Dust In The Wind

Dust In The Wind

Share

Photos from Dust In The Wind's post 08/06/2020

STREET TAILORS – THE UNSUNG HEROES

Antara keunikan Lahad Datu ialah barisan Tukang Jahit yang sentiasa menunggu pelanggan di kaki-kaki lima kedai. Kebanyakan mereka adalah tukang jahit yang berpengalaman yang sudah lama berbakti kepada warga Lahad Datu dengan upah bayaran yang berpatutan tanpa sedikitpun menjejaskan kualiti perhidmatan. Malah ada di antara mereka yang boleh dikatakan bertaraf professional.

Dengan berbekalkan mesin jahit, kelengkapan asas, kemahiran dan senyuman mesra , mereka menunggu pelanggan-pelanggan yang memerlukan perkhidmatan dengan sabar. Antara perkidmatan yang ditawarkan ialah memotong kaki seluar, menampal koyakan, mengganti zip, mengubahsuai saiz pakaian dan macam-macam lagi. Ada juga yang mengambil upah membuat topeng muka di musim PKP ini. Semuanya dengan upah yang amat berpatutan. Kalau nak bayar lebih pun boleh, niat untuk sedekah atau sebagai hadiah.

Mereka inilah sebenarnya antara ‘The Unsung Heroes’ atau Wira Yang Tak Didendang di bandar Lahad Datu. Dari generasi ke generasi banyak sudah bakti yang mereka curahkan. Saya percaya, hampir semua warga LD pernah menggunakan khidmat mereka walaupun sedikit. Merekalah unit sokongan teknikal yang tidak rasmi. Satu hakikat yang mungkin ramai tidak menyedari.
Mungkin suatu hari nanti pihak berkuasa tempatan boleh menyediakan tempat khusus untuk mereka menjalankan aktiviti perniagaan mereka dengan selamat, teratur dan sistematik sebagai kemudahan untuk semua dan juga sebagai kaedah pemantauan yang berkesan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Apa-apapun jasa mereka tetap dihargai. Mereka ini adalah antara ikon bandar Lahad Datu dan boleh dijadikan tarikan kepada orang-orang luar yang datang berkunjung di samping menyediakan perkhidmatan yang berpatutan untuk semua. Bagi aku,

‘STREET TAILORING IS LIKE AN ART THAT PUT COLOURS NOT TO A PLACE BUT INTO THE HEARTS OF ITS PEOPLE.’

Tabik untuk mereka!

*Sila klik pautan di bawah dan 'Follow' blog saya untuk sama-sama meneroka ALAM MINDA. Thanks for your support 🙂
https://musafirhiker.blogspot.com

07/06/2020

HIKMAH TUKANG KASUT – BIAR PEKAK TELINGA JANGAN PEKAK HATI

“Pakcik, pakcik memang asal sini ka?”

Senyap...krik…krik…

“Ehem, pakcik memang asal sini ka???”

Kali ini kuatkan lagi suara ku dengan harapan pakcik tersebut akan membalas pertanyaanku. Namun hampa, pakcik tersebut masih lagi tekun menjahit tapak kasutku tanpa sedikit perubahan pada riak wajahnya.

“Dah lama ka pakcik menjahit kasut ni?”

Sengaja aku menukar pertanyaanku kerana mungkin pertanyaanku yang pertama tadi agak sensitif. Aku memberinya sedikit masa untuk membalas kerana dia kelihatan seperti sedang fokus dengan kerjanya. Beberapa minit berlalu pakcik tersebut masih lagi tekun menjahit. Tangannya sesekali terketar-ketar menusuk jarum ke dalam tapak kasut. Sah, memang sah. Pakcik ni ada masalah pendengaran.

Aku mencuit bahunya, apabila dia menoleh memandangku, aku memberitahunya, “Pakcik, saya pergi minum dulu ya…nanti saya datang balik.” Dia tersenyum sambil mengangguk-angguk kepalanya. Aku juga tersenyum, ternyata dia sedang memerhati gerak bibirku. Dengan pergerakan bibir itulah dia memahami percakapanku.

Niatku ku untuk berbual-bual dengannya terpaksa aku batalkan. Teringin juga aku untuk mengetahui cerita-cerita kehidupan disebalik kasut, jarum, benang, gam dan kaki lima bandar Sandakan. Cerita kehidupan dari sudut pandang dan persekitaran beliau. Kerana aku percaya, setiap dari kita pasti mempunyai cerita yang unik dan tersendiri, yang boleh memberi pengajaran dan hikmah. Perkongsian sebeginilah yang aku harapkan, kerana melaluinya aku dapat melihat kebesaran dan kebijaksanaan Sang Pencipta. Tidak pernah ada satu perkara pun yang berlalu dengan sia-sia.

Sambil menghirup nescafe tarik di kedai yang berhampiran aku merenung kembali apa yang berlaku. Ternyata walau seketika dan bukanlah sesuatu yang luarbiasa, namun ada hikmah dan pengajaran yang juga boleh dihirup. Hampir sahaja aku membuat andaian bahawa pakcik tukang kasut tersebut sombong atau tidak memahami slanga yang aku gunakan, namun ternyata andaian aku bersifat luaran dan dalam keadaan tergesa-gesa. Dengan sedikit kesabaran serta perasaan untuk mendalami dan memahami sesuatu perkara, baharulah aku mendapat gambaran yang sebenar. Ternyata pakcik tukang kasut tersebut seorang yang baik, mesra dan tekun dengan kerjanya cuma ada sedikit masalah pendengaran.

Begitulah kehidupan kita, tidak semua perkara itu adalah seperti yang kita fikirkan pada permulaannya. Dengan sedikit kesabaran, keinginan untuk mengenali, mendalami dan memahami sesuatu perkara itu, inshaAllah kita akan menemui kebenaran. Yang penting sentiasa bersikap positif, terbuka, husnudzon dan berlapang dada. Jangan cepat membuat kesimpulan atau tanggapan hanya dengan pandangan luaran dan sekilas pandang. Banyak perkara di luar sana yang disalah erti kesan daripada sikap yang melulu dalam membuat penilaian. Fahami dahulu letak duduknya sesuatu perkara sebelum kita membuat kesimpulan dan menyebarkannya kepada orang lain.

Alhamdulillah, syukur kerana secara tak langsung, aku dapat sesuatu yang berharga daripada pakcik tukang kasut. Benarlah, setiap perkara yang berlaku akan datang bersamanya ilmu dan hikmah. Tinggal lagi usaha kita untuk mencerapnya agar ia tidak berlalu dengan sia-sia. Hati kecilku berbisik, “seperti mana aku menghirup air nescafe ini untuk kesegaran tubuhku, seperti itulah juga aku perlu menghirup hikmah dan ibrah yang ada untuk kesegaran rohaniku. Terima kasih pakcik, hadirmu dalam hidupku memberi banyak hikmah, memberi kesedaran dan keinsafan supaya aku tidak menjadi orang yang terburu-buru dalam menilai sesuatu.”

CERITA YANG BIASA, TAPI PENGAJARAN YANG LUARBIASA!

*Sila klik pautan di bawah dan 'Follow' blog saya untuk sama-sama meneroka ALAM MINDA. Thanks for your support 🙂
https://musafirhiker.blogspot.com

24/12/2019

Salam Subuh dan Salam Matahari Terbit...

Menatap mentari pagi dengan kehangatan yang menyamankan tubuh, menenangkan jiwa dan merangsangkan fikiran. Itulah nikmat pagi. Sayang kalau kita masih lagi diselimuti angan dan terus lena dengan kemalasan.

Bangkitlah bangsaku, bukalah matamu seluasnya dan tataplah mentari pagi yang bersinar. Ada cerita yang ingin disampaikan, ada rezeki yang sedia dikutip, ada ilmu yang terselit, ada keberkatan yang terpalit. Itulah nikmat saat matahari terbit. InshaAllah...

Want your establishment to be the top-listed Arts & Entertainment in Lahad Datu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Art

Address


Sri Perdana
Lahad Datu