SDARY Merlimau
21/05/2026
INFAQ PENAPIS AIR 2.0 UNTUK WARGA SDARY
Jom rebut peluang bersedekah jariah dengan menyumbang kepada pembelian 3 unit penapis air untuk kemudahan warga sekolah.
💧 "Sebaik-baik sedekah adalah memberi air minum."
📖 Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya di antara amal soleh yang akan mengalir pahalanya kepada si mati adalah: air yang diberikannya (semasa hidupnya) kepada orang ramai."
(Hadis Riwayat Ahmad)
🎯 Sasaran: RM11,550.00
💸 Sumbangan serendah RM10 pun amat bermakna!
📲 Salurkan sumbangan anda di pautan berikut:
🔗 https://app.herepay.org/pibgsdary/pf_0050
📞 Sebarang pertanyaan, hubungi:
📍 En. Hussin bin Maidin – 017-2555 123
📍 Pn. Norzalina Md Dom – 019-667 3637
✨ Ayuh kita sama-sama merebut pahala berpanjangan!
Penyumbang satu unit (RM3850.00) akan dipaparkan nama pada mesin penapis air
Terima kasih Cikgu!!!
06/05/2026
Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Agung PIBG SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub (SMK DARY) kali ke-56 bagi tahun 2026 bertempat di Dewan Ar Rahman! 🎉
Pihak sekolah dan jawatankuasa PIBG ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Mohd Fozi Md Jaus, Pengerusi PIBKS Daerah Jasin, kerana sudi hadir dan menyempurnakan majlis perasmian mesyuarat agung kali ke 56. ✨
Kehadiran serta kata-kata semangat dan amanat yang disampaikan oleh beliau amat bermakna buat seluruh warga pendidik dan para ibu bapa. Sokongan berterusan daripada pihak PIBKS pastinya menyuntik inspirasi buat kami untuk terus memacu kecemerlangan anak-anak murid SMK DARY. 💪📚
Tidak lupa juga, terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan AJK PIBG, guru-guru, dan semestinya para ibu bapa yang hadir memberikan sokongan padu. Komitmen anda semua amat kami hargai! 👏
Semoga ukhuwah dan jalinan kerjasama yang erat antara pihak sekolah, PIBG, dan komuniti luar akan terus mekar demi kemenjadian dan masa depan anak-anak bangsa kita. 🤲
"Berusaha dan Berjaya" 💙💛
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
Jalan Jasin
Muar
77300