Sekolah Kebangsaan Kilim Rasmi

Sekolah Kebangsaan Kilim Rasmi

Share

Photos from Sekolah Kebangsaan Kilim Rasmi's post 11/01/2026

πŸ“šβœ¨ HARI PENDAFTARAN SEMULA SEKOLAH 2026 βœ¨πŸ“š

Tarikh: 8/1/2026
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Kelas masing-masing

Hari Pendaftaran Semula bagi sesi persekolahan 2026 telah berlangsung dengan lancar hasil kerjasama padu pihak sekolah, ibu bapa dan penjaga.

Terima kasih atas kehadiran serta komitmen semua pihak dalam memastikan urusan pendaftaran berjalan dengan teratur dan selesa. Semoga sesi persekolahan baharu ini menjadi permulaan kepada tahun yang penuh kecemerlangan dan kejayaan buat anak-anak SK Kilim. 🌟

Selamat kembali ke sekolah dan selamat menempuh sesi 2026!

Photos from Sekolah Kebangsaan Kilim Rasmi's post 14/12/2025

πŸ•οΈπŸ”₯ PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK KILIM 2025 πŸ”₯πŸ•οΈ

Tarikh: 11/12/2025 - 12/12/2025
Tempat: SK Kilim

Perkhemahan Unit Beruniform SK Kilim telah berlangsung dengan jayanya, melibatkan penyertaan murid-murid yang penuh semangat dan disiplin.

Program ini bertujuan untuk membentuk jati diri, memupuk semangat kepimpinan, kerjasama berpasukan serta meningkatkan ketahanan fizikal dan mental dalam kalangan murid. Pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini.

Tahniah dan terima kasih kepada semua murid, guru penasihat serta pihak yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan ini.

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan berharga dan bekalan ilmu untuk masa hadapan. 🌟

Photos from Sekolah Kebangsaan Kilim Rasmi's post 14/12/2025

πŸŽ–οΈπŸŽ’ PENYERAHAN BAUCAR PEDULI AMAN & PERASMIAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM πŸŽ’πŸŽ–οΈ

Tarikh: 11/12/2025
Masa: 12:15 tengah hari
Tempat: Dewan Emerald, SK Kilim

SK Kilim telah mengadakan Majlis Penyerahan Baucar Peduli Aman yang bertujuan membantu meringankan beban keluarga murid, di samping Perasmian Perkhemahan Unit Beruniform yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zuraidy bin Rahim.

Majlis ini bukan sahaja membawa makna besar dalam aspek kebajikan murid, malah menjadi suntikan semangat kepada peserta perkhemahan untuk membina jati diri, disiplin, kepimpinan dan semangat kerjasama melalui aktiviti unit beruniform.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha ini memberi manfaat berterusan kepada anak-anak SK Kilim. 🌟

10/12/2025

MAKLUMAN

πŸ•οΈ PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SK KILIM 2025
TAHUN 4,5 & 6

BUTIRAN PROGRAM

πŸ“† Tarikh : 11 dan 12 Disember 2025 (Khamis dan Jumaat)

⏰ Masa : 7:45 pagi (Khamis) - 12:00 tengah hari (Jumaat)

πŸ•οΈ Tempat : SK Kilim

Penglibatan : Semua murid Tahun 4,5 dan 6.

πŸ“Œ Murid hadir ke sekolah seperti biasa pada jam 7.30 pagi.

πŸ“Œ Bawa alatan perkhemahan yg telah disenaraikan. Murid tidak dibenarkan pulang selepas mendaftar.

πŸ“Œ Hantar semula surat kebenaran waris selewatnya esok untuk tindakan guru.

Harap maklum.

Want your school to be the top-listed School/college in Langkawi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Jalan AYER HANGAT
Langkawi
07000