LKIM Negeri Johor

LKIM Negeri Johor

Share

05/07/2026

𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐧 (𝐏𝐊𝐏𝐍) 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐫𝐚𝐟 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐬𝐢𝐨𝐞𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐢𝐬𝐢 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐫𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐧𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐧. 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐢𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐢𝐧𝐢, 𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭𝐢 𝐤𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤, 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭, 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐝𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐚𝐝𝐚.

29/06/2026

🎣🐟 JUALAN MY AQUA BEST 🦐🐟

Warga Johor dan kawasan sekitar dijemput hadir memeriahkan My Aqua Best yang menawarkan pelbagai hasil laut segar pada harga berpatutan!

📍 Lokasi: Perkarangan Pejabat LKIM Negeri Johor
📅 Tarikh: 29 Jun 2026 (3.00 P.M)
🔥 PROMOSI ISTIMEWA

✅ Pelbagai jenis ikan segar
✅ Harga mampu milik
✅ Segar, bersih dan berkualiti
✅ Menyokong nelayan tempatan

Jangan lepaskan peluang mendapatkan bekalan hasil laut segar terus daripada sumber yang dipercayai. Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati tawaran menarik ini!

27/06/2026

SENTUHAN AGRO MADANI
Minum Petang Bersama Nelayan Johor

JOHOR BAHRU, 27 JUN 2026 - Program Sentuhan Agro MADANI: Minum Petang Bersama Nelayan Johor telah berlangsung dengan jayanya, menghimpunkan komuniti nelayan bersama kepimpinan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YBrs. Dr. Haji Abdul Salim bin Haji Tajudin, Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM); YBrs. Puan Haslin Marlina binti Hashim, Pengarah LKIM Negeri Johor; dan YBrs. Encik Azli bin Mohd Aziz, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Johor Selatan.

Turut hadir ialah para Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di seluruh Negeri Johor, barisan Ahli Lembaga Pengarah PNK serta komuniti nelayan dari seluruh Johor.

Program ini menjadi platform penting untuk mendekati komuniti nelayan, mendengar secara langsung pandangan, cadangan serta isu-isu yang dihadapi, di samping memperkukuh kerjasama antara kerajaan, LKIM dan Persatuan Nelayan dalam usaha memperkasakan industri perikanan negara.

Semoga inisiatif ini terus menjadi wadah dalam memperkukuh kebajikan, meningkatkan kesejahteraan nelayan dan memacu pembangunan sektor perikanan negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Larkin?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Larkin

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:30