NISA' MUAR
Throwback senyuman² indah sempena Back To School tempoh hari 🥰
Di kesempatan ini kami mengucapkan selamat kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan 2026. Semoga semua terus bersemangat untuk menuntut ilmu lillahi Ta'ala ✨📚
📚✏️
04/01/2026
Warna-warni Back To School 2026! 💜📚
Program Sumbangan Back To School hari ini telah disempurnakan oleh YBhg. Hj Abdul Aziz bin Hj Talib, ADUN Maharani. Turut hadir Hajah Mazaidah binti Mohd Jee (Pengerusi Kasih Maharani), Pn Fatimah Amirah binti Zakaria (Setiausaha PAPISMA Johor) dan Pn Habibah binti Mustarim (Ketua Nisa’ Muar).
Majlis turut diserikan dengan perkongsian tazkirah oleh Ustaz Hj Anuar bin Hayan, Guru Takmir Daerah Muar, sebelum sesi penyerahan sumbangan kepada penerima.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada En Mohd Abd Shukor bin Abu Naam selaku Pengarah Program dan semua AJK pelaksana dari setiap NGO yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak.
Moga segala usaha ini menjadi amal jariah dan diberkati Allah SWT. Ameen. 🌸
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Muar
84000