Polis Daerah Labuan
27/05/2026
PENYERAHAN DAGING QURBAN KEPADA WARGA IPD WP LABUAN
Selesai pelaksanaan Program Ibadah Qurban Peringkat IPD WP Labuan 1447H/2026M, sesi penyerahan daging qurban telah dilaksanakan kepada warga IPD Labuan sebagai simbolik perkongsian rezeki dan semangat kebersamaan sempena sambutan Aidiladha.
Program ini bukan sahaja menyemarakkan tuntutan ibadah qurban, malah turut mengeratkan ukhuwah serta memupuk nilai prihatin dan kerjasama dalam kalangan warga IPD Labuan.
22/05/2026
SOLAT JUMAAT PERINGKAT IPD LABUAN
Surau Musolla Ibnu Sina IPD Labuan telah mengadakan Solat Jumaat Peringkat IPD Labuan dengan kehadiran warga PDRM dan masyarakat setempat dalam suasana penuh khusyuk dan harmoni.
Khutbah Jumaat bertajuk “Arafah: Hari Kebangkitan Jiwa” telah disampaikan bagi memberi penghayatan serta peringatan kepada para jemaah tentang kepentingan meningkatkan keimanan, ketakwaan dan muhasabah diri dalam kehidupan seharian.
Program keagamaan seperti ini bukan sahaja mengimarahkan rumah Allah, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara warga IPD Labuan dan komuniti setempat.
Semoga pengisian rohani sebegini dapat terus memperkukuhkan nilai murni serta membentuk warga kerja yang berintegriti dan berakhlak mulia.
“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”
21/05/2026
UCAPAN SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Inspektor Aziz bin Sinring, Ketua Bahagian Logistik & Teknologi Daerah, IPD Labuan. Semoga sentiasa sihat, ceria dan dipermudahkan segala urusan serta terus berjaya dalam kerjaya yang diceburi. Semoga hari yang bermakna ini membawa kegembiraan dan semangat dalam menjalankan tugas.
Daripada:
YDH DSP Robin @ Ridzuan bin Ismail
Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan
21/05/2026
LAWATAN KEBAJIKAN PESARA POLIS & BALU PESARA POLIS IPD LABUAN
21 Mei 2026- Bahagian Hal Ehwal Awam/Pesara Polis IPD Labuan dengan kerjasama SSPDRM Labuan telah mengadakan lawatan kebajikan dan ziarah prihatin ke rumah bekas polis serta balu pesara polis sekitar W.P Labuan.
Lawatan ini bertujuan menyantuni bekas pesara dan balu pesara polis di samping mendapatkan perkembangan semasa berkaitan tahap kesihatan dan kebajikan mereka. Turut disantuni ialah seorang pesara polis yang mengalami kerosakan bumbung rumah akibat angin kencang baru-baru ini serta balu pesara yang mengalami masalah kesihatan serta pergerakan.
Dalam lawatan tersebut, pihak PDRM diwakili oleh ASP Dorarin dan Insp/ SP Claudia turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan atas jasa serta pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia. Turut hadir En Nuwar Amat, Pengerusi Pertubuhan Pesara Polis Malaysia Labuan bersama ahli-ahli yang lain.
Program seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam menjaga kebajikan bekas warga pasukan serta memperkukuhkan hubungan silaturahim antara pesara polis serta waris dan IPD Labuan.
“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Peti Surat 81004, Ibu Pejabat Polis Daerah
Labuan
87000