Kampung Budiman Meru
14/02/2026
Terima kasih majalah Rasa santuni penduduk Kampung Budiman.
12/02/2026
Bukan selalu dapat peluang duduk depan-depan dengar Ustazah Asma’ Harun… Kali ni dekat Masjid Kampung Budiman je!
Jadi, wahai penduduk Kampung Budiman dan sekitarnya,
'Siapa tengah banyak ujian, hati tak tenang, rasa penat dengan hidup… program ini memang untuk kita.
Sebab hari itu, ustazah akan berkongsi tentang tajuk :
*"Bila Hati Penat, Ke Mana Kita Kembali"*
🌸 Bersama: Ustazah Asma' Harun
✔️ Pada : Sabtu, 14 Februari 2026
✔️ Jam : 8.00 pagı - 1.00 petang
📍 Lokasi : Masjid Al-Falah, Kg. Budiman
Apa Lagi Yang Menarik!
✅ Cenderamata untuk 100 orang terawal
✅ Berprogram bersama Ustazah Asma' Harun.
✅ Demo masakan khas dari Majalah RASA.
✅ Pertandingan mewarna untuk anak tabika & sekolah rendah. (Pendaftaran seawal 8 pagi)
Jom kita buat persiapan rohani sebelum Ramadan, tenangkan hati & tambah ilmu.
Ini memang program untuk satu famili.
Rugi besar kalau tak hadir.
Jumpa di sana insya-Allah.
Bangga ni kampung kita!
JPKK Kampung Budiman dapat pujian daripada YB Mariam Abdul Rashid sebagai antara JPKK yang aktif di kawasan Meru.
Bukan sebab sorang dua, tapi sebab semua penduduk jenis ringan tulang, s**a tolong-menolong.
Ada program je, mesti meriah. Ada aktiviti je, mesti penuh orang.
Inilah semangat Kampung Budiman, hidup berjiran, hidup berkomuniti.
Lepas ni kita gerak lagi banyak benda best untuk kampung kita.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kampung Budiman
Meru
41050