Azmi Murid

Azmi Murid

Share

24/03/2026

The poster captures a striking irony in modern politics through bold caricature and humor. On one side, Ukraine is represented by a comedian who rose to the presidency and, in the face of crisis, transformed into a symbol of resilience and wartime leadership. On the other, the United States is portrayed with a satirical twist - suggesting a reversal where presidential leadership takes on the tone and spectacle of entertainment.

This contrast resonates because it plays on expectations. Traditionally, leadership is associated with seriousness, experience, and gravitas, while comedy belongs to the realm of performance and satire. Yet reality has blurred these lines. The Ukrainian example highlights how unconventional backgrounds can still produce decisive and inspiring leadership when tested by real-world challenges. Meanwhile, the American depiction critiques how politics can sometimes drift toward showmanship, where public appeal and media presence overshadow substance.

The humor in the poster is what makes its message powerful. It invites viewers to reflect without feeling lectured. Beneath the laughter lies a deeper question about what qualities truly define a leader in today’s world. Is it background, personality, or the ability to rise to the moment?

Ultimately, the artwork suggests that leadership is unpredictable - and sometimes, reality can be more ironic than fiction.

Azmi Murid

Photos from Azmi Murid's post 10/02/2026

MAJLIS PENAMAAN DAN PELANCARAN KAPAL PESISIR LAUT 3 (LCS 3) – KD Sharif Mashor

Alhamdulillah, saya dapat berada pada hari dimana sejarah negara tercipta dengan menghadiri Majlis Penamaan dan Pelancaran Kapal Pesisir Laut 3 (LCS 3) – KD Sharif Mashor yang berlangsung dengan penuh istiadat di Lumut Naval Shipyard (LUNAS) pada hari ini.

Majlis bersejarah ini disaksikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, dan dirasmikan serta dilancarkan oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi selaku perasmi.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Hj. Adli Zahari yang hadir mewakili YB Menteri Pertahanan Malaysia, serta Tan Sri Zulhelmy Ithnain, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), selain pegawai-pegawai kanan TLDM, wakil Kementerian Pertahanan (MINDEF), pengurusan tertinggi Lumut Naval Shipyard dan jemputan khas yang lain.

KD Sharif Mashor dinamakan sempena Sharif Mashor, seorang pembesar dan pahlawan Melayu dari Sarawak yang terkenal kerana keberanian dan penentangannya terhadap campur tangan kuasa asing pada abad ke-19. Beliau dikenang sebagai tokoh yang mempertahankan maruah, kedaulatan dan hak orang tempatan, menjadikan namanya simbol semangat juang, keberanian serta kesetiaan kepada tanah air.

Pelancaran LCS 3 ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkukuhkan keupayaan pertahanan maritim negara serta mencerminkan komitmen berterusan TLDM dan industri pertahanan tempatan dalam menjaga kedaulatan perairan Malaysia.

Sebagai warga Lumut, saya amat berbangga dapat menyaksikan sendiri detik bersejarah ini yang mengangkat nama Lumut sebagai bandar tentera laut dan pusat industri pertahanan maritim negara.

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada TLDM, Lumut Naval Shipyard serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Semoga KD Sharif Mashor menjadi aset pertahanan negara yang berwibawa dan terus berkhidmat dengan cemerlang demi Malaysia.

Azmi Murid
Lumut Perak

09/12/2025

KENAPA SUARA UNTUK POLIS YANG TERKORBAN SEMAKIN SENYAP?

Bila ada penjenayah mati ketika berbalas tembakan, berbagai NGO dan pengamal undang-undang tampil pantas mengeluarkan kenyataan, mendesak siasatan, malah ada yang seolah-olah membela tindakan penjenayah itu sendiri.

Tetapi bila anggota polis kita mati dibunuh penjenayah, suasana jauh berbeza.
Sunyi.
Sepi.
Seakan-akan tiada siapa bergegas tampil mempertahankan mereka yang mempertaruhkan nyawa demi menjaga keselamatan kita semua.

Sedangkan setiap kali seorang anggota polis gugur, kita sedang kehilangan:

* Seorang ayah atau ibu kepada sebuah keluarga.
* Seorang anak kepada ibu bapa yang menanti di rumah.
* Seorang sahabat kepada rakan sepasukan.
* Seorang penjaga keamanan negara.

Isu hak asasi tidak boleh bersifat sehala.
Jika kematian penjenayah perlu disiasat, kematian anggota polis akibat dibunuh penjenayah juga wajar menjadi keutamaan suara masyarakat dan NGO.

Keadilan bukan memilih mangsa.
Keadilan bukan berpihak kepada siapa yang lebih lantang.
Keadilan adalah keberanian untuk bersuara ketika yang terkorban adalah mereka yang mempertahankan kita.

Semoga lebih banyak NGO dan badan masyarakat sivil tampil mempertahankan anggota polis kita yang gugur dalam tugas - kerana mereka tidak meminta lebih, hanya penghargaan dan pembelaan yang adil atas pengorbanan mereka.

Al-Fatihah untuk yang telah pergi.
Salute untuk yang masih berdiri menjaga keamanan negara.

Azmi Murid
Persatuan Kepolisan Komuniti Daerah Manjung

Want your business to be the top-listed Media Company in Lumut?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Lumut
32200