51 Komp Komposit KPD Labuan

51 Komp Komposit KPD Labuan

Share

Photos from Royal Service Corps - RSC's post 21/01/2022

Dengan rasminya, pasukan 51 Kompeni Komposit KPD Labuan telah bertukar designasi kepada 75 Bn KPD.

01/07/2021

SELAMAT HARI ULANG TAHUN PASUKAN 51 KOMPENI KOMPOSIT KPD LABUAN KE-15

Didoakan agar Sambutan HUT Psk yang disambut pada 1 Julai setiap tahun,
akan menjadikan setiap warga pasukan terus komited menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diberikan tidak kira masa dan situasi dalam menghadapi cabaran pada masa kini.

"Berkhidmat Kepada Semua"

Photos from 51 Komp Komposit KPD Labuan's post 04/05/2021

Perlawanan persahabatan bola sepak antara 51 KKKPD bersama PDRM Labuan

Photos from 51 Komp Komposit KPD Labuan's post 21/04/2021

LAWATAN PENGERUSI KPD KE-13

WP LABUAN: Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Mej Jen Meor Anuar Shuhaili bin Mohd Ramli telah melaksanakan Lawatan Kerja ke 51 Kompeni Komposit Kor Perkhidmatan Diraja Labuan (51 KKKPD) pada 19 dan 20 April 2021.

Ketibaan beliau disambut oleh PS 1 KPD 5 Div, Lt Kol Arizal bin Ariffin dan Pegawai Pemerintah 51 KKKPD, Kapt Norazuan bin Mohamad. Terdahulu, Mej Jen Meor Anuar Shuhaili bin Mohd Ramli diberikan penghormatan untuk memeriksa Kawalan Kuarter di Balai Pengawal 51 KKKPD.

Lawatan Kerja ini diteruskan dengan Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Pasukan dan acara pemakaian pangkat yang melibatkan seorang Pegawai dan tiga anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Turut hadir dalam lawatan kerja ini adalah barisan Pegawai Pemerintah dari unit bawah naungan 51 KKKPD iaitu SBTD Lok Kawi, 575 PP Tawau dan 675 Transit Kota Kinabalu.

Lawatan Kerja ini selari dengan Tonggak PTD yang Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

Diharapkan dengan Lawatan sebegini bukan sahaja dapat memperkasakan keutuhan organisasi malah dapat mewujudkan satu organisasi yang mampan dan berdaya saing.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kem Brooke, Jalan Sawangan Cina
Labuan
87000