PERKEP IPD Muar

PERKEP IPD Muar

Share

11/03/2026

PROGRAM TADARUS AL-QURAN PERINGKAT IPD MUAR

Muar, 09 Mac 2026 (Isnin) - Bertempat di Bilik Mesyuarat Logistik dan Musolla IPD Muar, telah diadakan Program Tadarus Al-Quran.

Ia dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan 1 dipimpin oleh Ustaz Abd. Latif bin Ismail dan Kumpulan 2 dipimpin oleh Ustaz Mohd Azizi bin Ahmad.

Tadarus diteruskan dengan bacaan Juzuk 10 oleh Kumpulan 1 manakala Juzuk 25 oleh Kumpulan 2. Program diakhiri dengan doa selamat dan doa penutup serta selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Seramai 14 orang yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam dan Ahli PERKEP IPD Muar menyertai tadarus ini.

Program tadarus di bulan Ramadhan ini berjaya menggalakkan amalan membaca Al-Quran dan juga mengeratkan hubungan ukhwah sesama PKP, PRP, Pegawai Awam dan Ahli PERKEP di IPD Muar.

'KeluargaBahagiaPasukanSejahtera'

Photos from PERKEP IPD Muar's post 04/03/2026

PROGRAM HALAQAH ILMU ANJURAN PERKEP IPD MUAR

Muar, 04 Mac 2026 (Rabu) - Program Halaqah Ilmu Anjuran Biro Agama PERKEP IPD Muar telah diadakan di Rumah PERKEP IPD Muar dengan dihadiri ASP Nurleen Hannah Chai Min Lin, Setiausaha PERKEP IPD Muar, ASP Norhayati binti Zainon, Biro Agama PERKEP IPD Muar dan Ahli PERKEP IPD Muar.

Seramai 05 orang ahli PERKEP IPD Muar telah menyertai Program Halaqah Ilmu yang dibimbing oleh Ustazah Hamizatul Syima bt Mohd Nadzri, dari Pejabat Kadi Muar.

Topik perbincangan pada hari ini adalah berkaitan Ihya' Ramadhan. Ustazah menerangkan kebaikan yang ada di dalam bulan Ramadhan dan amalan-amalan yang boleh dibuat sepanjang bulan Ramadhan.

Program Halaqah Ilmu ini adalah anjuran Biro Agama PERKEP IPD Muar dan diadakan setiap hari Rabu di Rumah PERKEP IPD Muar. Semoga program ilmu ini dapat menambah pengetahuan berkaitan agama Islam serta memupuk diri untuk sentiasa hadir mengimarahkan majlis ilmu dikalangan Ahli PERKEP IPD Muar.

'KeluargaBahagiaPasukanSejahtera'

Photos from PERKEP IPD Muar's post 26/02/2026

PROGRAM ZIARAH KASIH KETUA POLIS JOHOR MENYANTUNI PESARA POLIS KATEGORI TERLANTAR DAN SAKIT KRONIK DI BAWAH PENTADBIRAN DAERAH MUAR.

Muar, 26 Februari 2026 (Khamis) - YDH CP Datuk Ab Rahaman, Ketua Polis Johor bersama isteri, YBhg. Datin Salwah Binti Mahdan, Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor telah mengadakan Lawatan Kebajikan serta Program Ziarah Kasih Ketua Polis Johor ke atas dua orang Pesara Polis yang menghidap sakit kronik dan terlantar sakit di kediaman kedua-dua pesara tersebut.

Lawatan dimulai ke kediaman Sjn(B) 38026 Ismail bin Hj Yaakub berumur 88 tahun yang terlantar akibat sakit kedua-dua lutut dan lawatan kedua ke kediaman SM(B) 127829 Rohaidin bin Talib, berumur 58 tahun, yang mengidap Kencing manis dan kaki kanan telah dipotong.

YDH Ketua Polis Johor berbesar hati menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan barang-barang keperluan dan kerusi roda sebagai tanda keprihatinan.

Lawatan ini telah berjalan dengan baik dan lancar. Semoga dengan lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan Polis dan Pesara Polis pada masa akan datang.

Turut hadir bersama ialah YDH DCP Hoo Chuan Huat , Timbalan Ketua Polis Johor bersama isteri, YBhg. Puan Saw See Na, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, SAC Mohd Zairi Bin Badderol @ Badrol, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, YDH SAC Muhd Zailani Bin Abdullah, Ketua Jabatan KDNKA Johor dan Ketua ketua Jabatan Johor diiringi oleh YDH ACP Raiz Mukhliz bin Azman Aziz, Ketua Polis Daerah Muar dan pegawai pegawai kanan Polis serta Ahli PERKEP Kontinjen Johor dan ahli PERKEP IPD Muar.

'KeluargaBahagiaPasukanSejahtera'

Photos from PERKEP IPD Muar's post 26/02/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS AHLI PERKEP PULAMAR DI HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH, MUAR

Muar, 26 Februari 2026 (Khamis) - YBhg. Puan Hjh Rozana binti Mohd Nasir, Pengerusi PERKEP PPM W2 Johor serta ahli PERKEP PPM W2 dan MO PPM Muar telah membuat lawatan kebajikan ke atas suami kepada ahli PERKEP Pulamar di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.

Turut hadir bersama ialah ASP Mohd Noor bin Abd Latif, Pegawai Pemerintah MO PPM Muar bersama wakil Pasukan Polis Marin Muar.

Lawatan turut disertai oleh Insp. Aida Kening, Penolong Biro Sosial/Lawatan PERKEP IPD Muar serta AJK PERKEP IPD Muar.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk bertanya khabar, memberi sokongan moral dan mendapatkan perkembangan terkini keadaan kesihatan suami kepada ahli PERKEP Pulamar, Puan Nurhasniza binti Othman iaitu SJN 173337 Zulkifli bin Mat Nor yang dimasukkan ke hospital sejak 29 Januari 2026 akibat pitam semasa membuat Latihan Di Air.

Rombongan lawatan kebajikan ini juga menyerahkan sumbangan kepada Puan Nurhasniza dan suami sebagai tanda ingatan dan meringankan beban yang dihadapi.

Semoga lawatan ini dapat memberikan semangat dan kegembiraan kepada Puan Nurhasniza dan suaminya yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

'KeluargaBahagiaPasukanSejahtera'

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Meriam
Muar
84000