SRITI Labuan

SRITI Labuan

Share

Photos from SRITI Labuan's post 12/05/2026

๐Ÿ’ SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TAHNIAH ๐ŸŽ‰

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahmad Rayyan Irfan bin Rizal Gunawan atas kejayaan meraih tempat kedua dalam Kejohanan 13th Speed Power International Open Taekwondo Championship 2026 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Hari ini, wakil dari Labuan Speed Power Taekwondo berkunjung le sekolah bagi menyerahkan plaque dan sijil penghargaan kepada sekolah.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berusaha dengan lebih cemerlang pada masa akan datang. Pihak sekolah amat berbangga atas pencapaian yang mengharumkan nama sekolah di peringkat antarabangsa.

Teruskan melakar kejayaan dan semoga maju jaya. ๐Ÿฅ‹๐Ÿ†

Membina Generasi Rabbani Murabbi

Photos from SRITI Labuan's post 22/04/2026

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah ๐Ÿคฒโœจ

Pada pagi tadi telah berlangsung pertandingan Kangaroo Math di SRITI Labuan dengan penyertaan seramai 19 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 5.

Ini merupakan pengalaman pertama anak-anak menyertai pertandingan tersebut. Semoga ia menjadi pemangkin semangat dan keyakinan untuk mereka terus maju serta berusaha mencapai kecemerlangan, khususnya dalam subjek Matematik.

Di samping itu, pihak sekolah ingin mengambil peluang untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan dan dorongan yang berterusan.

Tidak dilupakan juga, penghargaan buat tulang belakang program ini iaitu Ustazah Juria, Ustazah Syahriwani dan Ustazah Atikah selaku guru Matematik SRITI Labuan atas segala usaha dan komitmen yang diberikan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat! ๐ŸŒŸ

"Membina Generasi Rabbani Murabbi"

Photos from SRITI Labuan's post 12/04/2026

๐Ÿต๏ธ MAHRAJAN AMAL ISLAMI (SRITI) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2026 ๐Ÿต๏ธ

12 April 2026 - Telah berlangsungnya Mahrajan Amal Islami (SRITI) Peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan di Dewan Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Seramai 16 orang wakil SRITI Labuan telah berjaya mewakili sekolah dalam MAIS tahun ini. Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah, dengan izin Allah, SRITI Labuan berjaya meraih Tempat Ke-3 Keseluruhan MAIS 2026.

SRITI Labuan ingin merakamkan sekalung penghargaan dan tahniah buat semua peserta yang telah berusaha bersungguh-sungguh, para guru yang membimbing tanpa jemu, serta ibu bapa/penjaga yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan.

Pencapaian ini menjadi kenangan indah dan pengalaman berharga buat semua peserta SRITI Labuan. Semoga ia menjadi batu loncatan untuk lebih cemerlang pada masa hadapan. Di samping itu, semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat untuk terus melahirkan generasi Qurani, berilmu dan berakhlak mulia. ๐ŸŒŸ

1. Bercerita BM (P)
๐Ÿฅ‡Johan - AAIRA AFEEYA BINTI MOHAMAD HAFIZ
๐ŸฅˆNaib Johan - NUR IRDINA QAISARA BINT MOHD REZUAN

2. Syarahan Bahasa Arab (L)
๐Ÿฅ‡Johan - MUHAMMAD HAZARD BIN RAHMAT

3. Pidato Bahasa Melayu (P)
๐ŸฅˆNaib Johan - NUR IZZARA AISYAH BINTI ERZADIANSYAH
๐Ÿฅ‰Ketiga - NUR HANA AL FAREESHA BINTI HAMDAN

4. Pidato Bahasa Inggeris (P)
๐Ÿฅ‡Johan - AIYRA HUMAIRA BINTI MULYADI

5. Hafazan Tahap 1 (L)
๐Ÿฅ‰Ketiga - DIAN AFEEF BIN MOHD YUSOP

6. Hafazan Tahap 1 (L)
๐Ÿฅ‰Ketiga - MUHAMMAD SUHAYL ADHWA BIN SAHDAN

7. Tilawah (P)
๐Ÿฅ‰Ketiga - SYAZWA SYUHADAH BINTI ALBASTON

Membina Generasi Rabbani Murabbi

18/02/2026

๐ŸŒ™ SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1447H / 2026M๐ŸŒ™

๐Ÿ’ซ Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan penuh rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka. Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi madrasah tarbiyah untuk membentuk jiwa yang lebih sabar, ikhlas dan bertaqwa.

Firman Allah SWT:

ูŠูŽุง ุฃูŽูŠูู‘ู‡ูŽุง ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ูƒูุชูุจูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู ุงู„ุตูู‘ูŠูŽุงู…ู ูƒูŽู…ูŽุง ูƒูุชูุจูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ู…ูู†ู’ ู‚ูŽุจู’ู„ููƒูู…ู’ ู„ูŽุนูŽู„ูŽู‘ูƒูู…ู’ ุชูŽุชูŽู‘ู‚ููˆู†ูŽ

โ€œWahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.โ€

(Surah Al-Baqarah: 183)

๐Ÿ’ซ Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita memperbanyakkan amal, memperelokkan akhlak dan memperkukuhkan ukhuwah dalam mendidik generasi rabbani.

Ikhlas daripada,
Warga Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Labuan

Membina Generasi Rabbani Murabbi

Want your school to be the top-listed School/college in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Lot A2, Southsea Pearl Residences, Jalan OKK Daud, Kampung Merinding,, WP
Labuan
87000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00