ADTEC JTM Kampus Labuan
14/05/2026
14/5/2026
ADTEC JTM KAMPUS LABUAN PENERIMA SIJIL PENGHARGAAN RAKAN KERJASAMA STRATEGIK SEMASA MAJLIS GRADUASI KALI KE 12 ABM-CIDB ZON SABAH DI HOTEL SHERATON KOTA KINABALU SABAH
ADTEC JTM Kampus Labuan telah dipilih sebagai penerima sijil Penghargaan rakan Kerjasama strategik sempena Majlis Graduasi kali ke 12 ABM - CIDB Zon Sabah yang diadakan di Hotel Sheraton, Kota Kinabalu, Sabah.
Pengarah Institut ini Tuan Imalistyahusnanjaya Bin Mat Hussin telah menerima sijil penghargaan tersebut yang disampaikan oleh YBhg Dato Ir Hj Yusuf Bin Hj Abdul Wahab , Pengerusi CIDB Malaysia.
Usahasama melalui memorandum kerjasama yang ditandatangani tahun 2025 antara kedua belah pihak sentiasa disuburkan dengan pelbagai program seperti perlaksanaan Kursus Kompetensi ABM-CIDB berpusat di ADTEC JTM Kampus Labuan.
Perkongsian Teknologi dan maklumat juga sentiasa dikemaskini bagi memantapkan TVET untuk kemajuan anak bangsa Malaysia khususnya buat warga Wilayah Persekutuan Labuan serta Sabah.
"๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐๐๐๐๐๐"
"๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐,
๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐ฏ๐๐
๐๐๐๐"
#๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
#๐๐๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐๐๐ง๐๐ง๐ข๐๐ข๐๐๐๐๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐ #๐๐๐๐
#๐ง๐ฉ๐๐ง #๐ง๐ฉ๐๐ง๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ
#๐๐ง๐ #๐๐๐๐ง๐ #๐๐ฆ๐
#๐๐๐ฃ #๐๐๐ง๐๐ #๐๐ ๐ง๐
#๐น๐ถ๐ณ๐ฒ๐น๐ผ๐ป๐ด๐น๐ฒ๐ฎ๐ฟ๐ป๐ถ๐ป๐ด
#๐ฆ๐ธ๐ถ๐น๐น๐๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ๐ฎ.๐ฌ
#๐ฆ๐ธ๐ถ๐น๐น๐๐ฐ๐๐น๐น
10/05/2026
๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ || ๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐ | ๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐ข๐ฅ ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐๐ซ ๐๐ง๐จ๐ฏ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ฌ๐ซ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ซ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ก๐๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐ ๐๐ง๐๐ข๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
Jabatan Tenaga Manusia (JTM) turut memeriahkan Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri, Datoโ Seri Anwar Ibrahim bersama Mahasiswa India Malaysia yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya hari ini. Kehadiran JTM dalam program anjuran MITRA dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) ini membuktikan peranan kritikal jabatan dalam memperkasa masa depan kerjaya mahasiswa melalui TVET.
Delegasi JTM diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, YBhg. Datuk Rospiagos Taha, yang turut meluangkan masa memberikan penerangan terperinci mengenai pelbagai cabang kemahiran TVET yang ditawarkan oleh ADTEC JTM di bawah seliaan JTM kepada YAB Perdana Menteri.
Melalui pameran interaktif yang disediakan, para mahasiswa dan pengunjung didedahkan kepada keupayaan teknologi tinggi yang menjadi teras latihan di JTM, antaranya:
* ADTEC JTM Kota Bharu: Demonstrasi laser jet printing bagi penghasilan seni reka kayu berketepatan tinggi.
* ADTEC JTM Pedas: Paparan teknologi pembuatan masa hadapan melalui demonstrasi reka bentuk 3D menggunakan mesin pencetak produk 3D.
* ADTEC JTM Kuala Lumpur: Pendedahan mengenai ekosistem dan pengoperasian teknologi dron terkini bagi kegunaan industri.
YAB Perdana Menteri turut melawat ruang pameran JTM menzahirkan rasa tertarik dan kagum terhadap hasil produk inovatif yang dipamerkan. Sesi interaksi ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran teknikal yang ditawarkan oleh JTM adalah selari dengan keperluan industri masa kini.
Penyertaan proaktif ini mencerminkan komitmen berterusan JTM di bawah KESUMA dalam menyediakan akses kepada peluang pembangunan kemahiran, pendedahan teknologi industri, dan laluan kerjaya yang lebih jelas ke arah memartabatkan TVET sebagai pilihan utama bakat muda Malaysia.
"๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐๐๐๐๐๐"
"๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐,
๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐ฏ๐๐
๐๐๐๐"
#๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
#๐๐๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐๐๐ง๐๐ง๐ข๐๐ข๐๐๐๐๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐ #๐๐๐๐
#๐ง๐ฉ๐๐ง #๐ง๐ฉ๐๐ง๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ
#๐๐ง๐ #๐๐ฆ๐ #๐๐๐๐๐๐
#๐๐๐ง๐๐๐๐๐ #๐๐ ๐ง๐ #๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
#๐น๐ถ๐ณ๐ฒ๐น๐ผ๐ป๐ด๐น๐ฒ๐ฎ๐ฟ๐ป๐ถ๐ป๐ด
#๐ฆ๐ธ๐ถ๐น๐น๐๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ๐ฎ.๐ฌ
#๐ฆ๐ธ๐ถ๐น๐น๐๐ฐ๐๐น๐น
07/05/2026
07/05/2026
LAWATAN PENDEDAHAN INDUSTRI (INDUSTRIAL EXPOSURE) PELAJAR TEKNOLOGI KIMPALAN ADTEC JTM KAMPUS LABUAN KE PETRA MAIN YARD
7 pelajar dan 2 pengajar serta wakil CESS hadir ke lawatan pendedahan industri di Syarikat Petra Main Yard Wilayah Persekutuan Labuan.
Pelajar didedahkan proses kimpalan Paip Dan gas serta kerja kerja berkaitan sesuai dengan bidang yang diceburi.
Pelbagai nasihat serta perkongsian industri disampaikan wakil syarikat yang menjadi pencetus semangat serta sentiasa terus berjuang didunia kemahiran TVET ini.
Syarikat juga sedia mengambil pelajar untuk latihan industri serta memberi peluang pekerjaan bagi yang layak nanti.
Pendedahan ini membolehkan pelajar semester awal ini melihat sendiri realiti alam pekerjaan di Industri kelak.
"๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐๐๐๐๐๐"
"๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐,
๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐ฏ๐๐
๐๐๐๐"
#๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
#๐๐๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐๐๐ง๐๐ง๐ข๐๐ข๐๐๐๐๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐ #๐๐๐๐
#๐ง๐ฉ๐๐ง #๐ง๐ฉ๐๐ง๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ
#๐๐ง๐ #๐๐๐๐ง๐ #๐๐ฆ๐
#๐๐๐ฃ #๐๐๐ง๐๐ #๐๐ ๐ง๐
#๐น๐ถ๐ณ๐ฒ๐น๐ผ๐ป๐ด๐น๐ฒ๐ฎ๐ฟ๐ป๐ถ๐ป๐ด
#๐ฆ๐ธ๐ถ๐น๐น๐๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ๐ฎ.๐ฌ
#๐ฆ๐ธ๐ถ๐น๐น๐๐ฐ๐๐น๐น
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Labuan
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 16:30 |
| Tuesday | 07:30 - 16:30 |
| Wednesday | 07:30 - 16:30 |
| Thursday | 07:30 - 16:30 |
| Friday | 07:30 - 16:30 |