kekal gembira selalu dalam mengecapi tingkat pendidikan formal dalam situasi kehidupan norma baharu. Marilah kita sentiasa tingkatkan bersama tahap kepatuhan terhadap SOP yang telah ditetapkan, demi kesihatan dan kesejahteraan bersama serta segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT untuk hari ini dan hari-hari seterusnya.

*أُطْلُبِ الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدِ*
*~Artinya:~* “Tuntutlah ilmu dari buaian (bayi) hingga liang lahat.”

Kembali ke Pasti dalam keadaan memastikan berada dalam SOP, aturan yang telah ditetap oleh kerajaan Dan pihak Pasti Pusat..
Semoga seluruh keluarga Pasti Kawasan Muar sentiasa dilindungi dari COVID-19 dan segala wabak yang merbahaya..

آمين يا الله آمِيّنْ يا الرحمن آمِيّنْ يا الرحيم آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن.

Photos from PASTI AR Rahmah K4T's post 20/03/2022

PERSEDIAAN PERSEKOLAHAN 2022/23

Alhamdulillah..sekilas pandang persiapan untuk pembukaan sekolah esok. InshaAllah kami warga pendidik mengalu-alukan kehadiran para pelajar bagi sesi 2022/23. InshaAllah dengan fasiliti yang ada ini kami cuba menyediakan yang terbaik untuk anak-anak menuntut Ilmu. Moga anak-anak terus bersemangat hadir ke sekolah bermula esok. Moga segalanya dipermudah & berjalan dengan lancar.

Siiru a'la barakatillah💪

14/09/2021

https://www.facebook.com/1441469192832230/posts/2895860527393082/

SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA ADIK HIDAYATUL ADNIN

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Mendapat perkhabaran sedih daripada Pengerusi PASTI Kawasan Muar petang tadi melalui pesanan 'Whatsapp'.

Adik Hidayatul Adnin yang merupakan murid di PASTI Al Amaliyyah, Muar berusia 4 tahun sebelum ini telah diuji dengan penyakit 'brain tumor' dan menerima rawatan di KPJ Muar dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Pada 4 September, Adik Hidayatul Adnin telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan susulan.

Dukacita, Adik Hidayatul Adnin telah disahkan meninggal dunia pada jam 5.56 petang ini di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Saya mewakili PASTI Negeri Johor mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Adik Hidayatul Adnin.

Mari semua warga PASTI untuk kita sama-sama hadiahkan bacaan Al-Fatihah buat Adik Hidayatul Adnin Binti Supaat.

Al-Fatihah,

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞
ٱلرَّحْمَـنِٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞
صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞
غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
امين.

Mohd Fairuz Bin Alias
Pengarah
Jabatan PASTI Negeri Johor

Want your school to be the top-listed School/college in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Taman Seri Temenggong
Muar
84000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00