TENTH
01/11/2019
Salah faham MRTT
MRTT adalah Mortgage Reduce Term Takaful, iaitu Takaful Gadai Janji yg membayar Loan Rumah jika Peminjam Mati/TPD @ disahkan Sakit Kritikal.
Ramai ejen Takaful tak faham tentang kepentingan MRTT sebab itu mereka promosi produk MLTT sebagai ganti. Ejen Takaful tak ada lesen Produk Banca Takaful, sebab tu mereka membuat misleading statement untuk burukkan MRTT tetapi promosikan MLTT.
Sebenarnya, salah satu kelebihan Loan Rumah adalah dapat menyatukan semua hutang hutang sedia ada seperti Personal Loan, Hutang kereta, PTPTN, kad kredit ke dalam satu Loan. Apabila Hutang hutang ini disatukan, secara automatik semua Hutang hutang tadi dilindungi MRTT.
Kelebihan MRTT adalah boleh di MarkUp dalam Loan Rumah dan bayaran premium adalah sekali Lumpsum dan menurun ikut kadar Loan Rumah selama 30 tahun. Yang penting, tak ada isu Lapse.
Berbeza dengan MLTT, kebarangkalian untuk Lapse adalah tinggi.
Tapi ini bukan bermakna anda tak perlu ambil Polisi Takaful Hibah. Sebagai Konsultan Kewangan, saya nasihatkan Client ambil Takaful Hibah sebagai Cashflow belanja keluarga jika hilang pendapatan akibat Mati/TPD dan juga sebagai Tabung Kos Pusaka.
Jika anda mahu satukan Hutang hutang anda ke dalam Loan Rumah yg dilindungi MRTT, anda boleh hubungi saya 0184640701
@ KLIK www.wasap.my/60184640701/PINDAHHUTANGKELOANRUMAH
31/10/2019
Elakkan Muflis semasa bersara!
Ramai pesara menghadapi masalah kesihatan 10 tahun terakhir dalam hidup.
Tanpa Medikal Kad, habis duit simpanan digunakan sehingga Muflis, untuk membayar bil perubatan.
Jadi, penting untuk bakal pesara mengambil Medikal Kad sebelum bersara. Duit sumbangan bulanan yang kecil boleh membantu menampung bil Hospital yg besar.
KWSP juga menyaran agar pendeposit KWSP menyimpan dan mempunyai Passive Income dari sumber selain KWSP sahaja.
Pelbagaikan sumber simpanan di dalam Unit Trust dan belajar menjadi Unit Trust Konsultan/ ejen Takaful separuh masa.
Hubungi Konsultan Kewangan berlesen untuk membuat Perancangan Kewangan:
Sila KLIK www.wasap.my/60184640701/FINANCIALPLANNER
30/10/2019
Outpatient Accident Claim
Ramai yg tak tahu tentang Outpatient Accident Claim, boleh di buat bagi pemegang Polisi medikal kad.
Bergantung pada Polisi, biasanya di hadkan Claim Outpatient Accident pada kadar RM2000/ setiap kemalangan.* Sila baca polisi Takaful Medikal Kad anda.
Selain pemegang Polisi Medikal Kad, mereka yang ambil Takaful Am Personal Accident juga ada kemudahan Outpatient Accident Claim, bergantung pada Polisi. Sila baca Polisi anda dengan teliti.
Anda juga boleh tambah rider Personal Accident untuk Accident Medical Reimbursement di dalam Investment Link Takaful. Rider ini benarkan anda Claim Outaptient untuk Accident.
Sebelum Claim dibuat, kita mestilah faham apa itu Accident yang dibolehkan Claim.
Accident yang boleh Claim adalah accident yang berlaku tak melanggar undang undang dan juga bukan akibat dari rusuhan/ mogok.
Menyertai Perhimpunan Bersih tak layak buat tuntutan Outpatient Accident.
Pergi ke klinik berhampiran dan minta rawatan pesakit luar. Semasa buat bayaran di kaunter, minta doktor tulis di belakang resit diagnos dan rawatan untuk tujuan Claim.
Serahkan resit pada ejen / pergi ke pejabat Syarikat Takaful berdekatan untuk buat Claim.
Jenis jenis kemalangan
1. Kemalangan akibat terjatuh
Tidak perlu report polis, tapi perlu isi borang claim dan accident report oleh pihak Syarikat, dan serahkan resit yg telah disahkan oleh Doktor
2. Kemalangan jalan raya
Perlukan report Polis. Jika memang bukan salah anda, anda berhak buat Pay & Claim.
3. Perbuatan Jenayah
Perlukan report Polis.
4. Kemalangan akibat bersukan
Dibenarkan bagi sukan yg tidak menggunakan alatan seperti bolasepak, berlari, merentas desa, dan lain lain. Sukan basikal tidak layak, tetapi jika berbasikal untuk riadah layak.
5. Kemalangan akibat serangan Haiwan
Di sengat tebuan, di gigit anjing dan sebagainya juga adalah kategori kemalangan yg dibolehkan buat tuntutan
6. Terhidu gas beracun
Walaupun tiada kecederaan fizikal yang kelihatan, ini juga dikategorikan sebagai kemalangan. Tak perlu admit Hospital jika tiada keperluan.
Bagi yang inginkan penerangan lanjut tentang Takaful Personal Accident ini, anda boleh hubungi ejen Takaful berlesen di bawah:
KLIK www.wasap.my/60184640701/TAKAFUL
29/10/2019
7 langkah "Persediaan Bersara"
Tak kisahlah anda nak bersara awal atau bersara wajib pada umur 60, anda perlu pastikan 7 langkah2 berikut:
1. Jika anda ada akaun KWSP, laburkanlah sebahagian dari Akaun1 KWSP ke dalam Unit Trust. Tujuannya untuk mendapatkan lebih dividen. Anda tak perlu risau kerana Akaun1 memang tak boleh dikeluarkan sebelum umur 55, jadi biarkan saja di dalam Unit Trust. Anda boleh check kelayakan anda dengan Unit Trust Consultant www.wasap.my/60184640701/KELAYAKANKWSP1
2. Bukalah akaun Tunai Unit Trust dan simpan secara bulanan dengan potongan direct dari akaun Bank. Kelebihan akaun Tunai Unit Trust, and boleh redeem bila bila saja, tetapi biarlah untuk jangka masa panjang, kalau tiada keperluan.
3. Buka akaun PRS atau Skim Persaraan Swasta dan nikmati pelepasan cukai sebanyak RM3000 setahun. Akaun PRS adalah seperti KWSP, anda boleh keluarkan bila dah berumur 55.
4. Ambil Takaful Hibah sebagai pelan ganti Pendapatan. Jumlah Hibah yg dicadangkan adalah 10x jumlah pendapatan. Lebih baik ambil Polisi Link Investment yg ada TopUp savings, dan jika lepas bersara, anda boleh surrender Polisi Hibah untuk cash out simpanan. Polisi Takaful Hibah layak pelepasan cukai sebanyak RM3000 setahun.
5. Ambil Takaful Perubatan Medikal Kad sebelum bersara. Jika sebelum ini anda ada perlindungan Insurans Syarikat atau GL dari kerajaan, selepas bersara, itu adalah perkara lain. Anda sudah tiada pendapatan, dan 80% penghuni Hospital adalah warga emas. Kebarangkalian anda untuk ke Hospital mendapatkan rawatan adalah sangat tinggi selepas bersara.
6. Pastikan Hutang hutang anda langsai sebelum bersara. Ketika bersara, anda perlukan sebuah rumah dan sebiji kereta tanpa Hutang dan juga Simpanan lain seperti
Simpanan Haji,
Simpanan pendidikan anak anak,
Simpanan Emergency
7. Buatlah Perancangan Harta Pusaka elakkan Harta Terbeku dan bebankan Waris. Perancangan bukan saja untuk diberikan pada Waris, tetapi juga sebagai amalan untuk di bawa ke sana. 1/3 Harta anda boleh di sedekahkan pada diri sendiri.
Jika Hutang anda masih banyak, dan anda mahu saya bantu untuk strukturkan semula kewangan, sila Hubungi 0184640701
Atau KLIK www.wasap.my/60184640701/KONSULTANKEWANGAN
29/10/2019
Kos perubatan Hospital Swasta semakin meningkat
Tahun demi tahun, berlaku inflasi Perubatan kerana harga kos rawatan Hospital swasta meningkat setiap Tahun.
Jadi anda perlukan Medikal Kad yg sesuai yg mampu menampung perbelanjaan kos rawatan Hospital swasta pada masa akan datang.
Apakah ciri-ciri Medikal Kad yg boleh membantu tampung kos perubatan?
1. Tiada Limit Tahunan
Ini adalah perkara terpenting, kerana ada medikal Kad yg Unlimited tapi Limit Tahunan hanya 100K. Jika pada tahun itu memerlukan kos 250K, bagaimana?
2. High Lifetime Limit
Sekurangnya 500K seumur hidup, lebih tinggi lebih bagus. Kebiasaannya, Medikal Kad unlimited akan ada limit tahunan.
3. 100% coverage
Sesetengah Medikal Kad memang murah tapi ada Ko Takaful, anda terpaksa bayar 10% dari kos perubatan. Pastikan Medikal Kad anda membayar 100% bil Hospital
4. Lebih 100 panel Hospital
Dengan Panel Hospital di seluruh negara, mudahkan anda untuk urusan Guarantee Letter, atau anda terpaksa Pay & Claim.
5. Ada TopUp savings
Medikal Kad murah biasanya adalah jenis standalone. Tanpa Unit Saham untuk menolak kos Takaful, premium Medikal Kad akan meningkat setiap 5 tahun. Dan kos Takaful akan meningkat dengan ketara pada umur 40 ke atas. Mampukah anda membayar premium yg tinggi setiap bulan apabila umur semakin tinggi.
Pilihan terbaik adalah memilih Polisi Investment Link di mana Medikal Kad adalah rider pada Polisi tersebut.
Jika anda berminat nak mengetahui lebih lanjut jenis2 Medikal Kad, anda boleh hubungi saya untuk buat janjitemu.
Sila KLIK www.wasap.my/60184640701/MEDIKALKAD
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Taman KTC 4
Kulim
09000