PSSCM Unifield
22/03/2015
20 March 2015 - Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Kolej Antarabangsa Unifield telah mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhan.
Mesyuarat Agung Penubuhan ini telah dirasmikan oleh Encik Sham Bin Haji Mohd Ghani. Yang DiPertua Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Melaka.
Turut menghadiri majlis tersebut ialah Encik Jasmy Fardzy Bin Abdul Aziz, Setiausaha Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Melaka, Encik Abdul Malik Bin Abdul Wahab, Penyelia PSSCM kelas latihan unifield, Encik Mustafa Bin Bukhari, Penasihat PSSCM UNIFIELD, Siti Suhaila Binti Isnin, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Antarabangsa Unifield, barisan tenaga pengajar PSSCM UNIFIELD, tenaga pengajar serta ahli-ahli PSSCM dari beberapa ipt Cawangan Negeri Melaka.
Dalam Mesyuarat Agung Penubuhan PSSCM UNIFIELD, barisan Ahli Jawatankuasa PSSCM UNIFIELD yang baru telah berjaya dilantik. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Ahli Jawatan Kuasa yang baru dan didoakan agar semoga amanah dan tanggungjawab yang digalas dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
03/01/2015
12 Rabiulawal 1436 /3 Januari 2015 - PSSCM UNIFIELD telah menghadiri Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka di Stadium Hang Tuah, Melaka. Seramai 3 orang ahli telah menyertai perarakan tersebut.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
A'Farmosa
Malacca City