Eastern Sabah Security Command

Eastern Sabah Security Command

Share

Photos from Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )'s post 11/06/2026

ESSCOM TERIMA PENGHARGAAN DALAM MAJLIS APRESIASI PASUKAN OP MORAVA

Kuala Lumpur, 11 Jun 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menyampaikan sijil penghargaan dalam Majlis Apresiasi Pasukan Op Morava yang berlangsung di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, semalam.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai serta anggota yang telah menunjukkan komitmen tinggi sehingga menyumbang kepada kejayaan Op Morava, iaitu operasi yang diterajui oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Seramai 44 pegawai dan anggota telah dipilih sebagai penerima sijil penghargaan atas sumbangan mereka dalam menjayakan operasi tersebut, dengan 24 daripadanya menerima sijil yang disampaikan sendiri oleh Tan Sri Ayob Khan pada majlis berkenaan.

Kejayaan Op Morava turut didorong oleh kerjasama strategik antara PDRM menerusi Cawangan Khas, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), sekali gus membuktikan keberkesanan sinergi antara agensi dalam usaha membanteras jenayah berkaitan dadah.

Turut hadir ialah Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Mohamad Noor Yusof Ali dan Ketua Staf Perisikan ESSCOM, Kementerian Dalam Negeri, SAC Shariman Ashari.

Sumber: PDRM
Jurugambar: PDRM RMP TV

https://www.facebook.com/share/p/1Bcm4za86m/?mibextid=wwXIfr

Photos from Eastern Sabah Security Command's post 11/06/2026

MESYUARAT PENGOPERASIAN UDARA ESS ZONE 2026

Ketua Staf Bahagian Operasi Udara ESSCOM, Brigadier Jeneral Mohd Hakimi bin Mohd Anuar TUDM mempengerusikan Mesyuarat Pengoperasian Udara Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) bersama-sama Jabatan/ Agensi Kerajaan dan swasta telah diadakan pada 21 Mei 2026 di Pejabat ESSCOM, Lahad Datu.

Mesyuarat ini bertujuan menyelaras dan mengukuhkan koordinasi serta kerjasama operasi udara di bawah Operasi SANGGAH ESSCOM bagi memelihara kedaulatan negara dan menjaga keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone)

Hadir sama Pegawai-pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Malaysia, Pasukan Udara Tentera Darat, Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Bahagian Operasi Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Malaysia Airport Holdings Berhad dan Air Borneo.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Lahad Datu Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Kementerian Dalam Negeri, Blok B Kompleks Komersial Bandar Harbour, Jalan Pantai
Lahad Datu Town
91100