Kulim Utama Football Club
24/04/2026
IT'S MATCHDAY! ⚔️
Perlawanan pertama KU2FC selepas bercuti panjang sempena Syawal.
KU2FC akan berentap mendapatkan kemenangan menentang DACS Padang Serai.
Semoga berjaya team!
🌙 *SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447 HIJRAH* 🌙
Bagi pihak *Pengurusan*
*Kelab Bola Sepak Kulim Utama 2 (KU2 FC)*,
kami mengucapkan *Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin*
kepada seluruh pemain, jurulatih, penyokong serta keluarga besar KU2 FC.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa *keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan lagi ukhuwah* antara kita semua.
Di kesempatan ini, kami juga ingin memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan sepanjang perjalanan bersama.
Teruskan melangkah dengan *semangat satu pasukan, satu hati* — di dalam dan di luar padang.
*KU2 FC – Satu Pasukan, Satu Hati* ⚽💙
10/03/2026
Tahniah Mohamad Mokhzani Al-Hanafi Moja!!
2 gol cantik rembatan jauh dalam perlawanan ini.
Kerja keras pasti dibayar. Keep it up!
10/03/2026
BERSERI-SERI DI RAMADHAN 🌟
KU2FC gagal memanfaatkan 4 gol selepas seri menentang AT&S malam tadi.
Suku pertama perlawanan KU2FC bermula dengan agak gemuruh selepas bolos pada awal permainan kepada AT&S. Selepas mendapat rentak, KU2FC berjaya menyamakan kedudukan sebelum wisel tamat masa pertama hasil hantaran silang cantik Joe di far post pihak lawan dan disempurnakan baik oleh Edie.
Babak suku kedua kedua-dua pasukan bermain seimbang, namun KU2FC berjaya menyempurnakan gerakkan counter-attack dan berjaya menjaringkan gol kedua melalui lorongan baik dari Rosseni dan disempurnakan dengan rembatan jauh yang cantik dari Moja.
Suku ketiga, KU2FC lebih dominan dan menguasai perlawanan. Gol ketiga KU2FC sekali lagi dijaringkan oleh Moja dengan rembatan cantik menewaskan penjaga gol pihak lawan melalui hantaran baik Amzar. Akhir babak suku ketiga sekali lagi tampak sempurna apabila Edie Zaidi berjaya mendapatkan gol perlawanan kedua beliau hasil kerja keras memenangi bola dari pertahanan pihak lawan menjadikan KU2FC mendahului AT&S 4-1.
Babak keempat memiliki skrip yang berbeza. AT&S lebih mendominasi perlawanan lebih merbahaya dan beberapa kali berjaya menembusi pertahanan KU2FC. Kesungguhan mereka membuahkan hasil apabila berjaya dihadiahkan gol kontroversi menjadikan skor 4-2. Asakkan diteruskan terhadap KU2FC dan membuahkan hasil apabila permain pertahanan menjaringkan gol sendiri hasil bola muntah penjaga gol KU2FC. Gol penyamaan AT&S hadir di minit-minit akhir perlawanan apabila kesilapan mudah menjadikan perlawanan berkesudahan 4-4!
Komentar perlawanan:
Makan gulai kambing banyak! 🤣
09/03/2026
RAMADHAN MATCHDAY! ⚔️
Alhamdulillah dah lebih separuh Ramadhan berlalu, murtabak, sirap bandung, nasi tomato dan bermacam juadah pemain "belasah" ketika berbuka. AT&S Kulim akan jadi "sparring partner" KU2FC malam ni, bagi melembutkan urat-urat player dah lama bercuti.
Let's GO!
18/02/2026
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
Alhamdulillah, Allah masih beri kita peluang bertemu Ramadhan. Bulan untuk perbaiki diri, perbanyakkan amal dan dekatkan hati kepada Allah.
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada yang lalu.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Apabila datang bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga.”
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Moga Allah terima setiap usaha kita, walau sekecil mana.
15/02/2026
PERBAIKI SENTUHAN PERTAMA ANDA ⬇️ Ini Caranya!
Jika bola selalu terlepas daripada kawalan anda ketika menerima hantaran, biasanya itu bukan kerana “sentuhan yang teruk”… tetapi kerana tabiat yang salah.
Dua kesilapan biasa yang saya selalu nampak:
1️⃣ Kaki terlalu keras
Jika buku lali anda terkunci dan terlalu tegang, bola akan melantun jauh daripada anda dan bukannya berhenti dengan baik. Anda sebenarnya sedang menendang bola, bukan menerima bola.
2️⃣ Tidak bersedia lebih awal
Jika anda berdiri tegak dan menghadap lurus tanpa persediaan, anda tidak boleh menyerap atau mengawal arah sentuhan pertama. Kawalan yang baik bermula sebelum bola sampai.
Sekarang ini 3 cara mudah untuk memperbaikinya:
✅ Serap kelajuan bola
Apabila bola sampai, tarik sedikit kaki ke belakang untuk menyerap kelajuan bola.
✅ Buka badan lebih awal
Pusing pinggul sebelum hantaran sampai supaya anda boleh bermain ke hadapan dengan lebih cepat.
✅ Arahkan sentuhan pertama
Jangan hanya berhentikan bola. Sentuh bola ke ruang kosong dan fikir tindakan seterusnya.
Sentuhan pertama anda menentukan apa yang akan berlaku selepas itu. ⚽🔥
TikTok · Kulim Utama 2 FC Check out Kulim Utama 2 FC’s post.
13/02/2026
"Why do we fall? So that we can learn to pick ourselves up."
"Kenapa kita jatuh? Supaya kita boleh belajar untuk bangun."
Alfred Pennyworth
Kita menang berpasukan, kalah pun berpasukan. KU2FC lebih dari sekadar bola, ini adalah keluarga. ❤️
Kita pasti bangkit!
13/02/2026
KEMENANGAN TERTANGGUH. ⏳️
Misi kemenangan KU2 sebelum Ramadhan ditangguhkan pada perlawanan malam tadi menentang juara Liga 9 Sebelah Kulim 2025. Suku masa pertama, KU2 bermain dengan cukup disiplin berjaya menghalang asakan bertalu-talu dari TS, namun asakkan TS berjaya mendatangkan hasil sebelum wisel ditiup.
Suku masa kedua perlawanan lebih seimbang antara kedua-dua pasukan. KU2 berjaya memperoleh peluang untuk menyamakan kedudukan apabila pengadil menghadiahkan sepakan percuma di dalam kotak penalti tetapi percubaan dari KU2 sedikit tersasar.
Di awal suku masa ketiga, perlawanan bermula seimbang, namun TS berjaya mendapatkan gol kedua dengan rembatan rendah yang baik. KU2 meneruskan misi mencari gol melalui Mejar Ariff yang menghasilkan "cross" yang cantik dan disempurnakan baik oleh Edie ke gawang TS menjadikan perlawanan 2-1.TS menguasai seluruh baki permainan dan berjaya menjaringkan gol ke 3 hasil kesilapan mudah pemain KU2 dan kesilapan penjaga gol.
Di suku terakhir permainan, KU2 sekali lagi menghadiahkan satu lagi gol mudah melalui kesilapan mudah pemain pertahanan KU2 menjadikan KU2 tewas 4-1.
Penjaring: Edie Zaidi (assist: Ariff)
12/02/2026
MATCH DAY BOSSKU! ⚔️
Mencari kemenangan ke-2 sebelum menjelang Ramadhan. Baru rasa semangat nak bangun sahur pertama puasa. 😂
Let's GO!!! 🔵⚪️
11/02/2026
Tahniah kepada Warung Cengkih Lontong dan Amin Jamal kerana berjaya dengan Cemerlang dan seterusnya memiliki LESEN D KEJURULATIHAN FAM.
07/11/2025
TAHNIAH Azri Hujan
Visit TikTok to discover videos! Watch, follow, and discover more trending content.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
PERSIARAN UTAMA 4/14 KULIM UTAMA 2
Kulim
09000