Hospital Lahad Datu

Hospital Lahad Datu

Share

Photos from Hospital Lahad Datu's post 20/05/2026

Pada 20 Mei 2026, Hospital Lahad Datu telah mengadakan Perhimpunan Pagi bagi bulan Mei yang dikelolakan secara bersama oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Unit Kejururawatan, dan Unit Kawalan Infeksi.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Hospital, Dr. Esmar bin Abdul Hamid. Dalam ucapan beliau, Dr. Esmar menyampaikan amanat sempena Hari Jururawat Sedunia serta memberi penekanan mendalam terhadap kepentingan menyemai budaya kerja yang harmoni dan bersatu padu dalam kalangan seluruh warga kerja hospital.

Perhimpunan kali ini memfokuskan kepada tiga intipati utama daripada unit-unit penganjur:
Unit Kejururawatan: Mengadakan sambutan Hari Jururawat Sedunia (*World Nursing Day)bagi menghargai segala jasa, komitmen, dan pengorbanan para jururawat yang menjadi tulang belakang sektor perkhidmatan kesihatan.

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH): Menitikberatkan keselamatan warga kerja melalui slogan “Safety First, Safety Starts with Me”. Unit OSH turut memperkenalkan program PRISMA (Psychosocial Risk Assessment and Management at the Workplace) bagi menilai dan mengurus risiko psikososial demi menjaga kesihatan mental kakitangan di tempat kerja.

Unit Kawalan Infeksi: Menegaskan kepentingan amalan kebersihan tangan yang betul selaras dengan sambutan Hari Kebersihan Tangan Sedunia (World Hand Hygiene Day) pada bulan Mei, sebagai langkah utama memutuskan rantaian jangkitan kuman.

"Kekuatan kita terletak pada kesatuan, keselamatan kita bermula daripada kesedaran, dan impak terbesar kita lahir daripada keikhlasan dalam memberikan rawatan."

16/05/2026

SELAMAT HARI GURU
16 MEI 2026
“Guru Bitara Nadi Negara”

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa tanpa mengenal penat dan lelah.

Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi insan mulia yang membentuk akhlak, mencorak masa depan serta menjadi cahaya harapan buat generasi akan datang. Setiap kejayaan yang dikecapi hari ini pastinya bermula dengan sentuhan ilmu, nasihat dan doa seorang guru.

🌹 “Tiada Guru, Tiada Pangkat.”
Di sebalik setiap profesion, setiap kejayaan dan setiap impian yang tercapai — pasti ada seorang guru yang pernah membimbing langkah pertama.

Semoga seluruh warga pendidik sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, kekuatan serta terus diberi keberkatan dalam mendidik generasi pewaris negara.

Terima kasih, cikgu… atas segala jasa yang tidak ternilai.

Ucapan tulus ikhlas daripada:
Dr. Esmar Bin Abdul Hamid
Pengarah Hospital Lahad Datu serta seluruh warga kerja Hospital Lahad Datu

Want your organization to be the top-listed Government Service in Lahad Datu Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Hospital Baru Lahad Datu
Lahad Datu Town
91100