TIPS BELI RUMAH

TIPS BELI RUMAH

Share

03/12/2021

Selamat pagi semua

17/09/2021

Selamat Pagi Yang Indah

17/09/2021
17/09/2021

APAKAH ITU CUKAI TANAH?

1. Apakah Itu Cukai Tanah?

Cukai Tanah mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 ditakrifkan sebagai:

a) Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai Cukai Sewa.

b) Apa-apa pembayaran tahunan lain terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ia adalah cukai sewa atau hasil tanah.

2. Siapakah yang perlu membayar cukai Tanah

a) Pemilik berdaftar yang namanya ada di atas geran walau bagaimanapun WAKIL bagi pihaknya boleh membayar cukai tanah. Dengan kata lain cukai tanah hendaklah dibayar ke atas mana-mana tanah yang telah diberimilik kepada pemilik berdaftar.

b) Pembeli Hartanah baru. iaitu selepas perjanjian jual beli "Sales & Purchase" (S&P) dimeterai di antara penjual dengan pembeli serta pindahmilik berlaku (pemilik baru perlu kemaskini alamat surat-menyurat di dalam bil cukai)

3. Adakah Cukai Tanah Sama dengan Cukai Pintu?

a) Cukai Tanah BUKANLAH Cukai Pintu kerana Cukai Tanah tertakluk kepada peruntukan dibawah KTN 1965 Manakala Cukai Pintu tertakluk kepada Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)..Namun kedua-dua kadar cukai tanah dan cukai pintu ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

b) Tunggakan cukai tanah boleh menyebabkan hartanah anda DIRAMPAS.

c) Tunggakan cukai pintu boleh menyebabkan bangunan anda DISITA.

4. Bilakah Cukai Tanah perlu dibayar?

a) Cukai Tanah hendaklah dibayar pada 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun walaupun TIDAK MENERIMA BIL CUKAI. Bil dipos adalah inisiatif kerajaan Negeri bagi mengingatkan pemilik tanah tentang tanggungjawab mereka untuk membayar cukai tanah. Seksyen 93 & 94 KTN 1965 menyatakan adalah menjadi tanggungjawab pemilik tanah untuk membayar cukai tanah tanpa gagal.

b) Cukai tanah yang tidak dibayar selepas 31 Mei akan menjadi tunggakan pada tahun itu.

c) Denda lewat akan dikenakan jika cukai tanah dibayar selepas 31 Mei setiap tahun.

Best Regards From

Henry Gani
Tips Beli Rumah
Sembang Hartanah Melaka
Mr. HG Studio Production
Perunding Hartanah Melaka
IQIGLOBAL SDN BHD
0187888017

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Malacca City?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


No 16, Jalan Lagenda, Taman 1 Lagenda
Malacca City
75400