SMK Pantai WP Labuan
23/05/2026
KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-24 (KEJO24) SMK PANTAI 2026
Tarikh: 14 - 17 Mei 2025
Tempat: Padang SMK Pantai
MATLAMAT RPM 2026-2035:
Melahirkan insan sejahtera yang beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan dan berkeyakinan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Teras Strategik 2:
Mengoptimumkan potensi setiap murid melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk menjadi warganegara global.
SMK Pantai telah berjaya menganjurkan Kejohanan Olahraga Kali Ke-24 (KEJO24) SMK Pantai 2026 yang berlangsung selama empat hari dengan penuh semangat kesukanan, kerjasama dan saingan sihat dalam kalangan warga sekolah.
Pada hari pertama dan kedua kejohanan, acara padang yang dipertandingkan ialah Lompat Tinggi, Lompat Jauh, Lontar Peluru, Lempar Cakera, Rejam Lembing dan Lompat Kijang bagi semua kategori L15, P15, L18, P18, PPKI (L) dan PPKI (P).
Hari ketiga dan keempat p**a diteruskan dengan acara balapan melibatkan kategori L15, P15, L18, P18 dan PPKI di peringkat separuh akhir dan akhir. Antara acara yang dipertandingkan ialah 1500m, 60m PPKI, 100m, 100m Berpagar, 110m Berpagar, 400m, 800m, 200m dan 4x400m.
Tidak dilupakan acara larian 8 x 50m yang melibatkan guru-guru setiap rumah sukan yang turut menceriakan suasana kejohanan dan mendapat sorakan gemuruh daripada para pelajar.
Majlis perasmian kejohanan pada hari pertama telah disempurnakan oleh Encik Ismail bin Abdullah, Pengetua SMK Pantai. Majlis penutupan p**a telah diadakan pada sebelah petang hari keempat kejohanan dan dirasmikan oleh En. Ismail bin Abdullah, Pengetua SMK Pantai. Turut hadir ialah En. Muslim bin Mustapa, TYDP PIBG, Pn. Wan Azmona binti Wan Mohamed, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Wilter Jonathan Ebang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Samsul bin Mandisin, Penolong Kanan Kokurikulum serta Pn. Hidayah binti Abd Rahim, Penolong Kanan PPKI.
š Berikut ialah kutipan pingat KEJO24 (acara yang dipertandingkan dari hari Khamis hingga Ahad):
1. Ignus = 16 pingat emas
2. Terra = 15 pingat emas
3. Aqua = 12 pingat emas
4. Ventus = 5 pingat emas
ANUGERAH OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI KEJO24
Syabas dan tahniah diucapkan kepada permata-permata sukan sekolah dan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama:
OLAHRAGAWAN L15:
Muhammad Ashraf Danish bin Mohd Saifullah (Ignus)
Pencapaian: Memecah rekod bagi acara Lempar Cakera dan Lontar Peluru
OLAHRAGAWATI P15:
Marissa Elisa Christie binti Abdullah (Aqua)
Pencapaian: Meraih 3 Emas Individu
OLAHRAGAWAN L18:
Mohammad Azbee bin Kamarudin (Terra)
Pencapaian: Memecah rekod bagi acara Lompat Jauh
OLAHRAGAWATI P18:
Nur Shafifi Shafira binti Sambarin (Terra)
Pencapaian: Meraih 3 Emas Individu
š Manakala ini p**a adalah keputusan rasmi keseluruhan selepas ditambah dengan pingat bagi kejohanan Merentas Desa, Sukantara dan Pertandingan Khemah Rumah Sukan Terbaik
Rumah sukan Terra dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan dengan kutipan 21 pingat emas.
KEDUDUKAN KESELURUHAN
1. Terra = 21 emas
2. Ignus = 20 emas
3. Aqua = 19 emas
4. Ventus = 7 emas
Tahniah diucapkan kepada para atlet, rumah sukan dan seluruh warga sekolah atas komitmen padu sepanjang kejohanan. Semoga kejohanan yang penuh memori ini diteruskan dengan momentum yang lebih bersemangat pada masa hadapan. Terus lari demi kecemerlangan sukan SMK Pantai, KEJORA jumpa lagi tahun hadapan!
āSMK PANTAI MENGANGKAT MARTABAT MURIDā
20/05/2026
KEJOHANAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS MSSM PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-5 2026
TARIKH : 20 MEI 2026
TEMPAT : TANJUNG PUTERI GOLF & RESORT, PASIR GUDANG, JOHOR DARUL TAāZIM
MATLAMAT RPM 2026 - 2035 :
Melahirkan insan sejahtera yang beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan dan berkeyakinan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Teras Strategik 2 :
Mengoptimumkan potensi setiap murid melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk menjadi warganegara global.
Sasaran Wajib Capai yang Ke-7 :
āSemua Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) mencapai tahap potensi mengikut keupayaan masing - masingā
Setinggi - tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Siti Puteri Rania Nor Aliysia binti Mohd Sani telah mendapat Top 20 (Kedudukan Ke 17) daripada 48 orang peserta bagi Kategori P15.
Tahniah juga kepada semua Kontinjen Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Pantai WP Labuan, atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSM Peringkat Kebangsaan Kali Ke - 5 2026, yang telah berlangsung di Johor Darul Taāzim.
Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, disiplin yang tinggi, semangat juang yang kental serta komitmen berterusan daripada semua pihak yang terlibat. Pencapaian yang diraih bukan sahaja membanggakan sekolah, malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga Pendidikan Khas untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang sukan. Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin untuk terus mencapai prestasi yang lebih cemerlang pada masa hadapan serta mengharumkan nama negara di platform yang lebih tinggi.
KEPUTUSAN RASMI MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-5 2026 :
1. SITI PUTERI RANIA NOR ALIYSIA BINTI MOHD SANI (P15) - Tempat Ke-17 (TOP 20)
2. ā FIDYATUL UMAIRA BINTI ROSLI (P15) - Tempat Ke-31
3. ā NUR QALESYA KARTINI BINTI MOHAMAD HASDI (P19) - Tempat Ke-41
4. ā SITI NUR SHAFIQAH (P19)- Tempat Ke-42
5. ā MUHAMMAD ASHRAF BIN SAAID (L15) - Tempat Ke-43
6. ā RIYAN JAZSRUL DANIEL BIN ABDULLAH (L19) - Tempat Ke-44
āSMK PANTAI MENGANGKAT MARTABAT MURIDā
09/05/2026
KETANGKASAN RAKET TENIS SMK PANTAI MSSWPL 2026
MATLAMAT RPM 2026-2035:
Melahirkan insan sejahtera yang beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan dan berkeyakinan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Teras Strategik 2:
Mengoptimumkan potensi setiap murid melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk menjadi warganegara global.
Pasukan Tenis SMK Pantai mempamerkan aksi penuh semangat juang sepanjang Kejohanan Tenis MSSWPL 2026 yang berlangsung pada 6 hingga 8 Mei 2026 di Gelanggang Tenis Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Ketangkasan setiap hayunan raket atlet kita telah membuahkan hasil yang membanggakan buat warga sekolah.
š PENCAPAIAN INDIVIDU
⢠Johan (P15): Nur Adlina Damia binti Ashady (1 UNIMAS)
⢠Tempat Ketiga (P15): Irdinarafhana Alisha binti Iswandy (2 UMS)
⢠Tempat Ketiga (L18): Muhammad Khairul Nabil bin Wardihan (5 UM)
š KEPUTUSAN KESELURUHAN:
TEMPAT KETIGA KESELURUHAN
KATEGORI PASUKAN P15
Syabas dan tahniah kepada atlet tenis SMK Pantai! Kejayaan manis ini adalah refleksi jelas usaha berterusan pihak sekolah dalam mengangkat martabat murid melalui kecemerlangan bidang kokurikulum. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat barisan jurulatih, guru penasihat, serta ibu bapa yang menjadi tulang belakang dalam menyokong bakat anak-anak ini sehingga ke puncak jaya.
Teruskan mengharumkan nama sekolah, warga SMK Pantai!
āSMK PANTAI MENGANGKAT MARTABAT MURIDā
09/05/2026
SMK PANTAI 'BERENANG' MENUJU KEJAYAAN MSSWPL 2026
MATLAMAT RPM 2026-2035:
Melahirkan insan sejahtera yang beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan dan berkeyakinan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Teras Strategik 2:
Mengoptimumkan potensi setiap murid melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk menjadi warganegara global.
Kolam Renang Labuan International School (LIS) menjadi saksi kehebatan jaguh renang pasukan SMK Pantai dalam Kejohanan Akuatik MSSWPL 2026 yang berlangsung dari 4 hingga 7 Mei. Pasukan renang sekolah bukan sahaja berjaya membawa p**ang pingat, malah mencatatkan kedudukan yang membanggakan di peringkat keseluruhan.
SINAR BINTANG BAHARU
Saudari Nur Alma Arissa Nabihah binti Mohd Alizan (P15) mencuri tumpuan kejohanan dengan kutipan medal yang membanggakan. Beliau berjaya merangkul 6 pingat individu:
⢠1 Emas: 50m Breaststroke
⢠5 Perak: 50m Butterfly, 100m Breaststroke, 200m Freestyle, 100m Freestyle, 50m Freestyle
SEMANGAT JUANG TINGGI
Turut memberikan saingan sengit dan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, Muhammad Irsyad Altamis bin Mohd Ilyas (L15)
⢠Tempat Ke-11 (50m Breaststroke)
⢠Tempat Ke-14 (50m Freestyle)
š PENCAPAIAN KESELURUHAN
Berkat usaha gigih para atlet renang, SMK Pantai berjaya menduduki:
TEMPAT KETIGA KESELURUHAN
Syabas dan tahniah kepada semua atlet atas komitmen dan semangat juang yang tinggi. Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada para jurulatih, guru penasihat, dan ibu bapa atas dedikasi serta sokongan padu yang menjadi tunjang kepada kejayaan manis ini. Semoga usaha murni ini terus melahirkan modal insan yang cemerlang dan berdaya saing.
Teruskan melangkah jauh dan teruskan berenang menuju puncak kejayaan, warga SMK Pantai!
āSMK PANTAI MENGANGKAT MARTABAT MURIDā
09/05/2026
SMK PANTAI JAGUH MEMANAH MSSWPL 2026
MATLAMAT RPM 2026-2035:
Melahirkan insan sejahtera yang beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan dan berkeyakinan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Teras Strategik 2:
Mengoptimumkan potensi setiap murid melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk menjadi warganegara global.
Panah tepat ke sasaran! Tahniah diucapkan kepada Pasukan Memanah SMK Pantai atas kejayaan dalam Kejohanan Memanah MSSWPL 2026 yang telah berlangsung pada 5 hingga 7 Mei lepas. Pasukan ini berjaya menyapu kedudukan podium dalam pelbagai kategori jarak dan keseluruhan. Berikut adalah keputusan penuh pencapaian SMK Pantai:
šÆ KATEGORI INDIVIDU (MENGIKUT JARAK)
Lelaki Bawah 15 (L15)
⢠Johan Jarak 50m dan Johan Jarak 30m: Muhammad Azam bin Muhammad Taufik
Perempuan Bawah 15 (P15)
⢠Johan Jarak 30m dan Naib Johan Jarak 50m: Nursyafiqah binti Razali
⢠Johan Jarak 50m dan Ketiga Jarak 30m: Christabel Ann Kolinggim
Lelaki Bawah 18 (L18)
⢠Johan Jarak 60m dan Naib Johan Jarak 50m: Muhammad Raqib Aāisy bin Mohd Anizam
⢠Ketiga Jarak 60m: Muhammad Danish Haziq bin Lailee
⢠Ketiga Jarak 50m: Nazim Khairi bin Kasnan
š KEPUTUSAN KESELURUHAN
Kehebatan konsisten atlet kita membuahkan hasil apabila mereka dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan bagi:
⢠Johan Keseluruhan L15: Muhammad Azam bin Muhammad Taufik
⢠Johan Keseluruhan P15: Nur Syafiqah binti Razali
⢠Naib Johan Keseluruhan P15: Christabel Ann Kolinggim
⢠Naib Johan Keseluruhan L18: Muhammad Raqib Aāisy bin Mohd Anizam
⢠Ketiga Keseluruhan L18: Nazim Khairi bin Kasnan
Syabas dan tahniah kepada semua atlet! Kemenangan ini adalah hasil latihan berterusan dan disiplin yang tinggi. Tidak lupa penghargaan buat para jurulatih, guru penasihat dan ibu bapa atas dedikasi dan sokongan padu dalam meraih kejayaan manis ini. Teruskan melangkah jauh, warga SMK Pantai!
āSMK PANTAI MENGANGKAT MARTABAT MURIDā
09/05/2026
SMK PANTAI GEMILANG DI PADANG GOLF MSSWPL 2026
MATLAMAT RPM 2026-2035:
Melahirkan insan sejahtera yang beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan dan berkeyakinan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Teras Strategik 2:
Mengoptimumkan potensi setiap murid melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk menjadi warganegara global.
Pasukan Golf SMK Pantai telah membuktikan taring apabila berjaya meraih keputusan cemerlang dalam Kejohanan Golf MSSWPL 2026 yang berlangsung di Labuan Golf Club (LGC) pada 6 - 7 Mei 2026. Sepanjang dua hari kejohanan, atlet-atlet muda sekolah kita telah mempamerkan semangat juang yang tinggi serta teknik pukulan yang padu, sekaligus mengharumkan nama sekolah dengan membawa p**ang deretan pingat.
Berikut adalah keputusan penuh pencapaian murid SMK Pantai:
š PENCAPAIAN INDIVIDU
⢠Johan (L15): Muhammad Alghifary Zuhayr bin Mohd Sharif
⢠Johan (P15): Nur Jahyezah binti Aznan
⢠Naib Johan (L18): Muhammad Airil Zaky bin Haris
⢠Naib Johan (P18): Nur Ayu Alesya binti Mohd Aizam
⢠Tempat Ke-5 (P15): Christine Ann Sinompuri
š PENCAPAIAN KESELURUHAN
Bukan sekadar kejayaan individu, SMK Pantai juga cemerlang di peringkat kategori keseluruhan:
1. Johan Keseluruhan (Kategori L15)
2. Johan Keseluruhan (Kategori P15)
3. Naib Johan Keseluruhan (Kategori L18)
4. Naib Johan Keseluruhan (Kategori P18)
Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua atlet, guru penasihat, jurulatih dan ibu bapa atas dedikasi serta sokongan yang membuahkan hasil luar biasa ini.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat murid-murid lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan dan akademik.
āSMK PANTAI MENGANGKAT MARTABAT MURIDā
29/04/2026
PROGRAM HENTIKAN BULI
Tarikh: 28 April 2026 (Selasa)
Sasaran: Semua murid Tingkatan 1 & Tingkatan 2
Matlamat RPM 2026ā2035
Melahirkan insan sejahtera yang beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan dan berkeyakinan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Teras Strategik 2:
Mengoptimumkan potensi setiap murid melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk melahirkan warganegara global.
Teras Strategik 5:
Mempergiat sinergi dan kerjasama antara institusi pendidikan KPM dengan semua pihak berkepentingan.
Program Hentikan Buli telah dilaksanakan dengan jayanya bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang kepentingan membanteras gejala buli serta mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan sejahtera.
Majlis dimulakan dengan perasmian Kempen Hentikan Buli yang telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Encik Ismail bin Abdullah. Seterusnya, program diteruskan dengan Ceramah Hentikan Buli yang disampaikan oleh ASP Rahmat bin Muda, Pegawai Perhubungan Sekolah SMK Pantai.
Diharapkan program ini dapat memupuk kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri setiap pelajar untuk bersama-sama menolak budaya buli, seterusnya menyumbang ke arah pembentukan persekitaran sekolah yang lebih positif, selamat dan bebas daripada sebarang bentuk buli.
āHENTIKAN BULI! TINDAKAN ANDA MEMUSNAHKAN MASA DEPAN.ā
āSMK PANTAI MENGANGKAT MARTABAT MURID.ā
23/04/2026
MAJLIS BAIāAH DAN AKU JANJI CALON SPM 2026 SMK PANTAI
Matlamat RPM 2026ā2035
Melahirkan insan sejahtera yang beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan dan berkeyakinan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Teras Strategik 1:
Memastikan Sistem Pendidikan Malaysia yang terangkum, dinamik, dan relevan.
Teras Strategik 2:
Mengoptimumkan potensi setiap murid melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk melahirkan warganegara global.
Teras Strategik 5:
Mempergiat sinergi dan kerjasama antara institusi pendidikan KPM dengan semua pihak berkepentingan.
Majlis Baiāah dan Aku Janji Calon SPM 2026 SMK Pantai telah berlangsung dengan jayanya pada 22 April 2026 (Rabu), jam 7.00 pagi. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Yahya bin Ahmad Puteh, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh adik Muhammad Faez Fitri bin Charles Lee Mun Swee dari kelas 5 UKM bagi memohon keberkatan dan kelancaran majlis.
Seterusnya, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengetua SMK Pantai, Encik Ismail bin Abdullah, yang menzahirkan harapan agar semua calon memberikan komitmen sepenuhnya dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan amanat penuh inspirasi daripada Yang Berusaha Encik Yahya bin Ahmad Puteh, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan kepada para calon sebagai panduan serta pembakar semangat dalam menghadapi peperiksaan SPM yang bakal menjelang.
Kemuncak majlis menyaksikan bacaan ikrar oleh adik Neana Fernanda binti Zainal dari kelas 5 UKM, diikuti dengan acara simbolik menandatangani Aku Janji sebagai lambang komitmen bersama antara murid, ibu bapa dan pihak sekolah ke arah kecemerlangan SPM 2026. Simbolik tersebut melibatkan wakil murid, Nur Naila Syahirah binti Syahiran (5 UPM), wakil ibu bapa, Puan Nellina binti Sidup, serta wakil guru, Cikgu Norazlina binti Nordin.
Diharapkan agar baiāah atau aku janji yang dilafazkan menjadi pemangkin kepada semangat dan iltizam para calon untuk terus berusaha dengan gigih sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2026.
āSMK PANTAI MENGANGKAT MARTABAT MURIDā
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai, Peti Surat 81755, Jalan Pohon Batu
Labuan
87027