Kelab Sukan & Rekreasi RUWAS MIRI
JBALB Bahagian Miri sekali lagi membuat kerja amal sempena bulan ramadan tahun ini dengan mengadakan Program Solidariti Insani dengan penyerahan bantuan sumbangan asas makanan kepada asnaf yang berdaftar dibawah Baitulmal Sarawak.Bantuan ini disalurkan kepada 5 keluarga asnaf.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu meringankan beban golongan asnaf dengan menyalurkan bantuan makanan asas, khususnya dalam menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Program ini juga bertujuan memupuk semangat keprihatinan, kasih sayang dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga kerja JBALB Bahagian Miri terhadap masyarakat yang memerlukan.
Diharapkan bantuan yang disampaikan ini sedikit sebanyak dapat membantu menceriakan kehidupan lima keluarga asnaf tersebut serta memberi kelegaan kepada mereka dalam menjalani ibadah dan kehidupan seharian sepanjang bulan Ramadan.
Semoga usaha kecil ini membawa manfaat dan keberkatan kepada semua pihak serta menjadi inspirasi untuk terus menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan pada masa akan datang.
Berikut adalah rangkuman video yang telah disediakan oleh warga kerja JBALB Bahagian Miri..
06/03/2026
Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, warga kerja JBALB Bahagian Miri yang diketuai oleh En.Christ Andra Penolong Jurutera Air Bahagian telah melaksanakan program penghantaran sumbangan bantuan makanan asas kepada 5 keluarga asnaf yang berdaftar dibawah Baitulmal Sarawak.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi membantu meringankan beban golongan asnaf dengan menyalurkan bantuan makanan asas, di samping menunjukkan keprihatinan dan rasa tanggungjawab sosial warga kerja JBALB Bahagian Miri terhadap masyarakat yang memerlukan,serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja JBALB Bahagian Miri dan komumiti setempat.
Adalah diharapkan agar sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kesusahan yang dihadapi oleh keluarga asnaf. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai tanda keprihatinan serta menyemai nilai kasih sayang, kebersamaan dan semangat membantu dalam kalangan masyarakat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Miri
98000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |