JKR Muar
07/07/2026
29/06/2026
📢 NOTIS PEMAKLUMAN KERJA PENYELENGGARAAN JALAN
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan jalan akan dilaksanakan seperti butiran berikut:
🛣️ Jalan: FT224 Jalan Pintas Muar
📍 Lokasi: Muar, Johor
📏 Seksyen: KM 0.00 – KM 2.00
📅 Tarikh: 29 Jun 2026 sehingga selesai
🕖 Masa: 7.00 malam – 7.00 pagi
⚠️ Status Laluan:
Penutupan satu lorong secara berperingkat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan (Mill & Pave).
🚗 Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya:
✅ Merancang perjalanan lebih awal.
✅ Mematuhi papan tanda dan arahan petugas di lokasi.
✅ Mengurangkan kelajuan serta mengutamakan keselamatan sepanjang melalui kawasan kerja.
Kerjasama dan kesabaran semua pengguna jalan raya amatlah dihargai bagi memastikan kerja-kerja dapat disiapkan dengan selamat dan lancar.
Terima kasih atas kerjasama anda.
23/06/2026
MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) PROJEK PEMBINAAN SEMULA BANGUNAN DAIF DI SK PARIT NAWI, MUAR
MUAR, 23 Jun 2026 – Menteri Pendidikan Malaysia YB Puan Fadhlina binti Sidek hari ini mengadakan lawatan dan penyerahan Surat Setuju Terima (SST) di SK Parit Nawi daripada Wakil Pengarah JKR Negeri Johor iaitu En. Rozahan bin Aboo Bakar, Arkitek Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek CKP JKR Malaysia kepada kontraktor yang berjaya iaitu Nuroth Integrated Enterprise dengan disaksikan oleh beliau bersama En. Zulkurnain Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Tn Haji Rahman@Abdul Rahman bin Selamat, Pegawai Pendidikan Daerah Muar dan En. Fadil bin Ja'afar, Guru Besar SK Parit Nawi.
Dalam sesi ucapan, YB Puan Fadhlina binti Sidek mengharapkan agar projek Daif SK Parit Nawi melibatkan skop pembinaan semula kantin baru yang telah diluluskan ini dapat disiapkan dalam tempoh kontrak atau lebih awal bagi memberi kemudahan yang kondusif kepada para pelajar.
Beliau juga mohon agar kontraktor memberi komitmen yang terbaik dalam menjayakan projek ini bersama pemantauan daripada pihak Jabatan Kerja Raya.
23/06/2026
Program keselamatan jalan raya dan khidmat masyarakat (CSR) telah dilaksanakan oleh JKR Muar dengan sokongan dan kerjasama Pengarah JKR Negeri Johor Tn Ir. Hj Zainal bin Tumian, Pejabat Pendidikan Daerah Muar dan Syarikat Konsesi Jalan Negeri Tiya Bina Sdn. Bhd di SK Parit No. 5 pada 21 Jun 2026 (Ahad).
Majlis dirasmikan oleh Ir. Mohd Zafuan Arif Bin Kadim, Jurutera Awam Penguasa (Jalan) JKR Johor, turut hadir bersama Ir. Hj Samri bin Embong Jurutera Daerah JKR Muar, En. Iswat Fahuzir bin Ismail Jurutera Jalan JKR Muar, En. Mohd Isa bin A. Rahim Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Prasekolah & Rendah (Pengurusan Sekolah) Pejabat Pendidikan Daerah Muar, Cikgu Noorlina binti Meskon Guru Besar Sek Keb Pt. No. 5, En. Hj Md. Luqmanul Hakim bin Hj Mashadi Yang Dipertua PIBG Sek Keb Pt. No. 5, Cikgu Hj Rosman bin Selamat Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Norsafura binti Shamsuri Guru Penolong Kanan (HEM), Cikgu Hj Mohd Fakhrul Anuar bin Mohd Romli Guru Penolong Kanan (Kokurikulum), En Khalim bin Abdullah Penghulu Mukim Sg. Balang, En Mohd Zafran bin Salleh Pengurus Projek Tiya Bina Sdn. Bhd, Warga Kakitangan JKR Muar serta Warga Sek. Keb Pt. No. 5.
Program yang julung-julung kali diadakan ini secara umumnya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan murid dan komuniti setempat, serta menilai dan menambah baik infrastruktur sekitar sekolah bagi memastikan persekitaran yang selamat, kondusif, dan selesa. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang
20/06/2026
19/06/2026
17/06/2026
MAJLIS JAMUAN TEH BERSAMA RAKYAT 2026
Daerah Muar dijemput hadir memeriahkan Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Tahun 2026.
📅 20 Jun 2026 (Sabtu)
🕑 2.00 Petang
📍 Dataran Tanjung Emas, Muar
Marilah bersama-sama menzahirkan rasa taat setia dan kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor serta memeriahkan sambutan yang penuh bermakna ini.
Orang ramai dijemput hadir.
iamJKR
17/06/2026
16/06/2026
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Seluruh warga kerja Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Muar ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H / 2026M kepada seluruh umat Islam, khususnya buat warga Daerah Muar.
Semoga kedatangan tahun baharu Islam ini memberi sinar dan semangat baharu buat kita semua untuk terus mempertingkatkan kualiti kerja, integriti, dan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat dan negara. Hijrah itu pengorbanan ke arah yang lebih baik.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Jalan Othman
Muar
84000