Lang Merah
05/05/2026
Rasanya dah lama Kedah tak hantar penyertaan untuk Kejohanan Hoki Peringkat Kebangsaan Bawah Umur ni. La ni depa tgh buat persiapan.
Kembalinya penyertaan kali ni jugak menunjukkan komitment pihak persatuan dan usaha yg sangat positif dalam membangunkan semula sukan hoki negeri walaupun penuh kekangan.
InsyaAllah, dengan persiapan yang rapi dan sokongan yang berterusan, benda ni mampu menjadi titik permulaan kepada kebangkitan semula hoki Kedah di pentas kebangsaan.
20/04/2026
๐๐ก๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐! ๐ฅ
Peluang dok depan mata. Jangan dok nganga lagi.
Pada semua pemain hoki Kedah bawah 16 tahun (Lelaki & Perempuan), ni lah masa untuk buktikan sapa hampa di atas padang. Bakat saja tak cukup kalau tak berani mai ke depan.
Turun. Cuba. Lawan. Buktikan.
Jangan biaq peluang ni lepas lagu tu ja.
Pasukan Negeri tengah dok cari pejuang muda yang ada semangat, disiplin dan keberanian untuk bawak nama negeri pi ke pentaih kebangsaan.
Mungkin hat ni langkah pertama hampa ke tahap yang lebih tinggi. Sapa tau?
๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ ๐ฏ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐น๐ฎ ๐ป๐ถ, ๐ฏ๐ถ๐น๐ฎ ๐น๐ฎ๐ด๐ถ?
๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ ๐ฏ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ต๐ฎ๐บ๐ฝ๐ฎ, ๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐น๐ฎ๐ด๐ถ?
๐ HEBAHAN RASMI PEMILIHAN TERBUKA PASUKAN BAWAH 16 TAHUN NEGERI KEDAH 2026 ๐
Persatuan Hoki Negeri Kedah (2025) mempelawa pemain-pemain muda berbakat untuk menyertai Pemilihan Terbuka Pasukan Bawah 16 Tahun Negeri Kedah (Lelaki & Perempuan) bagi menghadapi Kejohanan Hoki Bawah 16 Tahun Kebangsaan 2026.
๐ Tempat: Padang Hoki Kompleks Sukan Muadzam Shah Alor Setar Kedah
๐
Tarikh: 2 Mei 2026 (Sabtu)
๐ Masa: 8.00 pagi โ 6.00 petang
๐ Person In Charge: 011-5751 6528 (Coach Adam)
๐ช Inilah peluang anda untuk menyerlah dan membuktikan kemampuan sebagai sebahagian daripada skuad masa depan negeri Kedah!
๐ฅ Ayuh hadir dan rebut peluang ke pentas yang lebih tinggi!
10/04/2026
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua warga Komuniti Hoki Kedah ๐
Masih ada masa lagi untuk pendaftaran ๐๐ฒ๐ท๐ผ๐ต๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ธ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐บ๐๐ป๐ถ๐๐ถ ๐๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ต ๐จ๐ญ๐ณ, dan kita sangat berharap lebih banyak pasukan terutamanya kategori perempuan dapat turut serta kerana penyertaan masih lagi kurang.
Kita faham setiap sekolah/daerah ada kekangan masingยฒ. Tapi percayalah, kejohanan ini adalah peluang terbaik untuk beri pendedahan kepada pemain serlahkan bakat dan buka ruang mereka untuk terpilih melangkah lebih jauh ke Kejohanan Hoki Kebangsaan U16 & Program NHDP. ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ธ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ถ ๐บ๐ฎ๐ฐ๐ฎ๐บ ๐บ๐ฎ๐ป๐ฎ ๐ป๐ฎ๐ธ ๐๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐ถ๐น๐ถ๐ต.
Tak perlu tunggu pasukan sempurna untuk bermula. Kadangยฒ kita mula dgn yg mana ada dari sinilah lahirnya keyakinan, pengalaman dan bakat yg kita tak sangka.
Dengan rendah hati kita menjemput dan mengalu-alukan penyertaan semua. Jangan lepaskan peluang yang masih ada ini.
Kalau ada sebarang pertanyaan atau perlukan bantuan untuk penyertaan, boleh terus hubungi:
๐ฒ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐ก & ๐๐ก๐๐ข:
Hubungi
En Mohd Azlan bin Ahmad (019-5757972)
En Mohd Yusri bin Khamis (014-6551184)
๐จ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐
๐ ๐๐๐๐๐ :
https://forms.gle/diBZQcYSjroRn3WE8
Jom samaยฒ kita meriahkan dan kuatkan lagi komuniti hoki Kedah. Terima kasih semua.
02/04/2026
Objektif Kejohanan adalah untuk pemilihan bagi:
โช๏ธ Program PrestasiTinggi NHDP Kedah
โช๏ธKejohanan Hoki Kebangsaan Bawah 16 Tahun
Ayuh bakatยฒ muda Kedah. Jangan lepaskan peluang.
๐ข HEBAHAN RASMI
KEJOHANAN HOKI PEMBANGUNAN KOMUNITI 2026
Persatuan Hoki Negeri Kedah (2025) dengan sukacitanya menjemput semua pasukan di dalam negeri Kedah untuk menyertai Kejohanan Hoki Pembangunan Komuniti 2026 Bawah 17 Tahun Tertutup Negeri Kedah yang bakal menjadi platform penting mencungkil bakat baharu sukan hoki di dalam negeri Kedah.
๐ Butiran Kejohanan:
๐ฅ Kategori: Bawah 17 Tahun (Lelaki & Perempuan)
๐Jumlah Pasukan : Terhad 20 Pasukan Sahaja
๐
Tarikh: 17 (Perempuan) & 18 April (Lelaki) 2026
๐ Tempat: Stadium Hoki Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah
๐ Hadiah Kemenangan:
๐ฅ Johan: RM500 + Trofi + Medal + Sijil
๐ฅ Naib Johan: RM250 + Medal + Sijil
๐ฅ Tempat Ke-3 & Ke-4: Medal + Sijil
๐ฏ Tujuan Kejohanan:
โ๏ธ Pemilihan pemain untuk mewakili negeri ke Kejohanan Kebangsaan NHDP Bawah 16 Tahun
โ๏ธ Pemilihan ke Program Prestasi Tinggi NHDP Kedah
๐ฅ Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan bakat dan mengorak langkah ke peringkat lebih tinggi!
๐ Sila imbas kod qr untuk membuat pendaftaran. Sila gunakan link di bawah jika terdapat masalah untuk mengakses kod qr :
https://forms.gle/diBZQcYSjroRn3WE8
18/02/2026
๐ ๐ฆ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ฅ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฑ๐ต๐ฎ๐ป
Selamat berpuasa buat keluarga Lang Merah yang sentiasa dihati tidak kira dimana anda berada. Ibuยฒ Ayahยฒ dan Anakยฒ semua juga peminatยฒ hoki.
Semoga hadirnya bulan mulia ini membawa ketenangan dalam hati, kekuatan dalam ibadah, dan keberkatan dalam setiap langkah kita.
Semoga setiap amalan diterima, setiap doa diangkat, dan setiap ujian diganti dengan rahmat yang lebih indah.
Mari kita isi Ramadan dengan sabar, syukur, dan kasih sesama insan.
Selamat menunaikan ibadah puasa.
09/02/2026
Untuk makluman dan sebarang seluruh penggiat hoki Negeri Kedah.
"๐๐๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ค๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐ข๐๐ฌ๐, ๐๐ข๐๐ฌ๐๐ค๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ญ๐ฎ๐ฅ"
26/01/2026
Hari ni kami berdiri dengan rasa syukur yang tak terungkap. Umaq akhirnya menerima panggilan kedua dan selamat mendaftar untuk melangkah masuk ke Sekolah Sukan Malaysia - SSTMI. Sekolah impiannya yang selama ini hanya jadi doa di langit malam.
Siapa sangka,
Dari calon simpanan, Allah buka jalan yang tak pernah kami jangka. Inilah rezeki Allah swt. Dan Terima Kasih pada insanยฒ yang memudahkan cara.
Umaq,
Teruskan melangkah dengan rendah hati dan hati yang besar. Berusahalah bersungguhยฒ bukan hanya untuk kejayaan dalam sukan hoki, tapi juga dalam pelajaran dan kehidupan. Adab dan jati diri.
Jangan sesekali lupa jasa dan pengorbanan ibu ayah kamu dan cikguยฒ yang mula mengasah bakat kamu dari kosong. Mereka adalah asas kepada siapa diri kamu hari ini.
Kami di Kedah menumpang bangga. Sudah lama tak dak wakil Lelaki anak Kedah melangkah ke sana. Hari ini, kamulah harapan itu. Semoga yang lain akan menyusul tahunยฒ ke depan.
Pergilah mengejar impian kamu, Umaq. Tapi jangan lupa tanah tumpah negeri kita. Di sini, kami semua sentiasa mendoakan kejayaan kamu dengan penuh bangga dan kasih yang tak berbelah bahagi. ๐๐
Ada apaยฒ roger ja Umaq...๐ค๐ป๐ฒ
21/01/2026
๐ง๐ฎ๐ต๐ป๐ถ๐ฎ๐ต ๐ฃ๐๐ก๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Walaupun langkah masih awal. Namun semangat, kesungguhan dan keberanian untuk memulakan sesuatu yang besar amat membanggakan. Semoga usaha murni ini menjadi permulaan kepada legasi hoki Kedah yang lebih kuat dan berdaya saing. ๐๐๐ป
14/01/2026
Lang Merah mengucapkan Selamat Maju Jaya dan Selamat melangkah ke alam sekolah menengah kepada semua bekas pemain yang pernah bersama pasukan ini.
Terima kasih atas keringat, disiplin dan kenangan yang pernah kita bina bersama. Teruskan melangkah dengan rendah diri, adab dan berani mengejar impian.
Tidak kira dimana pun kamu berada. Semoga terus berjaya, di padang dan dalam kehidupan. Jangan sesekali lupa jasa dan pengorbanan ibuayah serta guruยฒ yang pernah mencungkil dan menggilap bakat kamu.
Kami sentiasa mendoakan moga langkah kamu di sekolah menengah dipermudah, impian ditinggikan dan yang terbaik untuk masa depan kamu semua.
07/01/2026
Di atas padang, tiada kecil atau besar.
Yang ada cuma hormat, semangat dan jiwa sukan sejati. ๐ค๐โฅ๏ธ๐ซก
Credit ๐ธ: Izzat Sallehan
06/01/2026
๐๐๐ ๐๐๐ฌ ๐ข๐ ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐ ๐ญ๐ด.๐ฌ
Ini bukan sekadar pasukan.
Ini keluarga.
Terima kasih tak terhingga buat semua ibu bapa yang percaya, menyokong dan mengizinkan anakยฒ hebat ini bersama kami. Tanpa restu kalian, perjalanan ini takkan jadi kenyataan. Dan kepercayaan itu akhirnya dibayar dengan sebuah kejuaraan.
Terima kasih ๐ซ๐๐๐๐ atas kolaborasi dan kebersamaan dalam kejohanan ini.
Dan akhirnya, dengan penuh rendah hati, kami memohon maaf jika ada kekurangan sepanjang menguruskan pasukan ini.
Kami doakan anakยฒ ini berjaya bukan sahaja di atas padang, tetapi juga dalam pelajaran dan kehidupan kerana mereka akan menempuh alam menengah yang lebih mencabar selepas ini.
๐๐๐ซ๐ข ๐ข๐ง๐ข ๐ค๐ข๐ญ๐ ๐ซ๐๐ข๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐๐ง๐๐ง๐ ๐๐ง.
๐๐ฌ๐จ๐ค, ๐ค๐ข๐ญ๐ ๐ฌ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ง๐ ๐ฉ๐๐ซ๐ฃ๐ฎ๐๐ง๐ ๐๐ง.
๐๐๐ก๐๐ข๐๐ฃ๐ฎ๐ ๐๐๐ก๐ช๐๐ง๐๐ ๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐ง๐๐
โค๏ธ๐ฆ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kulim Utama
Kulim
09000