Ab Rauf Yusoh

Ab Rauf Yusoh

Share

22/06/2026

Siri ke-20 Program Wakil Rakyat, Untuk Rakyat (WRUR) Kini Berada di Parlimen Jasin.

Alhamdulillah, siri jelajah WRUR kali ini diteruskan lagi demi menyantuni lebih 134,000 keluarga besar rakyat di Parlimen Jasin, bermula secara rasmi di DUN Rim bersama wakil rakyatnya, YB Datuk Khaidhirah Abu Zahar, bertempat di Dataran Masjid At-Taqwa, Kampung Rim.

Program berterusan ini membuktikan komitmen jitu Kerajaan Negeri yang sentiasa meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan tanpa mengira faham politik, bangsa, mahupun agama. Jelajah fasa demi fasa ini akan digerakkan sepenuhnya di DUN Rim sehingga 27 Jun, sebelum diteruskan ke DUN Serkam, DUN Sungai Rambai, dan berakhir di DUN Merlimau pada 18 Julai nanti.

Terima kasih kepada seluruh warga Jasin atas sambutan yang cukup meriah dan sokongan yang tidak berbelah bahagi demi kemakmuran bersama.

Melaka Sayang Rakyat โค๏ธ

21/06/2026

Majlis Perasmian Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Dun Rim Jasin : Kampung Kita. Majlis Akan Dirasmikan Oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh Diiringi Oleh YB Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET

๐Ÿ“ Lokasi: Dataran Masjid At-Taqwa Kampung Rim
๐Ÿ“… Tarikh: 21 Jun 2026

Satu Lagi Pencapaian Gemilang Melaka

21/06/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐€๐๐€

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan โ€œSelamat Hari Bapaโ€ kepada semua bapa-bapa hebat di seluruh Malaysia, khususnya di negeri Melaka.

Bagi saya, tiada satu hari pun yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan seorang bapa. Setiap langkah kejayaan anak-anak dan kebahagiaan sesebuah keluarga pasti terselit keringat, doa serta kasih sayang seorang ayah yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah demi memenuhi keperluan keluarganya.

Bersempena tema sambutan tahun ini, โ€œSehebat Kasih Bapaโ€, marilah kita menghargai dan mengenang jasa insan yang menjadi wira keluarga ini. Sesungguhnya kasih seorang ayah mungkin tidak selalu dilafazkan, namun pengorbanannya terpahat dalam setiap nikmat dan kejayaan yang kita kecapi hari ini.

Buat semua bapa, ayah, abah, walid dan papa, terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan didikan yang dicurahkan tanpa mengharapkan balasan. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, keberkatan umur serta ganjaran yang berlipat ganda atas setiap pengorbanan yang dilakukan.

โ€œAyah, pengorbananmu tiada galang ganti, jasamu kekal sepanjang hayat. Terima kasih ayah!โ€

Photos from Ab Rauf Yusoh's post 20/06/2026

๐–๐‘๐”๐‘ : ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐€๐๐€๐“ ๐Œ๐€๐๐ƒ๐€๐“, ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“!

20 Jun 2026 - Alhamdulillah, malam ini Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Kota Melaka: Kampung Kita (DUN Telok Mas) melabuhkan tirainya setelah empat minggu berlangsung dengan penuh komitmen dan penglibatan aktif daripada semua wakil rakyat, agensi kerajaan, pemimpin masyarakat serta seluruh jentera pentadbiran negeri.

Sepanjang pelaksanaan WRUR di Parlimen Kota Melaka, lebih 500 program telah dilaksanakan melibatkan lima DUN dengan manfaat yang dirasai oleh lebih 200,000 penduduk setempat.

Di Parlimen Kota Melaka sahaja, sebanyak 470 aduan telah diterima. Daripada jumlah tersebut, 31 aduan telah berjaya diselesaikan dalam tempoh pelaksanaan program, manakala baki aduan sedang diproses mengikut bidang kuasa serta keutamaan pelaksanaannya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jentera kepimpinan wakil rakyat Parlimen Kota Melaka, iaitu YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, ADUN Telok Mas; YB Tuan Low Chee Leong ๅЉ่ชŒไฟ, ADUN Kota Laksamana; YB Puan Leng Chau Yen ๆž—ๆœ้›, ADUN Bandar Hilir; YB Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, ADUN Duyong; serta YB Tuan Allex Seah่ฐขๅฎˆ้’ฆ, ADUN Kesidang di atas โ€˜sentuhanโ€™ yang bermakna, dan menterjemahkan erti sebuah keluarga besar yang bersatu hati dalam menjayakan semangat Kota Melaka; Kampung Kita. Ini sekali gus menyantuni lebih 200 ribu warga Kota Melaka!

Secara keseluruhan, pelaksanaan WRUR melibatkan 19 DUN setakat ini telah merekodkan kira-kira 4,027 aduan rakyat. Alhamdulillah, sebanyak 2,633 aduan atau lebih 65 peratus telah berjaya diselesaikan.

Insha-Allah, mulai esok kita bertemu p**a di WRUR DUN Rim sebagai pembuka tirai jelajah program WRUR Parlimen Jasin: Kampung Kita!

Dari Rakyat Untuk Rakyat,
Melaka Sayang Rakyat! โค๏ธ

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Lubok China?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Lubok China