Malaysia Rope Access Association
NOTIS RASMI – PENGUMPULAN MAKLUM BALAS & ADUAN
KESELAMATAN KERJA ROPE ACCESS DI MALAYSIA.
MRAA menerima pelbagai maklum balas daripada penggiat industri rope access berkaitan isu penggunaan "single rope", ketidakpatuhan sistem kerja selamat, serta insiden dan kemalangan semasa kerja di tempat tinggi.
Amalan kerja yang tidak mematuhi piawaian keselamatan adalah bertentangan dengan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia, termasuk Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Peraturan Kerja di Tempat Tinggi 2013 dan Akta Kilang dan Jentera 1967.
Sehubungan itu, MRAA membuka saluran rasmi untuk pengumpulan maklum balas dan aduan bagi tujuan:
~ Mengenal pasti tahap pematuhan keselamatan
~ Melindungi kebajikan pekerja rope access
~ Menyampaikan isu secara bertanggungjawab kepada pihak berkuasa dan pihak berkaitan
Saluran Aduan Rasmi (sementara):
[email protected] atau massenger FB
Sekiranya ada, sila sertakan:
~ Lokasi & tarikh kejadian
~ Gambar / bukti visual
~ Status pekerja & tahap kompetensi (jika diketahui)
Semua maklumat akan dikendalikan secara profesional, beretika dan sulit, dan bukan bertujuan menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya demi penambahbaikan keselamatan industri.
Maklum balas akan dijawab sebaik mungkin. Mohon kesabaran kerana AJK MRAA adalah sukarelawan.
Langkah ini diambil demi menjaga keselamatan pekerja, nama baik industri rope access, dan memastikan kerja di tempat tinggi dilaksanakan secara selamat, sah dan beretika 🇲🇾
-Setiausaha Mraa-
HI Ropies World
Rope Access Equipment — Standard, Knowledge & Safety Mindset
Hari ini MRAA nak cerita sikit pasal equipment rope access. Kenapa dia sangat penting dalam industri ini.
Dalam dunia rope access, setiap equipment yang kita pakai bukan sekadar besi, tali, atau harness tetapi nyawa kedua kita masa bekerja di ketinggian.
Sebab tu, semua gear wajib ikut standard antarabangsa macam EN, CE, ANSI, atau UIAA, dan kalau ikut sistem IRATA, semua ni termasuk dalam keperluan safety compliance yang sudah diiktiraf.
KENAPA STANDARD PENTING?
Standard ni bukan sekadar “nak nampak pro”, tapi untuk pastikan setiap alat dah diuji, diluluskan, dan mampu tanggung beban sebenar kerja di ketinggian.
Contoh karabiner EN362 ada test untuk gate strength & major axis load; rope EN1891 diuji untuk low stretch & abrasion; harness EN361 diuji untuk fall arrest.
Bila semua ikut standard, insurance coverage pun sah, sebab insurans cuma cover kalau equipment “certified and compliant”. Kalau pakai barang tak lulus standard memang risiko tidak akan ditanggung.
EQUIPMENT DAN PERANAN
(*general explanation untuk standard)
Harness – pusat utama keselamatan; mesti selesa, fit, dan ikut EN361/EN813.
Descender & Ascender – kawal movement; ikut EN341 & EN12841.
Karabiner & Connector – penghubung utama; EN362, pastikan auto-lock atau screw-lock type.
Rope (Static & Dynamic) – ikut EN1891/EN892; pilih ikut kerja, bukan ikut warna.
Helmet – EN12492 atau EN397; melindungi kepala dari atas dan sisi.
Setiap satu ada limit load, design function, dan inspection cycle sendiri, bukan semua boleh “campur aduk”.
KNOWLEDGE DAN PEMILIHAN YANG BETUL
Seorang rope access technician kena faham gear dia macam dia faham diri sendiri.
Kena tahu:
Bila last inspection,
Siapa competent person yang check,
Bagaimana kegunaan yang betul sesuatu equipment itu. Sebab dia jatuh dalam kategori-3 mortal danger equipment dan mestilah competent@di train mengunakannya.
Apa maksud label, lot number, dan expiry. Senang cerita technical notice kena baca Dan ambik tahu !!!!
Noted: peranan technical authority (TA) syatikat untuk mendalami technical notice equipment.
Pemilihan equipment yang betul bergantung pada jenis kerja contoh, kalau kerja vertical long descent, pilih descender yang boleh handle friction & heat dengan baik. Kalau confined space, pilih sistem rescue-friendly.
LOLER DAN EQUIPMENT COMPLIANCE
Under LOLER (Lifting Operations and Lifting Equipment Regulations), semua gear yang digunakan untuk lifting atau life support mesti diperiksa sekurang-kurangnya setiap 6 bulan, direkod dalam equipment register, dan disahkan oleh competent inspector.
Ini bukan formaliti, ia bukti yang kita respect safety dan profesionalisme.
PROFESIONALISME BERMULA DARI GEAR
Dalam rope access, professionalism starts with respect for your gear.
Kita bukan sekadar “turun naik tali”, tapi kita faham function Tali kekuramgan Dan kelebihan, macam mana sistem tu direka, dan kenapa kita tak boleh main-main dengan standard.
Standard bukan beban — dia pelindung nyawa.
Dan bila semua ikut standard, safety, insurance, dan credibility kerja kita akan selaras.
Noted : Nnti kita sambung kenapa Rope Access
Termasuk dalam LOLER punya rules & regulations dan standard apa diguna pakai untuk industrial rope access..
-MRAA-
27/10/2025
Johor Business Summit & Expo 2025
📅 25&26 Oktober 2025
📍 Persada Johor International Convention Centre
Terima kasih kepada semua yang singgah di booth Malaysia Rope Access Association (MRAA) dan bersama menjayakan program ini 🙏
Sokongan anda membakar semangat kami untuk terus memperkukuh industri rope access di Malaysia — lebih selamat, lebih berstandard, lebih profesional 💪
✨ “Elevating Safety, Empowering Standards.” 💫
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
7, Jalan Teras 1, Kawasan Perindustrian Kota Puteri
Masai
81750
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |