Sabah Headlines

Sabah Headlines

Share

03/06/2026

Lelaki Ditahan Bersama Syabu Dalam Rondaan Polis di Balung

TAWAU, 3 Jun – Seorang lelaki tempatan diberkas polis selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam satu operasi rondaan pencegahan jenayah di kawasan Jalan Maktab Balung, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis (ACP) Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 36 tahun ditahan oleh anggota Balai Polis Bandar Sri Indah yang menjalankan rondaan susulan maklumat awam mengenai aktiviti mencurigakan di lokasi berkenaan.

Menurutnya, lelaki terbabit cuba meloloskan diri sebaik dihampiri polis, namun berjaya ditahan selepas berlaku sedikit pergelutan.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai membuang sekotak rokok yang mengandungi lapan paket plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih disyaki syabu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil penimbangan mendapati dadah yang dirampas mempunyai berat keseluruhan kira-kira 1.09 gram.

Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tamat

03/06/2026

Lelaki Ditahan Disyaki Curi Kabel SESB di Pitas

KOTA MARUDU, 3 Jun – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di kawasan Telaga, Pitas awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simiun Lomudin berkata, suspek berusia 30 tahun itu diberkas oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu kira-kira jam 12.30 tengah malam hasil maklumat yang disalurkan orang awam.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemukan sejumlah tembaga yang dipercayai hasil daripada kupasan kabel yang dicuri dan disimpan di dalam sebuah beg milik suspek.

“Suspek yang berasal dari Kampung Maringgan, Pitas turut didapati positif dadah jenis syabu selepas menjalani ujian saringan awal,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap kemudahan awam, manakala suspek akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan lanjut.

Simiun turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat sehingga membawa kepada kejayaan tangkapan tersebut serta menggesa masyarakat terus bekerjasama dengan polis dalam usaha membanteras jenayah.

Tamat

01/06/2026

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Dirgahayu Tuanku.

Daulat Tuanku.

WARGA EMAS HILANG KETIKA CARI SARANG BURUNG WALIT DALAM GUA TAPADUNG - Sabah Headlines 01/06/2026

WARGA EMAS HILANG KETIKA CARI SARANG BURUNG WALIT DALAM GUA TAPADUNG - Sabah Headlines LAHAD DATU, 1 JUN – Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas dipercayai sesat ketika menjalankan aktiviti mencari sarang burung walit di dalam Gua Tapadung, Segama, di sini. Mangsa, Ismail Ibrahim, 61, dikatakan memasuki gua berkenaan bersama dua rakannya pada Selasa lalu sebelum dilaporkan hi...

Want your business to be the top-listed Advertising & Marketing Company in Lahad Datu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Taman Aman Jalan Silam
Lahad Datu