SK Kelibang Rasmi
17/05/2026
Tahniah diucapkan kepada Cikgu Mohd Shahmee atau lebih dikenali dengan panggilan Sir Shah atas jemputan membuat perkongsian di LANGKAWIfm bersempena sambutan Hari Guru. Sir Shah juga sempat berkongsi mengenai bahan intervensi yang ditulis dan diterbitkan oleh Panitia Bahasa Inggeris SK Kelibang iaitu modul membaca RaIn (Reading Intervention Programme) yang digunakan untuk membantu murid-murid meningkatkan kemahiran membaca dalam Bahasa Inggeris.
Terima kasih juga diucapkan kepada LANGKAWIfm atas jemputan.
30/04/2026
♟️ KEJOHANAN CATUR MSSD LANGKAWI TAHUN 2026♟️
Tarikh : 14 April 2026
Masa : 8.00 - 6.00 petang
Tempat : SMK Tunku Putra
Alhamdulillah, sekalung penghargaan diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai Kejohanan Catur MSSD Langkawi baru-baru ini❤️
Walaupun belum ada rezeki untuk membawa pulang kemenangan tetapi usaha, fokus dan semangat yang ditunjukkan sepanjang pertandingan amat membanggakan😍
Terima kasih tidak terhingga kepada jurulatih, Cikgu Kartikah, atas tunjuk ajar, bimbingan serta kesabaran dalam melatih para pemain sehingga ke peringkat ini.
Catur mengajar kita tentang strategi,kesabaran dan ketenangan — setiap langkah adalah pembelajaran berharga. Teruskan berusaha, tingkatkan kemahiran dan jangan mudah berputus asa. Anda semua hebat!
**Segala gambar dan video yang dikongsikan atas kebenaran waris.**
30/04/2026
🏈 KEJOHANAN RAGBI MSSD LANGKAWI TAHUN 2026🏈
Tarikh : 21 April 2026
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : SK Padang Matsirat
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pemain ragbi yang telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Ragbi MSSD baru-baru ini🤲🏻
Walaupun kali ini kita belum memperoleh sebarang kemenangan, tetapi semangat juang, disiplin dan usaha yang ditunjukkan oleh anda semua amatlah membanggakan💪🏻
Terima kasih juga diucapkan kepada jurulatih yang tidak pernah jemu membimbing, melatih serta memberi sokongan padu sepanjang persiapan dan kejohanan berlangsung.
Setiap pengalaman adalah langkah ke arah kejayaan. Teruskan berusaha dan jangan pernah berputus asa. Anda semua tetap juara di hati kami!
**Segala gambar dan video yang dikongsikan atas kebenaran waris.**
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Langkawi
07000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |