Muby Property
Generasi sekarang bakal menyewa sampai mati? Ada benarnya.
1) Harga rumah dari dulu memang mahal terutama di kawasan bandar.
Dulu rumah RM200k pun dah mahal. Sekarang rumah RM400k tu biasa jumpa.
2) Kita dah tak boleh harapkan rumah murah dari kerajaan atau pemaju lagi. Kos tanah dan kos binaan makin mahal.
3) Gaji agak rendah bila dibandingkan dengan harga rumah. Gaji 'fresh graduates' sekarang purata bawah RM3000.
Kelayakan kalau 50% pun hanya boleh beli rumah RM250,000. Rumah Prima pun dah RM300,000.
4) Kos beli rumah biasanya 15% daripada harga rumah. Kalau rumah RM200,000, kos yang diperlukan hampir RM30,000. Belum masuk kos barang rumah lagi.
Kalau menyewa p**a hanya sediakan deposit 2 bulan. Kalau sewa RM1000, hanya perlu sediakan RM2000. Sebab tu ramai pilih untuk menyewa sahaja. Kos lebih murah.
5) Bila harga rumah mahal, bayaran bulanan pun tinggi. Rumah RM400k, bayaran bank dah hampir RM2000.
Kalau menyewa mungkin hanya perlu bayar sewa RM1200 sebulan.
6) Syarat pinjaman yang agak ketat. Bila ramai industri yang terkesan, bank pun susah nak beri pinjaman.
7) Gaya hidup sekarang, ramai yang lebih selesa menyewa. Boleh pindah bila-bila masa atau pilih yang dekat dengan tempat kerja.
Banyak lagi sebabnya ramai pilih untuk menyewa dari beli rumah. Tapi sekurang-kurangnya menyewa kalau tak boleh beli rumah baru. Pilihlah rumah dari pasaran subsale atau lelong. Ikut bajet kita. Letak target beli sekurangnya sebuah rumah.
Jangan menyewa selama-lamanya. Terutama ketua keluarga. Belilah sebuah rumah kecil untuk anak isteri. Kalau kita 'pergi' dulu nanti, keluarga kita ada tempat berteduh. Tidaklah mereka perlu merayu ihsan dari tuan rumah sewa kita nanti.
Repost: Razzaaq Ajaq
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
PT (B) 2653 KG HUTAN KUING, LEBUHRAYA MACHANG/TANAH MERAH
Machang
18500