Komikajif.com
Salam semua, ini secara officialnya progress inking komik Dragania vol 2 bermula. Memang liat betul nak mula. Insyaallah lepas ni boleh speed. 100ms tu huhuhu...
Doakan progress komik vol 2 ini berjalan dengan lancar.
11/11/2025
https://youtu.be/xtLBh4AZYa8?si=hSxJsFLUNQyfZucI
Misteri Alam atau ...?
Ular bukanlah spesis kegemaran kerana sifat dan bentuk fizikalnya yang tampak berbahaya dan berbisa. Saya lebih berminat sesuatu yang mistikal seperti penemuan ini. Batu yang merupai ular gergasi di tebing sungai atau ia benar-benar ular yang hidup telah bertukar menjadi baru.
Persoalannya, mengapa ada fenomena seperti ini, adakah ia buatan manusia atau fenomena alam? Jika benar ia adalah ular gergasi yang bernyawa pada asalnya dan telah bertukar menjadi batu, apakah penyebabnya?
Adakah ular gergasi ini telah disumpah oleh Sang Kelembai? Menarik juga apabila menyebut Sang Kelembai ini. Sehingga kini, tiada siapa dan fakta sebenar yang membuktikan apakah Sang Kelembai ini. Adakah Sang Kelembai ini hanya satu atau lebih daripada itu? Cerita Sang Kelembai tersebar luas di Tanah Semenanjung Malaysia sejak dahulu lagi. Sehinggakan filem animasi Disney 'Raya' juga mengambil konsep watak misteri Sang Kelembai ini sebagai villain yang sangat misteri dan mistik. Kesemua mangsa menjadi batu.
Adakah ular gergasi di Thailand yang menjadi batu ini angkara Sang Kelembai? Kita pun tak pasti.
Melihat Dari Dekat Batu Ular ditepi Sungai Khek Noi Thailand, Tubuhnya Sangat Mirip Ular Raksasa Di tepi Sungai Khek Noi, yang mengalir di Distrik Khao Kho, Provinsi Phetchabun, Thailand, terdapat sebuah batu besar yang telah menjadi perbincangan masyara...
03/11/2025
Teaser sikit Dragania vol 2.
Scene Petaka Alam buka gerbang dimensi untuk ke alam lain.
Dalam komik Dragania - Salasilah, perkenalkan watak Lang Zamrud Perwira sebagai watak utama kedua untuk menjayakan kisah ini. Watak ini juga pelengkap kepada saga Dragania berperanan penting.
Kalau sebelum ini, Lang Zamrud Perwira hanya sekadar nama, kali ini kita boleh lihat dan kenali dia beraksi dari awal. Tak best la hanya tunjuk si anak yang hebat tapi si ayah seperti tiada apa-apa. Sebagai tanda moral, generasi yang hebat datangnya dari keturunan yang hebat juga.
Lagu tema ini dibuat khas untuk Lang Zamrud Perwira. 'Pewaris Sejati'
Lang Zamrud Perwira salah satu watak Perwira Sakti di dalam komik Dragania. Cabaran nak buat watak 'Superhero Melayu' ni nak kena banyak fikir - apa bestnya dia ni?
Nak tau... kena la tunggu vol 2 nanti.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Muar