PASTI Ar Raudhah 1 WP Labuan
🍓🍍🥝 PROJEK AULAD :TEMA KULINARI ( SATAY BUAH 🍢✨)
Alhamdulillah, anak-anak seronok belajar sambil beraktiviti menyediakan satay buah yang berwarna-warni dan sihat 😍
Melalui projek ini, mereka dapat mengenal pelbagai jenis buah-buahan, belajar kreativiti serta meningkatkan kemahiran motor halus. 🍎🍇🍌
Terima kasih kepada ibu bapa atas kerjasama dan sokongan yang diberikan ❤️
Semoga anak-anak terus bersemangat belajar melalui aktiviti yang menyeronokkan 🥰
07/05/2026
📍 Lawatan ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
🗓️ 29 April 2026 | Rabu
Alhamdulillah, murid-murid PASTI berpeluang melawat Maritim WP Labuan sempena Projek Aulad (Kerjaya). 🚤⚓
Lawatan ini memberi pendedahan kepada murid tentang tugas dan peranan anggota maritim dalam menjaga keselamatan perairan negara serta memperkenalkan kerjaya dalam bidang penguatkuasaan dan keselamatan laut.
Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah dan memberi manfaat buat semua murid. 💙✨
PROJEK AULAD MINGGU KE-4 : TEMA KERJAYA ⚓️👮♂️✨
Alhamdulillah, anak-anak PASTI Ar-Raudhah 1 berpeluang membuat Lawatan Sambil Belajar ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan sempena Projek Aulad Minggu Ke-4 (Tema Kerjaya).
Lawatan ini memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang peranan dan tanggungjawab warga maritim dalam menjaga keselamatan perairan negara, selain menanam rasa hormat serta semangat cintakan tanah air. 🇲🇾🌊
Terima kasih diucapkan kepada pihak APMM Labuan atas layanan mesra, penerangan yang sangat bermanfaat serta pengalaman yang bermakna buat anak-anak.
Semoga lawatan ini menjadi kenangan indah dan memberi inspirasi kepada anak-anak untuk bercita-cita tinggi di masa hadapan. 🌟
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Labuan
87000