ARC MUAR

ARC MUAR

Share

14/05/2026

Mantap Ganu ๐Ÿ‘... Teruskan usaha bantu golongan belia

Kerajaan Terengganu memperkemas Skim Pinjaman Pembelian Motosikal di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) bagi membolehkan lebih ramai rakyat khususnya belia dan golongan B40 memiliki motosikal untuk bekerja, berniaga dan menjana pendapatan.

Baca artikel di bawah ๐Ÿ‘‡

Photos from ARC MUAR's post 13/05/2026

๐™๐™–๐™ฃ๐™ฅ๐™– ๐™๐™–๐™ง๐™—๐™ž๐™ฎ๐™–๐™ ๐™‚๐™š๐™ง๐™š๐™ฃ๐™ฉ๐™ž ๐™๐™š๐™—๐™–๐™ ๐Ÿ’ช

Setelah berlalunya Ramadan, Syawal dan bulan Zulkaedah juga hampir ke penghujung, akhirnya Usrah Mingguan Dewan Pemuda PAS Muar dapat dijalankan malam tadi di Cawangan Pt Kassim iaitu di teratak Pengerusi ARC MUAR.

Seperti kebiasaan Usrah diawali dengan bacaan Zikri Mathurat dan doa. Seterusnya sesi pembentangan Sirah Peperangan Uhud berpandukan kitab karangan Tan Sri Presiden PAS. Banyak ibrah yang dapat dijadikan panduan bertepatan dengan realiti masa kini.

Seterusnya sedikit perkongsian berkaitan isu semasa dan program terdekat serta beberapa tugasan dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan.

Masing-masing tak sabar nak tunggu Usrah tamat kerana aroma ikan siakap yang dibakar sempurna dan disaluti sambal begitu membangkitkan selera menggugat sesiapa saja yang ada disitu. Akhirnya 6 ekor siakap bakar sambal itu pun beres dijamah bersama nasi goreng kampung, lawan p**a barli ais & teh o limau panas.

Walaupun sekadar hadir bertemu sahabat - sahabat , berzikir dan berdoa, manambah ilmu & kafahaman dan menjamu selera, hakikatnya inilah nadi kepada kekuatan ukhuwah dan menimbulkan sikap takaful sesama sahabat yang begitu besar maknanya.

Nak join? Jumpa minggu depan Insha'Allah.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Jalan Temenggong Ahmad
Muar
84150