Sarawak Version
03/05/2023
TUGU PERINGATAN KAMPUNG JANGKAR KENANG 15 ANGGOTA BATALION KE-7 REJIMEN RENJER
LUNDU, 3 Mei - 15 ahli Batalion Ke-7 Rejimen Renjer yang terkorban semasa serangan hendap di Kampung Jangkar pada 26 Mac 1972 dikenang, dengan terbinanya Tugu Peringatan Kampung Jangkar.
Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tugu itu amat penting bagi memperingati peristiwa tersebut.
Katanya, tapak tugu peringatan berkenaan boleh diwartakan sebagai sebuah tapak bersejarah dan ia memberikan nilai dalam sektor pelancongan tempatan.
Dato Sri Abdul Karim berucap dalam majlis perasmian tugu tersebut di Kampung Jangkar dekat Lundu hari ini.
Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pengelola, Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw.- UKAS
Photo: UKAS
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Miri
98000