Pergigian Machang
23/05/2026
✏️ PROGRAM SEMINAR KESIHATAN PERGIGIAN UNTUK GURU TADIKA, PRA SEKOLAH DAN PASTI TAHUN 2026
🌟Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Pejabat Kesihatan Daerah Machang dengan kerjasama Klinik Pergigian Labok atas peluang untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tadika, pra sekolah dan Pasti mengenai kesihatan pergigian kanak-kanak.
💫Pihak penganjur juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada 2 penceramah yang sudi meluangkan masa untuk berkongsi pengetahuan kepada para guru tadika, pra sekolah dan Pasti mengenai kesihatan pergigian kanak-kanak.
👏Dr Isti Alfatimah bt Darodji ( Pakar Pergigian Pediatrik, Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai)
👏Dr Nurjehan bt Mohd Ali ( Ketua Penolong Pengarah, Pejabat Kesihatan Negeri Pergigian Kelantan, Kota Bahru)
📍Tempat: Klinik Kesihatan Pulai Chondong
🕔 Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
🖇️Tarikh: 12 Mei 2026 ( Sabtu)
Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung antaranya:
📖 Ceramah
⌛️Latihan dalam kumpulan
💻Permainan interaktif
📽️Pameran
🎁Penyampaian hadiah kepada para pemenang
🪅Semoga program seperti ini dapat terus memberi manfaat kepada masyarakat dalam meningkatkan kesedaran dan kerjasama mengenai penjagaan kesihatan gigi dan mulut kanak- kanak di kalangan guru tadika, pra sekolah dan Pasti.
04/05/2026
Tahukah anda apakah itu karies gigi?
Karies gigi, atau lebih dikenali sebagai gigi berlubang, boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Jom kita fahami bagaimana karies gigi terbentuk melalui poster ini.
03/05/2026
🍃 KEM KESIHATAN KESIHATAN PERSEKITARAN & DIABETES MELLITUS 🍃
Tarikh: 30 April 2026
Masa: 8 pagi - 1 tengahari
Tempat: Dewan Sri Pulai, Klinik Kesihatan Pulai Chondong
Sebuah pameran pergigian telah dijalankan dengan kolaborasi pihak perubatan, fisioterapi, cara kerja, farmasi dan pemakanan. Program ini diadakan bagi memberikan input dan meraih kesedaran umum terutamanya berkenaan hubungkait penyakit kencing manis dengan kesihatan tubuh badan serta pergigian. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya adalah:
⭐ Sesi senamrobik
⭐ Ceramah interaktif
⭐ Lawatan ke pelbagai booth pameran
⭐ Cabutan bertuah
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Klinik Kesihatan Pulai Chondong atas jemputan kolaborasi, serta semua pihak yang terlibat menjayakan program terutamanya pihak Klinik Pergigian Pulai Chondong dan PKPD Machang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Machang
18500
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |