PAS Kawasan Labuan

PAS Kawasan Labuan

Share

02/06/2026

Ingat lagi “Santai tapi Sampai”

kita bongkar lagi huraian apa itu PAS

Dengarkan!

Photos from PAS Kawasan Labuan's post 31/05/2026

Dua lagi undangan majlis perkahwinan dihadiri pada hari ini, 31 Mei 2026. Sepasang mempelai di Dewan UMSKAL dan sepasang lagi di Dewan Refflesia, Ujana Kewangan.

Kami mendoakan semoga kedua-dua pasangan pengantin iaitu Mohd Amirul Saidan & Dg Nurul Fathin Maidin serta Mohd Yusmie Mohd Yunus & Dayang Norfaizura Mohd Affandi dikurniakan rumahtangga yang penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah, serta dipermudahkan segala urusan dalam melayari bahtera perkahwinan hingga ke syurga. Aamiin.

Terima kasih atas jemputan yang diberikan.

Photos from PAS Kawasan Labuan's post 30/05/2026

Alhamdulillah selesai Program Korban Perdana PAS Labuan yang berlangsung di perkarangan rumah Yang DiPertua PAS Kawasan Labuan di Kg Layang-Layangan bermula jam 6.00 pagi sehingga 10.00 pagi pada 30hb Mei 2026 bersamaan 13 Zulhijjah 1447H.

Terima kasih kepada seluruh ahli-ahli PAS yang hadir bergotong royong menyelesaikan amanah kesemua 7 peserta yang berkorban.

Semoga ibadah korban diterima Allah SWT dan diberi ganjaran pahala pada semua yang terlibat menjayakan Program Korban Perdana PAS tahun 2026.

28/05/2026

~Inspirasi Harian~

Hari-Hari Tasyrik

26/05/2026

PAS Kawasan Labuan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya warga Labuan yang meraikannya.

Aidiladha adalah madrasah pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. Semangat pengorbanan ini hendaklah terus disemai dalam kehidupan bermasyarakat demi membina ummah yang bersatu, prihatin dan bertakwa.

Dalam kita menyambut hari yang mulia ini, marilah bersama-sama memperkukuhkan ukhuwah, menyantuni golongan memerlukan serta memelihara keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

PAS Kawasan Labuan turut mendoakan agar seluruh jemaah haji dari Labuan dan Malaysia dipermudahkan urusan serta dikurniakan haji yang mabrur.

Semoga segala ibadah dan pengorbanan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta membawa keberkatan kepada kita semua.

“Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.”

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


SOUTHSEA PEARL RESIDENCES, Jalan OKK DAUD, MERINDING
Labuan