Dewan Pemuda PAS Muar

Dewan Pemuda PAS Muar

Share

Photos from Dewan Pemuda PAS Muar's post 31/05/2026

Siapa Pekak?

1. Apabila kedengaran sayup-sayup di Melaka ada pemimpin BERSATU yang berkata bahawa pekaklah sesiapa yang menyatakan partinya tiada jentera, maka itu bermakna sudah tiada harapan untuk sebarang kerjasama harmoni lagi.

2. Bukanlah satu kesalahan jika sesebuah parti itu tiada jentera tambahan p**a jika ia parti baru, tetapi yang menjadi masalah ialah kegagalan untuk mengakui kelemahan dan kekerdilan itu. Apabila penafian terhadap hakikat itu berlaku, tindakan yang akan lahir nanti berasaskan keyakinan diri sentiasa kuat, walhal hakikat yang jelas terpampang ialah sebaliknya.

3. Juga tiada masalah jika kekurangan jentera diikuti dengan usaha pemantapan parti. Tetapi jika dalam tempoh bertahun-tahun selepas pilihanraya asyik berantakan, ia bukan memantapkan parti. Ia hanya proses mempersiapkan penyokong peribadi untuk menjadi calon dan kemudiannya menunggang kekuatan parti kawan.

4. Kerana itu, pihak tersebut apabila bertanding lebih banyak kerusi dari kawan-kawan dalam gabungan, tetapi seringkali gagal menang lebih banyak. Ia terhasil dari kajian serta bacaan yang tidak tepat.

5. Maka jika menyatakan hakikat bahawa BERSATU ketiadaan jentera dikatakan pekak, tiada harapan lagi sebuah kerjasama harmoni selepas ini. Apatah lagi tindakan demi tindakan BERSATU kebelakangan ini pun dalam isu Perlis dan Negeri Sembilan boleh melahirkan kebimbangan apakah selepas PRU16 nanti akan ada pertimbangan secara bersendirian di dalam membentuk kerajaan persekutuan?

6. Justeru, secara peribadi saya cadangkan jalan yang terbaik ialah bergerak secara berasingan. Kita kekal berkawan, cuma bukan di pentas pilihanraya. Anda boleh mencari kawan politik yang lebih jelas pendengaran, lebih terang penglihatan dan lebih kuat deria bau.

Selamat Maju Jaya.

Cc: YB Fadhli Shaari Ketua Penerangan PAS Pusat

Photos from Dewan Pemuda PAS Muar's post 28/05/2026

🐮 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐐𝐮𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐚𝐫 𝐌𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡 🐏

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT tahun ni dapat menyempurnakan hajat penama yang kesemuanya melibatkan 3 ekor lembu dan seekor kambing.

Pagi - pagi lagi kami dipaksa berlari kencing apabila kambing yang ditambat berjaya meloloskan diri apabila tali yang mengikatnya putus tak semena - mena.

Sedang berkejaran mendapatkan semula kambing yang lari, seekor lembu telah pun berjaya diqurbankan diikuti lembu kedua dan ketiga. Akhirnya, kambing yang lari pun dapat ditangkap semula dan diqurbankan sejurus tiba di PASTI Hadi.

Setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program Qurban tahun ini khususnya para peserta, Geng Qurban Dewan Pemuda PAS Muar, jentera Dewan Muslimat PAS Muar dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikannya Insha'Allah.

27/05/2026
26/05/2026

Jom amalkan...

26/05/2026

TAKBIR RAYA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MUAR 2026

Sebagai tanda syukur kerana telah diberikan kesempatan menikmati bulan penuh hidayah, maka laungan takbir digemakan dengan penuh gembira. Takwa, hidayah dan syukur akan membuatkan kita sentiasa membesarkan Allah.

Mari hidupkan suasana Hari Raya Aidiladha dengan takbir yang menghidupkan hati dan membesarkan Allah.

Photos from Dewan Pemuda PAS Muar's post 26/05/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇

Dewan Pemuda PAS Muar mengucapkan Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam di Malaysia.

Aidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan dalam perjuangan. Kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS memberi panduan untuk kita membina jiwa yang sanggup meletakkan perintah Allah mengatasi segala-galanya.

Dalam suasana umat berdepan pelbagai cabaran hari ini, semoga semangat korban terus menyatukan hati-hati kita dengan nilai kasih sayang, kebersamaan dan kepedulian terhadap masyarakat.

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan buat keluarga, masyarakat serta negara.

تقبل الله متا ومنكم صالع الأعمال🤲🏻

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Muar
84000