BME Cleaning Service

BME Cleaning Service

Share

01/03/2025

𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗻𝗴 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗠𝗔𝗜𝗞 𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗱𝗶𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗝𝗮𝗷𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗰𝗵𝗮𝗻𝗴

Khamis, 20 Feb 2025, Pejabat Tanah dan Jajahan Machang menerima peruntukan sebanyak RM1,251,000 daripada wang zakat MAIK untuk Bantuan Rumah Kediaman dan Pemulihan Rumah Kediaman bagi tahun 2025.

Bantuan ini diterima melalui YABrs Ketua Jajahan Machang, Encik Mohd Zamri Bin Ibrahim dan akan diberikan kepada asnaf fakir, miskin, ibu tunggal, anak yatim, dan orang kelainan upaya (OKU) yang layak..

Rumah yang akan dibina terdiri daripada tiga kategori:

Tiga bilik – RM65,000

Empat bilik – RM73,000

Lima bilik – RM80,000

Bagi mereka yang sudah memiliki rumah tetapi memerlukan pembaikan, Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman turut disediakan.

Cara Permohonan:
Penduduk Jajahan Machang yang layak boleh memohon bantuan ini melalui Pejabat Tanah dan Jajahan Machang atau Penggawa terdekat. Permohonan juga boleh dibuat melalui Masjid Bandar dan Jajahan berdekatan dengan bantuan kakitangan di sana.

Semua permohonan akan disenarai pendek oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Machang sebelum dibawa ke MAIK untuk kelulusan.

Terima kasih kepada MAIK Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan dan para pembayar zakat kerana sumbangan anda membantu golongan memerlukan di Jajahan Machang mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa.

Photos from Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra Pulai Chondong's post 01/03/2025
Want your business to be the top-listed Cleaning Service in Machang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


No 69 Kampung Takel Luar
Machang
18500

Opening Hours

09:00 - 17:00