JOM.Invest.EMAS
Ramai yang cakap emas ni pelaburan yang tak ada risiko. Maaf, saya memang tak setuju.
Antara risiko pelaburan emas ialah:
1. Risiko emas palsu.
Jika terbeli emas palsu, risikonya ialah 100% TOTAL LOST. Beli emas dalam balutan plastik – tidak boleh buka, jika buka harga jatuh. Selepas bertahun-tahun simpan, kompeni ditutup – rupa-rupanya emas palsu.
Cara atasi : uji ketulenan emas atau beli dari syarikat yang dipercayai seperti KAB Gold. Emas telah diuji oleh assayer bertauliah.
2. Risiko hilang.
Ia juga satu lagi risiko yang mungkin terjadi, kerana saiz emas sangat kecil dengan harga yang begitu besar. Simpan punya simpan, selepas beberapa lama tidak tahu simpan di mana.
Cara atasi: Simpan dalam safe deposit box, atau simpan di ar-rahnu, tapi ada kos.
3. Program emas scam.
Beli emas tak dapat emas, tapi dapat pulanagn bulan-bulan. Selepas beberapa lama, kompeni lingkup dan rupa-rupanya SCAM.
Cara paling mudah utk elakkan, pastikan beli emas dapat emas dan gunakan kaedah COD lebih baik.
4. Belian emas secara riba.
Ia risiko di akhirat, sebab risiko riba padahnya ialah neraka paling bawah sebab dosa riba ialah ibarat berperang dengan ALLAH.
Seperti di KAB Gold, Tuan CEO sendiri sangat menekankan pentingnya syarikat dipandu dengan syariah.
Apa lagi risiko pelaburan emas? Boleh rakan-rakan kongsi di ruang komen?
09/06/2024
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Larkin