Mersing Kite

Mersing Kite

Share

PRU15: Suami isteri maut kemalangan selepas mengundi 01/12/2022

INALILLAHI WA INAILA HIRAJIUN...
Kelmarin dikejutkan lagi dengan berita yang meluluhkan hati tetangga kita... seorang anak muda Mersing kite, Allahyarham WAN MOHD NASYARUDIN BIN WAN ISMA'ON seorang mekanik yang baru berusa 38 tahun dari Bandar Endau maut akibat hilang kawalan kenderaan sewaktu memandu di hadapan Institut Latihan Perindustrian Mersing pada awal pagi 9:15 pada 30 November.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/11/30/mekanik-maut-van-jenazah-junam-gaung/

Tidak dilupakan, pasangan suami isteri berusia 37 dan 31 tahun yang juga maut setelah selesai menunaikan tanggungjawab mengundi... anak 3 tahun yang juga patah kaki kini yatim piatu... Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh-roh tetangga kita yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah...
https://www.sinarharian.com.my/article/232246/berita/semasa/pru15-suami-isteri-maut-kemalangan-selepas-mengundi

YB Onn Hafiz Ghazi Onn Hafiz Ghazi mohon rujuk semula peruntukan jalan-jalan kami. Takkan lah nilai keselamatan anak-anak muda Mersing lebih rendah dari RM850,000 yang diberikan tahun ini untuk membaiki jalan usang di daerah terbesar Negeri Johor? Hancur hati rakyat melihat nyawa tergadai terutamanya anak muda yang berpotensi seperti Allahyarhamhuma dan cara yang sebegitu rupa... Bantulah kami dalam menunaikan hak orang-orang Mersing.

LA ILA HA ILA ANTA SUBHANA KA INNI KUNTU MIN AZ-ZALIMIN.... (Tiada Tuhan melainkan Maha suci Engkau, Aku telah tergolong dikalangan orang yang zalim)

PRU15: Suami isteri maut kemalangan selepas mengundi KOTA TINGGI - Sepasang suami isteri maut manakala anaknya berusia tiga tahun patah kaki apabila kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan selepas pasangan itu selesai mengundi...

JDT juara Piala Malaysia 2022 27/11/2022

TAHNIAH JUARA PM (Piala Malaysia) JDT! Cukup cantik kabinet trofi kite tahun ni... Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih), Piala FA dan Piala Liga Super... Semua ya disapu bersih selepas menumpaskan Red Giants did Bukit Jail. Syabas JDT! Esok cuti! 😛

JDT juara Piala Malaysia 2022 JOHOR Darul Ta’zim (JDT) memahat sejarah dalam arena bola sepak negara apabila menjadi pasukan pertama bergelar juara quadruple (empat trofi) apabila dinobatkan sebagai juara...

Argentina 1-2 Saudi Arabia | World Cup 2022 Highlights | Group C | #SebolaSuara 22/11/2022

KEPUTUSAN LUAR JANGKAAN! Argentina, negara yang memang hidup mati bola sepak dengan striker world-class, Lionel Messi ditumpaskan Arab Saudi 2-1... permainan kemas dan bertahan bermati-matian dari pemain Arab Saudi menjadi penentu permainan hari ini, bukannya bakat.

Buat apa Mersing kite malam ni?

Argentina 1-2 Saudi Arabia | World Cup 2022 Highlights | Group C | #SebolaSuara More on Stadium Astro: http://www.stadiumastro.com ✔️ LIVE SPORTS UPDATES on Astro: https://t.me/stadiumastro✔️ STREAM VIA ASTRO GO: http:/...

Photos from Mersing Kite's post 21/11/2022

ALLAHUAKBAR! Selesai sudah tanggungjawab rakyat dan kite telah memilih. Wa Ma Karu, Wa Ma Karallah. Kite merancang tapi rancangan Allah yang terbaik untuk umat manusia. Kini tiba wakil-wakil pilihan rakyat untuk menggalas tanggungjawab dan mula berusaha untuk meralisasi janji-janji kepada pengundi. PRU ini telah mengajar kite semua, baik rakyat mahu pun pemimpin tentang kebangkitan semula anak-anak muda untuk memilih kepimpinan yang pragmatik, stabil dan utamanya bersih dari rasuah.

Sungguh pun tampuk kepimpinan masih dalam rundingan bagi membentuk kerajaan yang stabil dan pasti ke tidak tentuan ini pasti menggelisahkan rakyat yang inginkan kestabilan negara, apa pun yang pasti ialah rakyat mahukan wakil pilihan kita bingkas memulakan tugas masing-masing.

Yang Berhormat Haji Islah, atas pendapat pemuda-pemuda Mersing, sedang merancang untuk menjadikan Mersing Kite sebagai gerakan anak-anak muda majmuk, tak kira fahaman politik untuk bersatu dan bersama-sama dalam mencari jalan penyelesaian bagi isu-isu terpenting di Mersing Kite... moga dapat dijadikan teladan orang luar.

Apa kata, geng? Jom sebarkan!

P.s. Kite tengah ejas lagi t-shirt Mersing Kite edisi YB TERHAD LIMITED! Tapi min tengah try tanya YB kalau boleh la kali ni payung 200 helai ke. Ye la, kempunan anak muda lain tak sempat nak memperagakan fesyen ter-viral Mesing!

Want your organization to be the top-listed Government Service in Mersing?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Mersing