YCDI
10/10/2021
03/10/2021
JANGAN BUANG SEMUA KOLESTEROL🤔🤔
KENAPA???
✅ADA KOLESTEROL BAIK
✅ADA KOLESTEROL JAHAT
Apa itu kolesterol?🌞🌞🌞🤐🤐
Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat jenis kolesterol ‘baik’ dan ‘buruk’.
Low density lipoproteins(Kolesterol Buruk)
Low Density Lipoproteins juga dikenali sebagai (LDL) atau kolesterol buruk kerana mereka mempunyai kecenderongan untuk melekat di dinding arteri.Ini menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolesterol. Menurunkan paras kolesterol LDL akan mengurangkan risiko daripada penyakit jantung.
High density lipoproteins(Kolesterol Baik)
High density lipoproteins juga dikenali sebagai (HDL) atau kolesterol baik kerana ia menjalankan fungsi mengeluarkan kolesterol dari pembuluh darah dan membawanya kembali ke hati. HDL juga membantu dalam mencegah pembentukan plak kolesterol dalam pembuluh darah. Bersukan atau bersenam secara teratur dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat boleh membantu dalam meningkatkan tahap HDL.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Miri
98000