Darul MuQmin
18/01/2026
🌿 Panduan Ringkas Penggunaan Air Bidara
Kaedah ini merupakan ikhtiar secara ukhrawi untuk memohon kesembuhan daripada Allah SWT terhadap gangguan fizikal mahupun spiritual.
1. Persediaan Bahan
* Daun Bidara: 7 helai (segar atau kering).
* Air Bersih: Secukupnya untuk kegunaan mandi atau minum.
2. Langkah Penyediaan
* Hancurkan Daun: Ramas atau tumbuk 7 helai daun tersebut sehingga hancur ke dalam air.
* Pilihan Didihan: Anda juga boleh mendidihkan air bersama daun tersebut, kemudian biarkan sehingga suhu menjadi suam.
* Proses Ruqyah: Dekatkan air ke mulut dan bacalah surah-surah berikut dengan penuh khusyuk:
* Surah Al-Fatihah (1x)
* Ayat Kursi (1x)
* Surah Al-Ikhlas (3x)
* Surah Al-Falaq (3x)
* Surah An-Naas (3x)
* Tiupan: Tiupkan sedikit ke dalam air setelah selesai membaca dengan niat memohon perlindungan.
3. Cara Penggunaan
* Mandi: Siram atau sapu air ke seluruh badan (dari kepala ke kaki). Sebaik-baiknya dilakukan selepas waktu Asar atau sebelum Maghrib.
* Minum: Boleh diminum sedikit untuk tujuan kesembuhan dalaman (pastikan air dimasak atau menggunakan air mineral yang bersih).
* Basuhan Muka: Gunakan untuk membasuh muka bagi kesegaran dan perlindungan diri.
4. Niat & Keyakinan
> "Ya Allah, jadikanlah air bidara ini sebagai asbab kesembuhan dan perlindungan bagiku daripada segala gangguan sihir, hasad, dan penyakit."
>
* Penting: Yakini bahawa air dan daun ini hanyalah perantara (asbab). Kuasa penyembuhan mutlak adalah milik Allah SWT.
* Keseimbangan: Jika sakit berlarutan, pastikan anda tetap merujuk kepada doktor pakar untuk rawatan perubatan moden.
Semoga perkongsian ini menjadi amal jariah dan memberikan ketenangan buat mereka yang memerlukan.
Ruqyah bukan tentang sembuh semata. Ia tentang kembali pada Allah.
21/12/2023
MANDIAN DAUN BIDARA UNTUK IKHTIAR MENANGKIS GANGGUAN MAKHLUK HALUS
Waktu-waktu raya ni, timbul p**a pertanyaan dari sahabat-sahabiah berkenaan kaedah mandi Bidara.
Baiklah, berikut saya kongsikan kaedah penyediaannya:
Antara bahan-bahannya adalah:
1. Tujuh helai daun Bidara yang telah diruqyahkan (untuk sekali mandi).
2. Segelas air yang telah diruqyahkan.
3. Sebaldi air Paip
Seterusnya, kaifiatnya sepertimana berikut;
1. Daun bidara ditubuk lumat atau di kisar hancur bersama air ruqyah untuk mengeluarkan aromanya. Selain itu, ia boleh juga diramas hancur bersama air ruqyah lalu dituang ke dalam baldi berisi air paip.
2. Seterusnya, daun Bidara yang dikisar atau ditumbuk tadi hendaklah dituang terus ke dalam baldi yang berisi air paip. Sebaiknya daun Bidara yang dikisar bersama air ruqyah itu perlu ditapis sebelum tuang, agar hampasnya dapat diasingkan.
3. Sebelum memulakan mandian (sebelum masuk tandas), adalah lebih baik dihirup dahulu air daun bidara sebanyak satu tegukan yang kecil, untuk perlindungan dalaman (kecuali orang yang mengandung kerana daun bidara sifatnya tajam).
4. Kemudiannya, air campuran daun bidara tadi digunakan untuk mandi sebagai bilasan terakhir selepas mandi rutin, dimulai dengan kepala, kemudian badan, pinggang hingga ke kaki (jirus bermula dari atas ke bawah).
5. Sebelum memulakan mandian air bidara, hampas daun yang diasingkan tadi boleh digunakan untuk menggosok bahagian-bahagian tubuh yang dirasakan sakit dan bermasalah akibat gangguan, dan biarkan selama beberapa minit (agar bauan dan zat dari hampas itu dapat diserap oleh tubuh).
6. Selepas selesai mandian, sebaiknya jangan dilap, supaya air tersebut dapat meresap kedalam tubuh, melainkan jika berada di cuaca musim sejuk (Khususnya negara yang mengalami empat musim yang jelas seperti mesir).
7. Lakukan mandian itu selama 3 hari berturut-turut diantara waktu asar dan magrib.
SOALAN UMUM:
1. Bagaimana jika di negara yang s**ar untuk mendapatkan daun bidara seperti di negara Mesir, apakah bahan yang sesuai dan mudah didapati dalam ikhtiar rawatan gangguan makhluk halus? Dan bagaimana kaifiatnya?
Anda boleh berikhtiar dengan menggunakan buah limau nipis ( (ليمون بلد. Sediakan 7 biji buah limau kemudian perahlah buah tersebut lalu campurkan bersama segelas air ruqyah dan sebaldi air paip. Kaifiat selebihnya adalah sama dengan mandian daun bidara.
Selain itu, antara kaedah yang saya gunakan adalah dengan memotong ¼ buah tersebut lalu mengisar Bersama kulit dengan air ruqyah secukupnya, lalu ditapis dan dituang ke dalam baldi yang berisi air paip. Sebelum mandi bilasan, hampasnya dibuat bahan menggosok pada bahagian badan tertentu lalu dibiarkan beberapa minit. Akhir sekali barulah ‘jus limau’ tersebut dibuat bilas seperti biasa.
2. Jikalau saya tiada masa untuk mandi di sebelah petang, bagaimana p**a?
Buat anda yang tidak berkesempatan atas urusan kerja. Lakukanlah mandian tersebut di waktu malam sebelum jam 12 Tengah malam. Jikalau tidak berkesempatan juga, maka mandilah pada bila-bila masa yang sempat pada hari itu seperti waktu pagi. Asalkan mandi sahaja..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Address
Lots 3903 Jalan Kurnia Mersing Kechil
Mersing
86800