Hello Muar
24/06/2021
Gambar Masjid Jamek Muar pertama yang dirakam oleh G.R. Lambert & Co. pada sekitar 1890an. Masjid ini adalah merupakan merupakan masjid yang tertua di daerah Muar dan siap dibina sekitar tahun 1887. Ianya kemudian dikenali sebagai Masjid Kubor oleh kerana banyak kubur dibina di sekelilingnya. Hikayat Johor Kedua oleh Mejar Dato Haji Muhammad Said bin Haji Sulaiman ada merujuk kepada masjid ini:-
"Ada pun bandar yang ternama dalam Muar dinamakan Bandar Maharani dibuka pada tahun 1884, tetapi pada tempoh baginda Almarhum Sultan Abu Bakar itu mangkat belumlah ada rumah sewa daripada batu melainkan rumah tiang kayu dua lapis beratap genting. Pejabat Kerajaan rumah atap di tanah berdinding papan dan masjid bertongkat batu beratap genting."
Struktur bangunan masjid lama ini telah dirobohkan bagi memberi laluan untuk pembinaan Masjid Jamek Sultan Ibrahim yang siap dibina pada tahun 1927 dan dirasmikan pada tahun 1930.
Sumber: G.R. Lambert & Co., Leiden University Libraries, Amsterdam.
13/06/2021
Perkhidmatan Institusi Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) berperanan sebagai pusat kecemerlangan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang menyediakan kursus-kursus yang boleh diambil oleh golongan ini.
Keutamaan diberi kepada OKU kategori fizikal dengan kursus yang berteraskan latihan kemahiran, pemulihan, industri alat sokongan, dan sukan paralimpik. Institusi ini ditubuhkan untuk mendayaupayakan OKU ke tahap paling optimum dan produktif supaya berdaya saing dalam pasaran kerja.
Seluruh warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus menyokong dan memberi pembelaan kepada golongan OKU di Malaysia supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang PLPP serta cara-cara permohonannya, sila klik pada pautan berikut:
https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/content&id=dklyeGZmQmxBbEVxaS9rUWd0Tis4dz09
12/06/2021
07/06/2021
https://www.malaysiakini.com/news/577797
SPM 2021 pada Mac tahun depan Menteri kanan pendidikan berkata keputusan itu dibuat berdasarkan situasi semasa Covid-19 yang melanda negara ketika ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Muar