BSPTD MUAR

BSPTD MUAR

Share

Photos from Polis Daerah Muar's post 12/04/2024

ADVOKASI DAN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA OP SELAMAT 22 | 2024 HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT IPD MUAR

12/04/2024

Alhamdullilah. Awal2 pagi pukul 2 3 pagi abg polis kita tetap setia bertugas demi nusa dan bangsa.

12/04/2024

Semoga segala urusan semua anggota polis trafik muar dipermudahkan dalam memastikan kelancaran lalulintas.

TikTok · BSPTD MUAR 12/02/2024

TikTok · BSPTD MUAR Lihat video BSPTD MUAR.

Photos from Polis Daerah Muar's post 12/02/2024
TikTok · BSPTD MUAR 11/02/2024

TikTok · BSPTD MUAR 106 s**a, 6 komen. "Op Utama Tembak Tahan oleh anggota polis trafik Muar. Mohon semua pemandu jalanraya mengikuti segala had laju yang telah ditetapkan.”

Photos from BSPTD MUAR's post 10/02/2024

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA 2024 PERINGKAT IPD MUAR

, 9 Febuari 2024 | Kempen keselamatan jalanraya dan rumah selamat Op Selamat 21 tahun 2024 sempena sambutan Tahun Baru Cina peringkat daerah Muar telah diadakan di hadapan stesen minyak Petronas Jalan Salleh Muar pagi ini.

Kempen keselamatan jalanraya ini disempurnakan oleh YDH ACP Raiz Mukhliz bin Azman Aziz, Ketua Polis Daerah Muar dan Supt. Muhammad Aidil Roneh bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar.

Op Selamat 21 telah dilaksanakan serentak seluruh negara mulai 08/02/2024 hingga 13/02/2024 selama enam hari. Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati semasa memandu terutamanya pada musim perayaan bagi mengelakkan peningkatan kemalangan jalan raya.

Tindakan advokasi berterusan bagi menjamin tahap keselamatan pengguna jalan raya dan rumah kediaman berada di peringkat maksimum semasa musim perayaan akan diteruskan. Kempen kali ini KPD Muar telah memberi vest keselamatan semasa menunggang motosikal kepada pengguna jalanraya dan mengedar risalah keselematan jalanraya serta pencegahan scammer.

Dalam program ini juga Tuan KPD Muar telah menampal sticker anti scammer di premis Petronas bagi memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak menjadi mangsa scammer yang berleluasa kini.

Hadir sama Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis yang terlibat menjayakan program ini.

Orang ramai dan pengguna jalanraya diingatkan agar berhati-hati dalam pemanduan agar selamat sampai ke destinasi dan rumah yang ditinggalkan dalam keadaan selamat di musim cuti perayaan ini.

10/02/2024

Operasi selamat sempena tahun baru cina sedang dijalankan bermula pada 8 Februari sehingga 13 Februari 2024 iaitu selama 6 hari. BSPTD Muar menyeru kepada semua pengguna jalanraya agar mematuhi segala peraturan jalanraya dan undang-undang demi menjamin keselamatan bersama.

dirasai

Want your organization to be the top-listed Government Service in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Jalan Petrie
Muar
84000