IPD KULIM

IPD KULIM

Share

01/06/2026

https://www.facebook.com/share/p/18FVQ6v63Z/

⚠️JANGAN NANTI JADI MANGSA BARU SEDAR​
Ini adalah modus operandi penipuan belian dalam talian yang semakin berleluasa.​
Keghairahan membeli boleh menyebabkan wang lesap sekelip mata.​

✅ LANGKAH PENCEGAHAN WAJIB AMAL ​

🔍 Semak latar belakang penjual
✅ Beli hanya dari platform berlesen & dipercayai​
⭐ Baca ulasan dan testimoni pembeli​

🚫 JANGAN buat bayaran terus ke akaun peribadi​
📦 Pilih Cash On Delivery (COD) jika ada​
❗ Tawaran terlalu murah = AMARAN SCAM​

🚩 SEMAK DULU SEBELUM BAYAR​
🔎 Guna SEMAKMULE untuk semak akaun bank & nombor telefon​
🔗 https://semakmule.rmp.gov.my/​

🔐 Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.​
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;​
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;​
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan. ​

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:​
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.​
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.​
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.​

🌟 Pesanan Penting: Berhati‑hati sebelum membuat pembelian. Jangan biarkan wang anda lesap sekelip mata.​

Photos from IPD KULIM's post 27/05/2026

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA DAN MAJLIS KORBAN PERINGKAT IPD KULIM

PAGE 2

KULIM, 27 Mei 2026 bertempat di Balai Polis Padang Serai, IPD Kulim telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Majlis Sembelih Korban Peringkat IPD Kulim dalam suasana penuh meriah, harmoni dan semangat kekeluargaan melibatkan seluruh warga IPD Kulim.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YDH DSP Tengku Mohd Faisal Bin Tengku Yeng, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim bersama para pegawai kanan polis, ketua-ketua bahagian, pegawai rendah polis serta pegawai awam IPD Kulim bagi memeriahkan sambutan yang penuh bermakna ini.

Program ini diadakan bagi menghayati pengorbanan dan keikhlasan yang dituntut dalam Islam sempena Hari Raya Aidiladha di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga kerja IPD Kulim. Aktiviti gotong-royong serta penyediaan dan pengagihan daging korban turut dilaksanakan secara bersama-sama dalam semangat kerjasama dan perpaduan.

Majlis sebegini bukan sahaja menjadi medium untuk memupuk nilai kebersamaan dan keprihatinan sesama warga pasukan, malah turut menyemai semangat bantu-membantu, toleransi dan ukhuwah yang kukuh dalam kalangan warga IPD Kulim.

Semoga sambutan Aidiladha pada kali ini memberi keberkatan serta memperkukuhkan lagi semangat kesatuan dan kebajikan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.

Pengurus projek didakwa edar lebih 6kg dadah 26/05/2026

https://www.buletintv3.my/mahkamah/pengurus-projek-didakwa-edar-lebih-6kg-dadah/?utm_source=WA-BuletinTV3&utm_medium=social&utm_campaign=WATraffic

Pengurus projek didakwa edar lebih 6kg dadah Seorang pengurus projek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah di kawasan Taman Kenari, minggu lalu....

24/05/2026

PENGUATKUASAAN TERHADAP KEGIATAN PENJAJAAN DI KAWASAN JALAN RAYA

IBU PEJABAT POLIS DAERAH KLANG SELATAN MEMANDANG SERIUS ISU AKTIVITI PENJAJAAN DI PERSIMPANGAN JALAN DAN SEPANJANG JALAN RAYA. KEGIATAN INI BUKAN SAHAJA MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN PENJAJA ITU SENDIRI, TETAPI JUGA MENGGANGGU KELANCARAN ALIRAN LALU LINTAS DAN BOLEH MENGUNDANG KEMALANGAN JALAN RAYA.

TINDAKAN TEGAS BOLEH DIAMBIL DI BAWAH KAEDAH 10A(1) KAEDAH-KAEDAH LALU LINTAS 1959. DI BAWAH PERUNTUKAN INI, SESIAPA YANG DIDAPATI MENJUAL ATAU MENAWARKAN UNTUK MENJUAL BARANG DI PERSIMPANGAN JALAN ATAU MANA-MANA JALAN RAYA BOLEH DIDENDA SEHINGGA DUA RIBU RINGGIT ATAU DIPENJARA SEHINGGA ENAM BULAN. LARANGAN YANG SAMA TURUT TERPAKAI BAGI PEMBELI DI BAWAH KAEDAH 10A(2) KAEDAH-KAEDAH LALU LINTAS 1959.

JUSTERU ITU, ORANG RAMAI DINASIHATKAN AGAR TIDAK MENGGALAKKAN AKTIVITI INI DENGAN MEMBELI BARANGAN DARIPADA PENJAJA DI ATAS JALAN RAYA, BAGI MEMASTIKAN KESELAMATAN BERSAMA DAN KELANCARAN ALIRAN TRAFIK






fans

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kulim?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim
Kulim
09000